Skip to main content

Wakil Rakyat Mengamuk, Tak Dapat Melawat Rakan Meninggal

Apabila ahli politik dan anggota keselamatan 'bertembung' kadang-kadang ia boleh menyebabkan ketegangan berlebihan.

Di Medan, Indonesia semalam, seorang wakil rakyat kawasan itu, Edi Saputra, diberhentikan oleh anggota polis ketika dalam perjalanan ke sebuah rumah yang mengalami kematian, dipercayai akibat Covid-19.

Media melaporkan mangsa yang meninggal dunia itu ialah rakan Edi yang tinggal di Jalan Air Bersih, Medan, dan menghembuskan nafas terakhir beberapa jam sebelumnya.

Bagaimanapun, lapor Tribunnews, polis tidak membenarkan Edi ke rumah rakannya itu walaupun untuk melakukan solat jenazah.

Sebaliknya, lapor media, Edi dinasihatkan agar terus ke tanah perkuburan saja.

Sementara itu rakaman video yang tersebar menunjukkan Edi memperkenalkan dirinya sebagai wakil rakyat beberapa kali kepada anggota polis berkenaan, namun usahanya untuk melepasi sekatan itu tetap gagal.

"Cara abang itu salah, nanti abang kusaman," kata Edi.

Anggota polis terbabit bagaimanapun menjelaskan, dia tidak dapat membenarkan Edi meneruskan perjalanan kerana arahan yang diterimanya daripada pegawai atasan memang begitu.

Ia menyebabkan Edi semakin marah. Malah dia mengaku tidak takut mati.

"Jangan begitu, aku tak takut mati. Kenapa kalo mati? Tembak aja kami biar mati," katanya.

Edi juga mempertikaikan siapa yang mengesahkan arwah rakannya itu dijangkiti Covid-19.

"Siapa bilang positif (Covid-19)? Kamu pun polis saja!" jeritnya.

Pada suatu ketika Edi - yang jelas hilang sabar - mencabar agar dia diberikan virus yang kini sudah mengorbankan 37,600 orang di seluruh dunia itu.

"Bagi aku virus koronanya, biar aku telan," katanya.

Untuk rekod setalat pagi ini seramai 122 orang sudah meninggal dunia akibat Covid-19 di seluruh Indonesia. Jumlah kes positif yang direkodkan pula sebanyak 1,414. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...