Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Maki Dan Doakan Polis Dijangkiti Covid-19, Gadis Ini Ke Penjara

Pembantu kedai yang menghina polis di media sosial pada 27 Mac lalu mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini. Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Murtazadi Amran. Sekiranya tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan, dia akan dikenakan tambahan penjara sebanyak dua bulan lagi. Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira menggunakan laman Facebook profil, Sahira Eyraa secara sedar telah membuat penghantaran komunikasi jelik pada 27 Mac 2020 kira-kira 8.30 malam sehingga 10.12 malam. Nursahira didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak lebih tempoh satu tahun atau keduanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Nursahira (kanan) diiringi pegawai polis untuk dituduh di Mah...

Anzalna Hulur Bantuan, Susu Dan Diapers Untuk Keluarga Memerlukan

MEMAHAMI kesulitan yang dilalui para ibu bapa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemic Koronavirus (Covid-19), pelakon Anzalna Nasir menyatakan hasrat menghulurkan bantuan untuk pembelian susu dan lampin pakai buang kepada keluarga yang memerlukan. Menurut Anzalna yang juga ibu kepada seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees, 1, dia memahami betapa pentingnya barangan keperluan tersebut untuk anak kecil dan terpanggil untuk memberikan sumbangan. “Sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan tak salah sekiranya kalau kita juga membantu mereka yang memerlukan. “Anzalna dan keluarga ingin berkongsi rezeki nak belanja susu dan diapers untuk keluarga yang dalam kesempitan. “Please DM (direct mesaage) atau comment di bawah. Tolong jangan private kan page,” tulisnya di laman Instagramnya semalam. Sikap prihatin Anzalna kepada golongan yang memerlukan seharusnya menjadi contoh kepada artis-artis lain yang berkemampuan untuk turut ...

Alahamdulillah.. Man Sediakan RM50,000 Bantu Rakyat Malaysia Yang Susah

KETIKA segelintir selebriti tanah air berkongsi kisah sedih kehilangan pendapatan akibat penularan pandemik COVID-19, pelawak terkenal tanah air, Man Raja Lawak pula tampil menghulur bantuan kepada yang benar-benar memerlukan. Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kasim berhajat membantu meringankan beban masyarakat yang benar-benar terkesan dengan wabak COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia. Atas dasar tanggungjawab sesama manusia, Man tanpa ragu-ragu memperuntukkan RM50,000 hasil daripada kemenangannya pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019. “Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan. “Saya Abd Rahman B Kasim sebagai warga Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil juara MLM 2019 tempoh hari bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan. “Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan dan...

Anak Petani Dedah Keperitan Dan Kepayahan Bapanya 😭😭😭

KUANTAN - Penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini memberi impak yang besar terutama kepada golongan petani. Perkongsian seorang pelayar Twitter dikenali Haqeem yang merupakan anak kepada seorang petani mendedahkan keperitan dan kepayahan ditanggung bapanya apabila berhadapan dengan kesulitan untuk menjual hasil tanaman jagungnya di Chenor, Kuantan. Walaupun akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan namun golongan ini perlu mencari rezeki. Haqeem berkata, bapanya mengalami kesulitan untuk memasarkan hasil tanaman jagung yang diusahakan sejak tiga bulan lalu. "Kesian ayah. Tiga bulan berhempas pulas tanam jagung. Duit tak pernah cukup. Penat, berpanas setiap hari. Umur nak 50 dah. "Sekarang ketika musim menuai, tak ramai yang membeli sebab wabak Covid-19," ciapnya. Selepas ciapan tersebut tular di laman sosial, ramai pihak tampil menghulurkan bantuan bagi memasarkan hasil tanaman jagung milik bapanya. Antara yang memba...

Wakil Rakyat Mengamuk, Tak Dapat Melawat Rakan Meninggal

Apabila ahli politik dan anggota keselamatan 'bertembung' kadang-kadang ia boleh menyebabkan ketegangan berlebihan. Di Medan, Indonesia semalam, seorang wakil rakyat kawasan itu, Edi Saputra, diberhentikan oleh anggota polis ketika dalam perjalanan ke sebuah rumah yang mengalami kematian, dipercayai akibat Covid-19. Media melaporkan mangsa yang meninggal dunia itu ialah rakan Edi yang tinggal di Jalan Air Bersih, Medan, dan menghembuskan nafas terakhir beberapa jam sebelumnya. Bagaimanapun, lapor Tribunnews, polis tidak membenarkan Edi ke rumah rakannya itu walaupun untuk melakukan solat jenazah. Sebaliknya, lapor media, Edi dinasihatkan agar terus ke tanah perkuburan saja. Sementara itu rakaman video yang tersebar menunjukkan Edi memperkenalkan dirinya sebagai wakil rakyat beberapa kali kepada anggota polis berkenaan, namun usahanya untuk melepasi sekatan itu tetap gagal. "Cara abang itu salah, nanti abang kusaman," kata Edi. Anggota polis terbabit ba...

