Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Dera

Empat individu termasuk dua pasangan suami isteri ditahan polis

Empat individu termasuk dua pasangan suami isteri ditahan polis selepas video mereka membelasah seorang pembantu rumah warga Indonesia di sebuah kediaman di Taman Johor, Tampoi, Johor Bahru tular di media sosial. Insiden tersebut mencetuskan kekecohan apabila tindakan keganasan fizikal dilakukan atas alasan tidak berpuas hati dengan dakwaan bahawa pembantu rumah tersebut telah memukul anak majikan. Berikut adalah laporan berita penuh mengenai kronologi, tindakan pihak berkuasa, dan perlindungan mangsa: Kronologi Kejadian dan Video Tular Penyebaran Video: Pihak polis mengesan empat rakaman video yang dimuat naik di platform Facebook memaparkan mangsa dikasari dan dipukul oleh beberapa individu di sebuah rumah. Punca Perbalahan: Berdasarkan siasatan awal dan maklumat media sosial, tindakan membelasah tersebut dilakukan kerana pihak majikan mendakwa pembantu rumah berkenaan melakukan kekerasan fizikal terhadap anak mereka. Pendedahan Kes Penderaan Berpanjangan: Siasatan lanjut mendapa...

Hempas anak perempuan 14 bulan ke lantai kerana enggan tidur lewat malam!

Gara-gara bayi perempuannya (umur 14 bulan) enggan tidur lewat malam, seorang bapa hilang sabar lalu tergamak menghempas bayi perempuannya ke lantai hingga cedera, sebelum dijatuhi hukuman penjara 14 bulan. Muhammad Shaffik Amat Zairudin, 29, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menghempas anak perempuannya sehingga menyebabkan kecederaan (benjol) di dahi dalam kejadian di Parit Raja baru-baru ini. Difahamkan, tertuduh naik marah apabila mangsa tidak mahu tidur sebelum bertindak agresif. Dia turut didakwa mengugut ahli keluarga menggunakan sebilah pisau, yang disaksikan sendiri oleh bapa dan isterinya. Ibu tertuduh kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. Dia yang dijangka dibebaskan dari penjara bulan depan bagi kesalahan terdahulu itu kemudian dijatuhi hukuman penjara 12 bulan bermula 8 April lalu mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh berkelakuan baik selama dua tahun serta menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam. ...

Kesan darah di dalam bilik adalah milik Zayn Rayyan - Saksi

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan. ASP Mohd Hafizee Ismail, 38, yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, berkata ia berdasarkan laporan kimia diperoleh daripada sampel spesimen tulang sternum milik Zayn Rayyan yang berpadanan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati. "Keputusan laporan ini dikeluarkan oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon yang berpadanan dengan profil DNA daripada spesimen tulang berlabel Zayn Rayyan Abdul Matin," katanya ketika ditanya Hakim Dr Syahliza Warnoh tentang pemilik darah itu .Mohd Hafizee, yang kini bertugas sebagai Pegawai Risikan Operasi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan, berkata darah yang ditemukan di bilik air adalah milik tertuduh pertama iaitu Zaim Ikhwan Zahari manakala darah dalam bilik pula ialah ...

Kes Dera Dan Liwat Pelajar Di Merbok, 5 Individu Ditahan

SUNGAI PETANI: Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pihaknya telah menerima laporan dan tindakan susulan telah dibuat. "Kita telah menahan empat individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat atau persetubuhan luar tabii. "Manakala seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.  Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. “Polis masih meneruskan siasatan dan pengurusan pusat pengajian itu turut dipanggil bagi memberi keterangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Azam Abd Samat berkata, pihaknya turut dimaklumkan mengenai kejadian berkena...

Bapa Kandung Mahu Kematian Anak Terbela, Yang Didera Ibu Dan Bapa Tiri

Kota Bharu: Bapa kandung kepada kanak-kanak berusia lapan tahun yang meninggal dunia dipercayai didera mahu kematian anaknya itu terbela. Muhamad Zulhafize Zulkarnain, 32, berkata, dia dan keluarga terkejut dengan kejadian ketika diminta untuk menuntut jenazah anaknya oleh pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak. Katanya, dia dan bekas isteri sudah berpisah sejak tujuh tahun lalu namun masih berhubung atas urusan nafkah anak perempuannya itu. "Anak dijaga sepenuhnya bekas isteri di sana (Kuala Lumpur) namun jika mahu bertemu anak, saya dan keluarga akan ke sana. Disyorkan "Arwah anak juga tidak pernah mengadu apa-apa, jadi kami agak terkejut dengan kejadian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kerak Hulu, Kadok, di sini. Muhamad Zulhafize berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai, di sini, jam 11.30 pagi semalam. Ibu Zulhafize, Zakiah Yaakob, 59, berkata, keluarga menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak poli...

