Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2024

Korban Kanak-Kanak, Wanita Di Gaza Enam Kali Ganda Perang Rusia-Ukraine

Jumlah wanita dan kanak-kanak yang maut di Gaza sejak 7 Okt 2023 melebihi enam kali ganda berbanding mangsa yang terkorban dalam perang Rusia-Ukraine. Agensi Anadolu telah merekodkan angka korban membabitkan orang awam dalam Perang Rusia-Ukraine sejak 24 Feb 2022 serta jumlah wanita dan kanak-kanak yang terkorban dalam perang Israel di Gaza. Israel tanpa henti mengebom Palestin yang didiami hampir 2.3 juta penduduk. Serangan itu telah mengorbankan 29,410 rakyat Palestin, termasuk sekurang-kurangnya 12,660 kanak-kanak dan 8,570 wanita. Selain itu, 69,465 yang lain cedera dengan lebih 70 peratus merupakan wanita dan kanak-kanak. Menurut sumber Palestin, Israel telah menggunakan lebih 66,000 tan bahan letupan dalam serangan itu, dengan purata 183 tan bahan letupan bagi setiap kilometer persegi di Gaza. Gaza musnah secara keseluruhan manakala 1.9 juta penduduknya hilang tempat tinggal. Memetik Misi Pemantau Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (HRMMU) di Ukraine, seramai 10,...

26 Mangsa Penipuan Koperasi Di Kelantan Buat Aduan Di Suruhanjaya Koperasi Malaysia

KUALA LUMPUR – Seramai 26 mangsa yang kerugian lebih RM2 juta daripada pelaburan dalam sebuah koperasi berselindung di sebalik konsep patuh syariah membuat laporan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Bercakap kepada MalaysiaGazette, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berkata,, pelbagai bentuk pelaburan ditawarkan kepada mangsa menggunakan nama dan syarikat sendirian berhad, sedangkan kegiatan dikuasai sepenuhnya ahli lembaga koperasi itu. Datuk Hishamuddin Hashim berkata, syarikat sendirian berhad adalah pelaksana 10 jenis skim pelaburan ditawarkan bagi mengaburi mata dan mengelirukan mangsa lagi-lagi menggunakan alasan patuh syariah. “Mangsa-mangsa ini sudah melakukan pelbagai usaha dan inisiatif bagi berbincang, berunding, bersemuka dengan syarikat koperasi ini namun hanya alasan dan kekecewaan sahaja. Jelas sekali mereka telah ditipu. Kerana itulah kumpulan datang meminta bantuan MHO. “Kita sudah buat laporan polis, juga telah me...

DITARIK KELUAR, DIIKAT DAN DIPUKUL HINGGA MATI

Kajang: Seorang lelaki bukan hanya ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan, bahkan tangannya diikat dan dia dipukul hingga maut. Kejadian tragis itu berlaku semalam, selepas lelaki berusia 42 tahun terbabit yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan penghantar makanan. Sejurus kemalangan itu, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, di sini sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat pada 9.20 malam mengenai kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2. Katanya, siasatan awal mendapati Proton Saga berwarna kelabu dipercayai terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan, manakala mangsa terbaring di atas jalan dengan kesan pergelangan tangan seperti diikat. "Pihak ambulans yang hadir mengesahkan mangsa meninggal dunia dan siasatan turut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ka...

NGO Bersama Mangsa Penipuan Gesa Polis Siasat

Seramai 93 mangsa skim penipuan pelaburan bersama  Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (Pakin)  menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan semakan semula siasatan agar tindakan setimpal diambil terhadap ‘scammer’. Setiausaha Agung, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mangsa telah membuat laporan polis pada tiga bulan lalu dan terdapat kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atau kes sivil. “Malah ada pendakwaan dilakukan di Melaka, namun hanya membabitkan lapan saksi pendakwaan. “Bagaimana kes yang membabitkan hampir ratusan mangsa, namun lapan orang sahaja menjadi saksi pendakwaan? “Apakah ini bukannya dengan jelas menunjukkan satu jenayah penipuan terancang, sekiranya bukan, pengadu dan mangsa memerlukan jawapan daripada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini hari ini. Jelas Hish...

Saya 'single' tapi mungkin akan ada yang terluka dengan kenyataan saya ini.

Kuala Lumpur: Pelakon Mierul Aiman menolak dakwaan sedang menjalin hubungan cinta dengan cucu seorang kenamaan. Mierul menjelaskan tidak menyelidik latar belakang sebelum berkawan atau bersahabat dengan mana-mana pihak. Baginya, dia berbuat baik dengan semua orang. "Saya 'single' tapi mungkin akan ada yang terluka dengan kenyataan saya ini. Saya sangat berbesar hati untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja di dalam industri. Saya berpegang kepada prinsip berbudi kepada semua orang. "Kita buat baik untuk dibalas baik. Saya tiada masalah untuk mengenali hati budi dan berkenalan dengan orang lain. Sungguh saya cakap, setakat ini tiada yang istimewa. "Sekarang fokus kepada skrip, kerjaya, adik-adik. Kepuasan terbesar saya pada hari ini ialah dapat memberi senyuman kepada emak dan ayah, beri sedikit setiap bulan dan belanja keluarga makan. "Saya betul-betul tak pasti tentang perkara itu. Saya terkejut sebenarnya. Saya berkawan dengan semua orang tapi tidak tahu sam...

Warga Asing Jadikan Isteri Warga Tempatan Manipulasi RTK 2.0

Kuala Lumpur: Kartel warga asing jadikan isteri warga tempatan sebagai proksi memanipulasi kemudahan Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dan menipu rakan senegara sendiri. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sindiket berkenaan mengenakan caj mencecah RM7,500 bagi setiap RTK didaftarkan. Menurutnya, program RTK 2.0 yang sepatutnya percuma diputarbelit oleh sindiket terbabit dengan mendaftarkan nama buruh asing yang terdesak sebagai pekerja di syarikat proksi dimiliki warga tempatan. "Kartel warga asing ini mengambil kesempatan daripada program RTK 2.0 iaitu inisiatif baik oleh kerajaan untuk membolehkan warga asing (tanpa permit kerja) dalam negara mendapatkan permit kerja (dengan syarat tertentu). "Namun pekerja asing terbabit diperdaya oleh bangsa mereka sendiri apabila terdesak mendapatkan permit kerja yang sudah tamat tempoh atau berada lebih masa di Malaysia," katanya pada sidang media di s...