Drama Siri "Messiah" Diharamkan, Didakwa Mengandungi Sentimen Anti-Islam

Drama siri bergenre thriller, Messiah dibatalkan oleh siaran berbayar Netflix hanya selepas bersiaran selama satu musim. Naskhah bersiri itu dibintangi Michelle Monaghan, yang menjayakan watak sebagai agen dari Central Intteligence Agency (CIA). Watak itu ditugaskan untuk menyiasat seorang individu yang dikenali sebagai Al-Masih. Al-Masih mengumpulkan pengikutnya selepas mendakwa dia dihantar ke bumi oleh kuasa lebih tinggi. Seorang daripada bintang siri itu, Wil Traval mengesahkan bahawa rancangan berkenaan tidak akan kembali ke perkhidmatan streaming tersebut. "Ini adalah hari berduka cita. Saya baru menerima berita daripada Netflix bahawa tak akan ada musim kedua untuk Messiah," katanya. Selepas episod musim pertama disiarkan pada Januari lalu, terdapat beberapa aduan dibuat terhadap drama bersiri berkenaan yang didakwa mengandungi sentimen anti-Islam. Malah Suruhanjaya Filem Jordan (lokasi beberapa penggambaran dijalankan) menggesa Netflix mengharamkan siri ...

Pasar Eksotik Wuhan Dibuka Semula

Di saat satu dunia tengah berperang melawan wabak Covid-19 apabila kes positif semakin meningkat setiap hari, negara asal tercetusnya wabak ini iaitu China mengambil sikap tidak rasional. Ini kerana China dilaporkan sudah tidak sabar untuk menjual dan menjamah produk yang terdiri daripada haiwan eksotik buat orang ramai. Berdasarkan laporan, kelawar yang menjadi punca penularan wabak Covid-19 antara yang masih terjual sekaligus mengundang kerisauan buat orang ramai. Bukan itu sahaja, haiwan lain seperti anjing, kucing, katak dan kala jengking antara yang tersedia untuk disembelih mengikut kehendak pengguna. Apa yang merisaukan orang ramai seluruh dunia sudah pastinya tabiat buruk segelintir warga China yang secara tidak langsung bimbang dengan sikap mereka ini bakal mengundang kepada gelombang baru penularan wabak Covid-19. Difahamkan pasar basah yang menawarkan haiwan eksotik ini sudah mulai beroperasi seawal 28 Mac lalu dimana warga China berpendapat negara mereka sudah b...

Pelakon Hollywood "Finding Jesus" Dikuarantin Bersama Tabligh Di HKL

Pelakon Hollywood yang popular dengan drama bersiri Finding Jesus, Adam Bond kini masih menjalani proses kuarantin di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac lalu. Ditempatkan bersama pesakit tabligh di hospital itu, Adam memuji kehebatan petugas frontliner yang berjuang menyelamatkan nyawanya serta pesakit lain. "Masih dikuarantin di wad isolasi HKL. Apa yang boleh dikatakan doktor dan jururawat di sini adalah legenda! "Saya sangat berterima kasih kerana merekalah adiwira saya. Merawat dan melayan saya seperti di rumah sendiri. "Saya tak tahu rupa sebenar mereka tetapi pujian diberikan kepada mereka yang menyelamatkan nyawa semua," tulis Adam yang berkongsi perkembangan semasa di Instagam dan Twitternya. Adam difahamkan berkunjung ke Malaysia untuk penggambaran sebuah filem namun terpaksa ditangguhkan kerana COVID-19. Sementara itu, ramai yang mendoakan kesihatan Adam selain mengharapkan pelakon itu beroleh hidayah. Adam ...

Lelaki Maut Ditikam, Ibu Tunggal Cedera Dirogol

BACHOK: Seorang lelaki maut ditikam manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dipercayai dirogol oleh individu dikenali di Kampung Mujur, Jelawat, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek dikatakan memecah masuk rumah ibu tunggal berusia 40-an sebelum dipercayai merogol mangsa yang tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Abdullah Mohammad Piah, berkata mangsa yang mempunyai lima anak memaklumkan suspek berusia 19 tahun meletakkan pisau di leher sebelum merogolnya. “Selepas merogol mangsa, suspek cuba melarikan diri namun ibu tunggal itu menjerit membuatkan dua lelaki yang sedang tidur di ruang tamu dan dapur rumah berkenaan terjaga dan cuba menangkap suspek. SEORANG lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia akibat ditikam di bahagian perut dan dada dipercayai dicerobohi seorang suspek berusia 19 tahun di Kampung Mujur, Jelawat awal pagi ini. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar TIMBALAN Ketua Po...