Kanak-Kanak Perempuan Berusia Setahun Jadi Mangsa Dera Kekasih Ibu

SENTUL: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun mengalami kecederaan selepas dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini, pada Rabu. Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP Saralathan Duraisamy dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pada jam 5.05 petang hari yang sama. Katanya, bayi itu cedera di bahagian belakang badan, bengkak di bibir serta lebam pada kedua-dua belah matanya.   “Hasil maklumat awal, suspek seorang lelaki warga tempatan yang merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa telah mendera mangsa dan telah melarikan diri sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian,” katanya. Beliau berkata, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Katanya, siasatan awal polis mendapati punca mangsa dipukul adalah kerana membuat bising dan ibunya dikatakan cuba menghalang teman lelakinya itu tetapi tidak berdaya. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak dan polis mem...

Tular Video Bayi Perempuan Didera Pengasuh Di Pusat Jagaan

Insiden dalam satu video berdurasi satu minit 32 saat yang tular semalam di laman sosial, memaparkan seorang bayi perempuan dikasari, merupakan kejadian yang berlaku pada 21 Mei lepas, di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Samudera, Batu Caves di Kuala Lumpur. Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata satu laporan polis telah dibuat ibu bayi tersebut pada hari yang sama, selepas mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada paha dan pipi anaknya. “Pihak polis telah menahan seorang perempuan warga tempatan berumur 23 tahun, yang merupakan pengasuh di pusat jagaan tersebut dan suspek telah dituduh di Mahkamah Selayang pada 30 Mei. “Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak–Kanak 2001, suspek mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan bon kelakuan baik selama tiga tahun, serta dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat,” katanya dalam kenyataan malam ini. Noor Ariffin berkata pemilik pusat jagaan tersebut, turut dituduh di bawah ...

Wanita Didakwa Aniaya Kanak-Kanak Lelaki Berusia Tiga Tahun

JOHOR BAHRU - Seorang penjaga pusat asuhan kanak-kanak swasta didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pada Selasa atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, minggu lalu. Bagaimanapun Ng Shu Tian, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di bawah peliharaannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah pusat asuhan kanak-kanak swasta di Taman Molek di sini jam 4 petang pada 22 Mei lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar, manakala tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien dan Ooi Hong Ming. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport an...

Siti Bainun Menangis, Semua Peguam Tarik Diri

KUALA LUMPUR: Tindakan dua peguam menarik diri di saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan dikenali Bella, menyebabkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, menangis di kandang saksi, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa. Siti Bainun, 31, dilihat mengesat air mata ketika Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan, mahkamah telah menerima notis penarikan diri daripada peguam, Asiah Jalil dan Nurul Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin. Dengan penarikan dua peguam itu, ini menjadikan kesemua peguam dari lima firma, tidak lagi mewakili wanita itu dalam prosiding bela dirinya.   Izralizam: Kamu tahu tak, mereka mahu tarik diri? Siti Bainun: Puan Asiah ada beritahu Sabtu lalu, boleh nak tarik diri sebab ada pertindihan jadual, tapi beliau tak ada cakap, betul-betul nak tarik diri, tak apalah Yang Arif, saya akan cuba bincang semula. Izralizam: Saya juga ada terima notis penarikan diri peguam, difailkan jam 9 malam tadi, sekiranya...

Isteri Lapor Polis Dengan Muka Berdarah, Dibelasah Suami Cemburu

Seorang suri rumah nekad menunggang motosikal sambil menahan kesakitan akibat kecederaan di muka selepas dibelasah suami, ketika tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, wanita terbabit cedera di mulut dan bengkak di muka akibat ditumbuk suaminya kerana cemburu. Mangsa berusia 45 tahun terbabit dipukul dengan besi di bahagian belakang oleh suspek berusia 48 tahun itu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata dalam kesakitan akibat serangan itu, mangsa berusaha menunggang motosikal untuk membuat laporan polis. Beliau berkata, susulan dari laporan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim menahan suami mangsa di rumah mereka pada jam 6.40 petang untuk membantu siasatan. "Siasatan mendapati suspek dipercayai memukul mangsa dengan tangan dan besi di lokasi kejadian. "Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan rumah itu menemui satu batang besi plat panjang untuk mem...