Harga Ikan Dan Telur Ayam Naik Harga

Harga purata barangan makanan utama di negara ini didapati mengalami kenaikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lalu. Mengikut data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, antara barangan mengalami kenaikan ialah ikan kembung, telur ayam gred A, timun, kelapa parut dan daging lembu tempatan (bahagian paha). Berdasarkan statistik itu, purata harga ikan kembung mencatatkan kenaikan iaitu RM14.08 berbanding RM13.92 sehari sebelum PKP dilaksanakan. "Purata harga telur ayam gred A adalah RM3.99 berbanding RM3.87 sebelum PKP. Timun pula RM3.09 berbanding RM2.91 sebelum ini. "Bagi purata harga kelapa parut pula RM7.73 berbanding RM7.65 sebelumnya, manakala daging lembu tempatan (bahagian paha) adalah RM32.80 berbanding RM32.74 sebelum PKP ini," katanya. Dalam pada itu, Jabatan Perangkaan Malaysia juga turut menyenaraikan 11 median harga barangan dalam tempoh PKP. Antaranya telur ayam gred A RM3.95, pisang emas RM5.10, ikan kembung ...

Semua Pasar Raya, Restoran, Stesen Minyak Beroperasi 8 Pagi Hingga 8 Malam

Kerajaan memutuskan semua premis termasuk pasar raya, restoran dan stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi mulai jam 8 pagi sehingga 8 malam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu akan dibuat Rabu ini serentak dengan fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Kita tahu sekarang ini ada pasar raya yang dibuka sehingga jam 10 malam dan ada dimaklumkan sehingga 12 tengah malam. "Oleh itu, kita buat keputusan bahawa waktu beroperasi pasar raya, mana-mana premis makanan dan stesen minyak antara 8 pagi sehingga 8 malam," katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini sebentar tadi. - Sinar Harian

Joging Semasa 'Perintah Kawalan Pergerakan', Doktor Diheret Ke Mahkamah

Gara-gara berkeras mahu bersenam dengan berjoging di taman awam semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), pakar jantung Dr Ong Hean Teik diheret ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang dan berdepan dua pertuduhan. Berdasarkan laporan Sin Chew Daily, Dr Ong minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. Seksyen 186 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Manakala Peraturan 3(1) pula memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Video bantahan Dr Ong semasa ditahan baru-baru ini tular di laman sosial. Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dan menetapkan 9 Jun untuk pendengaran kes. Mahkamah turut mengarahkan doktor beru...

Doktor Dan Bayinya Dikebumikan Dalam Satu Liang 😭😭😭

enazah seorang doktor bersama bayinya yang terkorban dalam kemalangan, hari ini, selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, di sini, jam 9.55 malam tadi. Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, dan bayinya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi berusia sembilan bulan, maut apabila van Jabatan Kesihatan yang dinaiki terbabas di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang, pagi tadi. Terdahulu, jenazah dua beranak itu dibawa menggunakan van jenazah dengan diiringi kenderaan polis pada jam 8.35 malam ke kediaman mangsa di Jalan Sekolah Cina, di sini. Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 9.20 malam dengan majlis pengebumian dihadiri 20 ahli keluarga terdekat saja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Usaha wartawan BH untuk menghubungi suami arwah bagaimanapun gagal, setakat ini. Selain mengorbankan Dr Nooranisah yang bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, dan bayinya...

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Didera Pengasuh 😭😭😭

Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di Batu Pahat, hari ini dipercayai didera pengasuhnya. Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata susulan kematian kanak-kanak itu pada 7.15 pagi tadi, polis kemudian menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama suaminya yang berumur 41 tahun bagi membantu siasatan. Beliau berkata siasatan awal turut mendapati abang mangsa yang berumur enam tahun turut dipercayai didera berdasarkan kesan lebam pada badannya. “Pihak polis berjaya menyelamatkan abang mangsa dan dia kini sedang dirawat di hospital sama. Hasil pemeriksaan mendapati, dia berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan. Azhan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dera. Difahamkan ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan yang juga ibu tunggal menyerahkan anaknya kepada pengasuh terbabit untuk dijag...

7 Kampung Diperintah 'Berkurung' Tidak Dibenarkan Keluar Rumah

Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 13 April. Ini adalah PKPD kedua selepas arahan sama dikeluarkan untuk dua kawasan di Simpang Renggam, Johor, kelmarin. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan PKPD dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ada 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz AnNabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah itu, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di kawasan itu. PKPD di kawasan itu membabitkan 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah. Ini termasuk tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu. Ismail Sabri berkata, tujuan PKPD dilaksanakan untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular...

Amy Umum Keluar Dari Kumpulan Search

Vokalis utama Search, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman mengumumkan keluar daripada kumpulan tersebut. Pengumuman tersebut dibuat Amy sewaktu bersiaran secara langsung bersama Astro Gempak dalam segmen #ArtisDudukDiam sekitar pukul 3.30 petang tadi. "Saya dengan ini secara rasmi mengumumkan untuk mengundurkan diri sebagai vokalis Search," ucap Amy yang membuat para peminat yang sedang mengikuti siaran langsung IG tersebut terkejut. Menurut Amy penggunduran yang dibuat adalah untuk kebaikan bersama termasuk memberi peluang buat anggota Search yang lain, Nasir, Kid dan Din mengorak langkah masing masing tanpa bergantung atau tersekat kerana dirinya. "Dengan pengumuman ini saya berharap agar saya tidak menghalang perjalanan atau karier anggota sedia ada," katanya lagi. Selain itu Amy mengaku setelah melewati usia 62 tahun, sebagai penyanyi ia tidak lagi memiliki kualiti vokal seperti berusia 26 tahun. "Hal itu terjadi kepada semua penyanyi di seluruh dun...

Selongkar Sampah Bersama 4 Orang Anak, Sambil Dukung Anak Hidap Sakit Jantung 😭😭😭

PASIR GUDANG - Sepasang suami isteri serta empat anak mereka menyelongkar timbunan sampah di kawasan pembuangan sampah di Bandar Seri Alam di sini untuk mencari barang kitar semula yang boleh dijual sebagai sumber rezeki mereka. Zulkarnain Sabngadi, 28, sambil mengendong anak berusia dua tahun yang menghidap sakit jantung dibantu isterinya, Norazawati Yusof, 33, berusaha mengasingkan sampah yang dikutip. Mereka mendakwa terpaksa mengharungi rutin harian yang amat perit untuk kelangsungan hidup terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tiada pekerjaan malah mendakwa sebelum ini terpaksa tinggal dalam kanvas di bandar tersebut. Pasangan tersebut mempunyai empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Mohd Daniel Fakih dan Nursyah Malishah masing-masing berusia lapan tahun, Rekal Arif, 5, dan Mohd Adam Firaz, 8, yang menghidap sakit jantung berlubang sejak berusia sebulan. Mohd Adam Firaz menjalani rawatan setiap bulan di Klinik Kesihatan Masai di sini dan pemeriksaan...

Van Hospital Terbabas, Doktor Wanita Ini Dan bayinya Meninggal Dunia.. 😭😭

Seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan bayinya berusia sembilan bulan maut selepas van kesihatan yang mereka naiki terbabas di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala, Kampung Renok Baru, di Gua Musang, hari ini. Dalam kejadian pada jam 9.50 pagi itu, mangsa Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi meninggal dunia di Hospital Gua Musang pada jam 11.02 pagi. Kemalangan itu turut mencederakan tujuh individu lain iaitu Mohd Lazim Abdullah, 56; Dr Siti Salwa Mohamad Shokri; 38, Syahirah Muhamad Razali, 20; Dr Norazma Mohamad, 34; Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29; Dr Suzuanhafizan Omar, 32 dan Dr Hazirah Sazali, 33. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian. - Malaysiakini

Hina Polis, Wanita Ini Disambung Reman Lagi

ALOR SETAR: Tempoh reman seorang wanita yang ditahan kerana menghina dan mengeluarkan kata-kata jelik terhadap polis menerusi media sosial pada Jumaat lalu, disambung dua hari sehingga Selasa ini. Perintah lanjutan reman itu dibenarkan Majistret Siti Noorhidayah Mohd Noor yang menerima permohonan yang dibuat polis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. “Ini adalah kes ketiga dikendalikan JSJK Kedah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang wanita berusia 20 tahun ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial. Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantaua...

Tolonglah doktor Saya Kesian Sangat Pada Anak Saya Ini 😭😭

KUALA LUMPUR - Puan, anak puan ni perlu ambil ujian untuk kali kedua. “Tolonglah doktor. Saya kesian sangat pada anak saya ni." Ini antara kata-kata yang kedengaran di wad hospital pada musim penularan wabak Covid-19 ketika ini. Perkongsian ini dicatatkan menerusi Facebook seorang doktor di Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang menceritakan betapa risiko jangkitan Covid-19 boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, termasuk bayi. "Dari dalam cermin kaca, kami lihat dengan jelas bayi yang baru berusia empat bulan telah didiagnos positif Covid-19 pada ujian pertama. Kini selepas beberapa tempoh perlu ambil lagi ujian untuk kali kedua. "Menitis air mata ibunya melihat anaknya diperlakukan begitu. Memang satu pemandangan yang sayu tapi kami bukannya kejam. Kami bukannya tiada hati perut," tulis Dr Ahmad. Beliau menjelaskan bahawa proses ujian kedua itu wajib dilakukan supaya petugas kesihatan dapat memastikan keputusan ujian yang diperoleh adalah tepa...