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Didera Pengasuh 😭😭😭

Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di Batu Pahat, hari ini dipercayai didera pengasuhnya. Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata susulan kematian kanak-kanak itu pada 7.15 pagi tadi, polis kemudian menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama suaminya yang berumur 41 tahun bagi membantu siasatan. Beliau berkata siasatan awal turut mendapati abang mangsa yang berumur enam tahun turut dipercayai didera berdasarkan kesan lebam pada badannya. “Pihak polis berjaya menyelamatkan abang mangsa dan dia kini sedang dirawat di hospital sama. Hasil pemeriksaan mendapati, dia berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan. Azhan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dera. Difahamkan ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan yang juga ibu tunggal menyerahkan anaknya kepada pengasuh terbabit untuk dijag...

Ibu Tiri, Bapa Mengaku Tak Bersalah Dera Anak Berusia 11 Tahun Di Flat Ampang Jajar

BUTTERWORTH - Seorang suri rumah dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh mendera anak perempuan berusia 11 tahun di Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh sejak pertengahan tahun lalu. Bagaimanapun, suami isteri itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus. Mengikut pertuduhan, T Lohkanayagi, 38, merupakan ibu tiri mangsa yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu didakwa menganiaya dan mengabaikan kanak-kanak itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Ampang Jajar Permatang Pauh di antara pertengahan 2019 hingga 9 Februari tahun ini pada jam 12.15 tengah hari. Sementara itu, bapa kandung mangsa, P Chadrasegaran, 36, pula didakwa telah mengabaikan, mendedahkan dan membiarkan anak kandungnya didera sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi pada tarikh,...

Kes Dera Anak Tiri, Bapa Dan Ibu Tiri Direman 7 Hari

BUKIT MERTAJAM - Pasangan suami isteri yang disyaki terbabit mendera anak mereka sehingga mendatangkan kecederaan serius di bahagian muka direman tujuh hari bermula hari ini. Kedua-duanya iaitu ibu tiri dan bapa kandung mangsa berusia 38 dan 36 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini jam 10 pagi tadi dengan diiringi anggota dan pegawai polis. Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pasangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera. Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati bapa mangsa positif dadah jenis methamphetamine. Semalam Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai didera ibu tirinya berjaya diselamatkan dalam kejadian di Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh di sini. Kanak-kanak itu diselamatkan oleh per...

Setahun Derita Didera Ibu Tiri Di Flat Ampang Jajar

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai didera ibu tirinya diselamatkan dalam kejadian di Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh di sini petang tadi. Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk di perumahan berkenaan yang curiga mendengar tangisan kanak-kanak perempuan berkenaan sejak seminggu lalu. Menurutnya, mereka syak kanak-kanak itu dipukul selepas mendengar dia selalu dimarahi oleh ibu tirinya. "Selepas menerima laporan mengenai perkara itu, saya dan beberapa rakan bersama anggota polis ke rumah berkenaan bagi membuat pemeriksaan. "Ketika sampai di rumah berkenaan, bapa dan ibu tiri mangsa menghalang kami masuk dan memberi amaran supaya kami tidak masuk campur dalam urusan keluarga mereka namun mereka akur selepas anggota polis mahu melalukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini. David berkata, kanak-kanak malang itu ditemui disembun...

Ibu Bersekongkol Dengan Teman Lelaki Dera Anak Hingga Mati

JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya ditahan polis kerana dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun hingga menemui ajal, semalam. Menurut sumber, kanak-kanak itu yang merupakan anak wanita berkenaan meninggal dunia kira-kira jam 12.10 tengah hari semalam (13 Januari 2019) selepas dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada hari yang sama untuk menerima rawatan. Penahanan suspek berusia 22 tahun itu dibuat selepas pihak hospital membuat laporan kerana mencurigai kesan lebam dan cedera yang ditemui pada tubuh kanak-kanak berkenaan. Ia susulan hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan akibat hentakan objek tumpul di bahagian kepala selain tubuhnya turut mempunyai beberapa kesan parut dipercayai akibat penderaan berterusan. Suspek bersama teman lelakinya yang berusia 33 tahun telah diberkas polis kira-kira jam 3.45 pagi tadi di pekarangan hospital tersebut. Difaham...