Tiada Pembeli, Bunga Ini Terpaksa Dimusnahkan

SHAH ALAM - “Kami tidak mampu untuk buat apa-apa melainkan memusnahkan sayur dan bunga yang tidak dapat dijual.” Demikian luah Pengerusi Pekebun Kecil India Cameron Highlands, S Mathan, ketika menceritakan nasib 200 pekebun sayur dan 150 pekebun bunga di bawah persatuannya yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu. Mathan berkata, para pekebun tersepit ada bunga yang kembang dan mekar begitu sahaja di ladang tanpa boleh dipasarkan. “Pada musim Covid-19 bunga memang tak laku, beribu-ribu kuntum bunga dibuang dan dimusnah begitu saja. “Kalau dah kembang bunga, apa lagi yang kami boleh buat sebab tidak ada permintaan di pasaran” katanya kepada Sinar Ahad semalam. Tambah Mathan, pemusnahan sayur juga terpaksa dilakukan kerana sayur yang dituai tidak dapat dipasarkan kerana kekurangan permintaan. Malah, katanya, kini pekebun terpaksa berdepan dengan kesulitan untuk membayar gaji pekerja kerana kekurangan sumber pendapatan. “Ini satu lagi ...

3 Jenis Ubat Yang Boleh Digunakan Dalam Rawatan Covid-19

  Bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Beliau berkata bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan Covid-19. “Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial - Covid-19’ yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan. “NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir,...

Gadis Maki Dan Doakan Anggota Polis Dijangkiti Covid-19 Tular

Kedah - Seorang wanita telah ditangkap berikutan melontarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis serta mendoakan agar seluruh anggota polis yang bertugas serta ahli keluarga mati disebabkan koronavirus (Covid-19). Wanita yang menetap di Pendang, Kedah tersebut dikatakan telah memuat naik kenyataan berbaur makian serta doa yang tidak baik tersebut di laman media sosial Facebook miliknya iaitu Sahira Eyraa. Wanita tersebut telah memuat naik kenyataan seperti berikut "sebb pa aku benci polis sbb polis tu bukan Allah dgn malaikat kalau Allah dgn malaikat tapa jugak...polis bahasa babi pukimk dia dah laa taksedar diri aku doakan covid 19 bagi semua anggota polis mati". Walaubagaimapun wanita tersebut telah pun ditahan oleh pihak polis selepas gambarnya telah tular di media sosial kerana kenyataan yang dianggap sebagai satu jenayah siber serta penghinaan terhadap anggota polis.

Kucing Pula Dijangkiti COVID-19

Seekor kucing dilaporkan telah menjadi kes pertama yang dijangkiti dengan koronavirus (Covid-19) selepas didakwa pemiliknya telah mengucup haiwan berkenaan. Melalui laporan dari Brussels Times, kucing di Liege tersebut mula mengalami gejala virus Covid-19 seperti kesukaran bernafas dan pada 27/3/2020, Jumaat kucing terbabit telah diuji positif Covid-19 seminggu selepas pemiliknya dikatakan jatuh sakit. Walaupun ini merupakan kes pertama yang dilaporkan di Belgium membabitkan kucing terdedah kepada Covid-19 tetapi terdapat dua kes dilaporkan membabitkan dua ekor anjing positif dijangkiti Covid-19 di Hong Kong. Seekor daripada anjing tersebut bernama Pomeranian berusia 17 tahun dikatakan mati selepas dikembalikan ke rumah tuannya selepas tamat menjalani kuarantin. Profesor Steven Van Gucht menjelaskan bahawa kucing itu dikatakan mula mengalami gejala seperti cirit-birit, muntah berterusan, dan kesukaran bernafas. "Kami mula mendapatkan sampel najisnya dan mendapati virus...

Mangsa 'Bunuh Diri' Di Hospital Serdang Bukan Pesakit Covid-19

Seorang pesakit yang dilaporkan membunuh diri semalam diuji negatif jangkitan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. "Ia bukan pesakit Covid-19, ujian negatif. Ya, ia adalah kes bunuh diri, ada laporan bunuh diri, tetapi bukan pesakit Covid-19," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya semalam. Kes tersebut dilaporkan berlaku di Hospital Serdang semalam. Malaysiakini tidak menyiarkan bagaimana cara mangsa membunuh diri kerana ia melanggar garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan. Mereka yang mahu mendapatkan bantuan boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di 03-79568145 atau e-mel sam@befrienders.org.my. Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah mewujudkan talian hotline bagi sokongan psikososial untuk petugas barisan hadapan dan mereka yang terjejas oleh wabak Covid-19. Talian hotline dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang di 011-63996482, 011-63994236, atau 03-9359935. - Malaysiakini

Rogol Remaja Perempuan Berusia 15 tahun

KANGAR - Dua remaja lelaki ditahan polis atas kesalahan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di kawasan Bintong, Kangar kelmarin. Sumber berkata, kedua-dua suspek berusia 17 dan 15 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Wang Besar, Bintong di sini. Menurutnya, kedua-dua suspek masuk ke rumah mangsa di Taman Guru Jaya di sini sebelum merogol mangsa yang berusia 15 tahun secara bergilir-gilir di biliknya dalam kejadian jam 2 pagi. "Kedua-dua suspek pulang selepas merogol remaja perempuan itu sebelum seorang daripada suspek berusia 15 tahun datang semula untuk mengambil mangsa. “Selepas itu, suspek membawa remaja perempuan itu ke rumahnya di Taman Desa Putra, Bintong sebelum merogol mangsa sekali lagi di dalam bilik suspek,” katanya. Sumber berkata, mangsa kemudian dihantar semula kira-kira jam 4.40 pagi sebelum hadir membuat laporan polis pagi semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew mengesahka...

Ebit Lew Mohon Maaf Kepada Pihak Kurang Senang Kerja Amalnya

Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada segelintir pihak yang kurang senang dengan kerja amal dilakukannya bagi membantu petugas barisan hadapan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Beliau sebelum ini sangat aktif dilihat turun padang membantu golongan tersebut dan prihatin dengan pengorbanan setiap petugas barisan hadapan termasuk kakitangan perubatan. Malahan segala aktivitinya dikongsi di laman sosial dan mendapat sokongan daripada netizen. Tentang dakwaan yang dilemparkan kepadanya, beliau lebih selesa untuk tidak mengendahkan dan terus menyalurkan bantuan kepada mereka memerlukan. Jelasnya, meskipun sedekah terbahagi kepada dua iaitu jenis sembunyi atau uar-uarkan namun kedua-duanya sah di sisi agama. Mungkin tiada siapa menyangkakan bahawa aktiviti sedemikian ada hikmah di sebaliknya menyebabkan dakwah sampai kepada mereka bukan Islam. "Tapi bila ada ustaz mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh...

Polis Nafi Arah Remaja Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Meniarap

MARANG - Polis menafikan gambar tular memaparkan sekumpulan remaja lelaki meniarap di bahu jalan ialah mereka yang ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Batangan. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, polis tidak pernah bertindak seperti itu ketika bertugas terutama sepanjang tempoh PKP ini. Menurutnya, individu yang dikesan melanggar arahan PKP akan terus ditangkap jika masih berdegil selepas diberi nasihat dan peringatan. "Sepanjang tempoh 10 hari PKP dilaksanakan, kami mendapati 97 peratus penduduk di Marang patuh dengan arahan dikeluarkan kerajaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini. Terdahulu, penyebaran gambar sekumpulan remaja yang dipaksa meniarap di bahu jalan kononnya berlaku di Kampung Batangan, di sini, tular di media sosial terutama aplikasi WhatsApp sejak semalam. Sementara itu, jelas Mohd Zain, seramai 198 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dibant...

Pesakit Disyaki Covid-19 Bunuh Diri Di Hospital Serdang

Seorang pesakit yang disyaki dijangkiti Covid-19 dilaporkan membunuh diri selepas dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Serdang, menurut satu laporan. Menurut China Press, insiden itu berlaku kira-kira jam 7 malam di bilik wad 7D. Laporan itu berkata mangsa, merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun dimasukkan ke wad pada jam 2.30 pagi semalam selepas menunjukkan simptom Covid-19, sementara menunggu keputusan ujian diketahui. Jururawat kemudian menyedari pesakit berkenaan menghabiskan banyak masa di sebuah bilik air dan masuk untuk menyiasat, sebelum mendapati mangsa tergantung dan meninggal dunia. Laporan itu memetik Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran sebagai berkata polis tidak menemui sebarang nota bunuh diri di tempat kejadian. Tempat kejadian ditutup sementara untuk siasatan forensik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mereka yang ingin meminta bantuan boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di talian 03-79568145, atau menghantar email di alam...