Isteri Buta Sarat Mengandung 6 Bulan Mati Didera Suami

KOTA SURABAYA - Penderitaan seorang wanita di Jawa Timur, Indonesia yang menjadi mangsa dera suami sendiri sejak 10 tahun lalu akhirnya menemui titik noktah. Wanita berusia 37 tahun dan sedang sarat mengandung enam bulan itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan keluarganya di Kabupaten Sampang, Madura pada Sabtu lalu. Lebih menyayat hati, Sanima hilang penglihatan akibat kerap dibelasah suaminya, Musa, 39, sejak tujuh bulan lalu menggunakan pelbagai objek termasuk kayu dan penyangkut baju. Pemeriksaan pegawai perubatan terhadap tubuh mangsa di hospital turut menemui pelbagai kesan kecederaan termasuk lebam di pinggang dan luka di bahagian siku kiri. Siasatan polis mendapati, Musa mendera isterinya kerana berang wanita terbabit enggan memakan ubat bagi mencegah strok. Musa berdepan hukuman 5 hingga 15 tahun penjara di bawah Akta 23 mengenai kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) jika disabit kesalahan. - Sinar Harian

Video: Wanita Dera Anak Tiri Ditahan

Seorang wanita ditahan kerana disyaki mendera anak tirinya selepas satu rakaman video menunjukkan dia memarahi kanak-kanak itu sambil memegang satu objek, tular di media sosial, sejak kelmarin. Suspek yang berusia 22 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang Utara di sini, jam 9 pagi semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata selain tangkapan, anggota polis turut menyelamatkan mangsa yang juga seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun. “Menerusi video yang tular itu, kelihatan suspek memberikan pelbagai amaran dan memarahi kanak-kanak terbabit dengan sejenis alat dipercayai sebatang pen. “Mangsa diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya menerusi...

Kanak-Kanak 1 Tahun Didera Nenek Dan Pak Cik

SIBU: Seorang nenek bersama anak lelakinya ditahan polis kerana disyaki mendera cucu perempuannya berusia lebih setahun. Perbuatan kejam dua beranak itu terbongkar selepas ibu mangsa membawa kanak-kanak malang tersebut mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada jam 11 pagi, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, sehari sebelum itu, ibu mangsa telah membawa anaknya ke sebuah klinik untuk menimbang berat tetapi doktor yang memeriksa kanak-kanak itu meminta mangsa dirujuk ke Hospital Sibu selepas mendapati terdapat kesan luka pada bibirnya. "Setelah dibawa ke Hospital Sibu mangsa didapati mengalami patah tulang kaki kanan, patah tulang tangan kiri, kesan luka di muka dan leher serta koyak kulit di dalam mulut dan luka bibir. "Hasil laporan yang dibuat pada Isnin lalu, polis telah menahan nenek mangsa berusia 50-an dan bapa saudaranya berusia 30 tahun disyaki terlibat mendera kanak-kanak malang itu,” katanya dalam kenyataan pada ...

Cik B Didera Ketika Kecil Oleh Pembantu Rumah

Kalau disebut nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mungkin ramai yang tidak mengenalinya, tetapi jika disebut dengan panggilan manjanya, Cik B, anak gadis kepada Dato' Seri Vida ini pasti dikenali ramai. Baru-baru ini Cik B bercerita kisah hidupnya ketika kecil di Twitter yang mendapat perhatian ramai. Bukan sebarangan cerita, Cik B membuka kisah dia didera ketika kecil oleh pembantu rumah, serta kisah ayah kandungnya. "Masa cikb kecik cikb selalu kena dera dengan bibik. Cikb kena kurung, kena pukul, kena semualah pastu masa cikb kecik ayah kandung cikb dera mama jugak. Pukul-pukul sampai nak bakar rumah sebab mama tak kasi duit. Ayah cikb kaki mabuk kaki rempit semua kaki dia ada "Cikb ingat lagi yang cikb kena pukul pakai buluh dengan bibik. Tapi cikb tak bagitahu mama sebab cikb kesian dengan bibik tu nanti kena marah dengan mama. Bibik tu pilih kasih, dia sayang anak yang ke 2 dan kacak Tapi cikb dgn abang sulung kena dera," tulis Cik B di Twit...

Video Tular.. Pengasuh Ditahan Polis

GEORGETOWN - Tampar kepala dan hentak bayi ke lantai, itu antara perbuatan seorang wanita terhadap bayi melalui dua video berdurasi empat dan tujuh saat yang tular di media sosial hari ini. Perbuatan wanita yang dikatakan pengasuh kepada bayi berusia enam bulan itu akhirnya membawa padah selepas dia ditahan polis pada Rabu lalu. Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis menerima laporan mengenai video berkenaan daripada seorang kerani bank selepas dia menerima video berkenaan daripada rakannya. Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dia tidak mengenali ibu bapa bayi berkenaan dan membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan bayi berkenaan. "Wanita itu memberitahu yang rakannya mengirim video berkenaan kerana tidak mahu dia menghantar anak ketiganya kepada pengasuh terbabit berikutan bimbang diperlakukan seperti bayi itu. "Siasatan yang dilakukan berjaya menahan pengasuh bayi berkenaan yang berusia 34 tahun dan wanita itu men...