Bersantai Sambil Minum Arak 🤦‍♂️🤦‍♂️

KLANG - Seramai 13 individu termasuk orang kurang upaya (OKU) ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar daerah ini, sejak semalam. Dalam operasi itu, ada yang ditahan ketika sedang lepak sambil minum minuman keras di sebuah gazibo dan ada pula yang sedang menghisap rokok di bahu jalan. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki OKU berusia lingkungan 30-an di Taman Klang Utama selepas dipercayai terlibat dalam kes curi bateri lori, semalam. Menurutnya, tangkapan seterusnya kira-kira jam 10 pagi tadi ke atas empat lelaki berusia lingkungan 30-an selepas dikesan sedang duduk berbual sambil meminum minuman keras di sebuah gazibo di Lorong Gurun Kawasan 18, Klang. "Seterusnya, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan ketika sedang duduk menghisap rokok di bahu jalan di Jalan Haji Yaakob 7, Kapar Klang, kira-kira jam 11.05 pagi. "Kira-kira jam 11.20 pagi, dua ...

Diva AA Salute Polis Bagi Layanan Anak Emas

Pengacara kontroversi, Azwan Ali hari ini memuji layanan yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepadanya dan menyifatkannya sebagai layanan VVIP. Kata Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA itu, anggota polis yang menguruskan kesnya menjaga dia seperti anak emas atau menatang minyak yang penuh. "Diva AA salute bagaimana polis layan hari ni. "Justeru, nak ucap setinggi-tinggi penghargaan kerana menjaga Diva AA seperti anak emas dan umpama menatang minyak yang penuh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Azwan juga berkata, layanan diberikan PDRM kepadanya itu juga mungkin tidak sama jika hendak dibandingkan dengan mana-mana ahli politik yang pernah 'diheret' ke mahkamah sebelum ini. "Bekas perdana menteri Najib Razak pun belum tentu dapat layanan macam VVIP tu," katanya. Terdahulu, Azwan didenda sebanyak RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas kesalahan menghina cara kerja kakitangan Hospital Putrajaya dalam menanga...

Ambil Kesempatan, Harga Roti Gardenia Naik

SHAH ALAM - Seorang pengguna melahirkan rasa kecewa terhadap peniaga yang mengambil kesempatan apabila menjual barangan seperti roti Gardenia pada harga tinggi. Luahan itu dikongsi oleh pengguna akaun Facebook dikenali Amatsu Chi. Katanya, sebuah kedai telah meletakkan harga RM4.40 jauh beza dengan kebiasaan RM3.55 bagi pek jumbo 600 gram. "Kedai runcit lain ada je jual tapi harga ikut yang pihak Gardenia tetapkan. Saya singgah kedai ni tak beli pun sebab nampak harga macam itu. "Saya agak dah ketika wabak Covid-19 ni, mesti ada kedai runcit pandai-pandai letak harga sendiri. Mohon pihak berwajib beri penjelasan isu ni. Harga asal ditetapkan RM3.55, lepas tu kedai ni naikkan RM4.40," katanya. Dalam pada itu, perkongsiannya itu menarik perhatian netizen dan menasihatkan pengguna berkenaan membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). "Buat laporan kat KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal...

Baling Tin Arak Kepada Polis, Lima Lelaki Terima Padah

KUALA LUMPUR - Lima lelaki dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang pegawai polis yang menjalankan tugas membuat pencegahan penyakit-berjangkit koronavirus (Covid-19) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan mulai 18 Mac lepas. Majistret M Saravanan menjatuhkan hukuman itu terhadap D Candran, 38, K. Kandasamy, 50, D Thavachilan, 34, D Gunalan, 39, dan D Ravintran, 36, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka. Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini. Mereka didakwa bersama-sama telah menggunakan kekerasan jenayah dengan membaling tin minuman keras serta melakukan pertengkaran mulut terhadap Lans Koperal Mohd Adnin Che Ani iaitu seorang pegawai polis dalam melaksanakan kewajipan rasminya sebagai penjawat awam. Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan tersebut di tapak Trak Makanan Jalan Tun Mohd Fu...

130 Kes Baharu COVID-19, 26 Kematian Sehingga Hari Ini.

Sebanyak 130 kes baharu koronavirus (Covid-19) telah dilaporkan sehingga jam 5 petang ini manakala sejumlah 26 angka korban turut dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Malaysia setakat ini. Menurut laporan Harian Metro, peningkatan angka korban yang sebelum ini hanya 23 orang meningkat ke 26 orang susulan tiga kes kematian terbaru yang telah dilaporkan pada pagi tadi. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa hari ini sahaja sebanyak 130 kes baharu dilaporkan sehingga menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,161 kes keseluruhan setakat hari ini. “Bilangan pesakit Covid-19 yang berjaya disembuhkan meningkat ke 259 orang, termasuklah 44 pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj pada hari ini. “Sebanyak 71 kes daripada jumlah baru adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling, manakala baki 101 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain k...

Ingkar Arahan Perintah Berkurung Polis Tembak Mati Dua Lelaki

RWANDA: Polis Rwanda menembak mati dua lelaki berusia 20an kerana melanggar perintah berkurung, berdasarkan laporan Bloomberg semalam. Jurucakap polis Rwanda, John Bosco Kabera, berkata dua lelaki terbabit ‘cuba bergelut dengan polis’ ketika kejadian itu berlaku. Sementara itu, seorang lelaki yang melanggar perintah berkurung COVID-19 untuk memancing mati dibaham buaya manakala dua lagi yang melanggar arahan sama mati ditembak polis. Datuk Bandar daerah Kamonyi, Alice Kayitesi, berkata tragedi membabitkan pemancing itu berlaku di sungai Nyabarongo kelmarin. “Mangsa adalah antara segelintir kecil penduduk yang melanggar perintah berkurung bagi mengekang penularan coronavirus,” katanya. Rwanda, yang kini mencatatkan 41 kes COVID-19, diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua minggu sejak 21 Mac lalu. Selaras perintah itu, semua perniagaan tidak membabitkan kepentingan asas, khidmat pengangkutan antara bandar atau daerah dan pergerakan luar rumah tanpa alasan penti...

Mak Cik Kiah Dah Boleh Senyum Bantuan Cecah RM8,664

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas mengumumkan intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 billion, merumuskan bantuan-bantuan atau subsidi yang diberikan itu. “Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, mak cik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. “Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isi rumah mak cik Kiah di bawah RM4,000 sebulan,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM). “Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga mak cik Kiah akan dapat. “Keluarga mak cik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1,600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800,” katanya. Muhyi...

Bantuan Prihatin Nasional RM1,600 Berpendapatan RM4,000 Kebawah

Pertama, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Kedua, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menyediakan Bantuan PRIHATIN Nasional, pemberian tunai secara ‘one off’ dengan peruntukan hampir RM10 bilion bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas. Perdana Menteri, berkata buat kali pertamanya juga ia akan disalurkan kepada kumpulan M40. Ini katanya, termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah. Beliau mengumumkan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di sini, hari ini. - Berita Harian Online

Hina Petugas Hospital, Azwan Ali Didenda RM17,000

KUALA LUMPUR: Bekas pengacara, Azwan Ali, dijatuhi hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuat penghantaran video yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19. Dia dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19. Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan, 54, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu. Terdahulu, Azwan Ali yang berpakaian serba hitam, didakwa menggunakan laman Youtube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya. - Berita Harian Online

Bayi Berusia 12 Hari Disahkan Positif Covid-19

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan bayi berusia 12 hari antara pesakit termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua Covid-19. "Bagi gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tetapi sekarang bayi berusia 12 hari disahkan positif Covid-19. "Pesakit Covid-19 paling tua dirawat di hospital berumur 83 tahun," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di KKM di sini hari ini. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai pesakit berkenaan. "Butirannya kita akan maklumkan kemudian," katanya. Beliau berkata, KKM membuat strategi bagi melindungi warga emas kerana imuniti golongan itu adalah rendah. "Strategi kita untuk melindungi mereka. Pastikan berada di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19," katanya. - Sinar Harian

5 Gambar: Isteri Menangis!, Tiada Wang Tiada Lagi Bekalan Makanan 😭😭😭

Semasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terkesan pasangan suami isteri bersama seorang anak berada di taman permainan. Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah.  Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya. Pegawai Polis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang membuatkan tersentuh hati pegawai polis tersebut yang dikatakan hanya beri minum milo bercampur gula. Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan sewa bilik, Suaminya yang telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja. Isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan. Ucapan te...

Jururawat Menangis! Dedah Keadaan Pesakit Tabligh, Tersentak Dengar Soalan Mereka.

ANGKA mereka yang positif Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,796 kes setakat Rabu, dan daripada jumlah itu, sebahagian besar merupakan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu. Dilaporkan, seramai 16,000 peserta program itu terdiri daripada 14,500 warga Malaysia, manakala 1,500 peserta warga asing dari 25 negara. Saban hari, pihak kerajaan merayu agar jemaah tabligh membuat saringan kesihatan, sehingga menyebabkan golongan ini dikecam ramai. Saya stres, sepatutnya doakan ayah cepat sembuh” – Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh kesal maklumat sulit bapa tersebar. Namun di sebalik pelbagai pandangan dan kata-kata kurang enak dilemparkan terhadap ahli tabligh, seorang jururawat sebak berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit tabligh yang positif Covid-19. Kebanyakkan jemaah tabligh membawa imej berkopiah. Menerusi aplikasi ‘story’ yang dikongsikannya menerusi WhatsApp sehingga m...