Skip to main content

Cik B Didera Ketika Kecil Oleh Pembantu Rumah




Kalau disebut nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mungkin ramai yang tidak mengenalinya, tetapi jika disebut dengan panggilan manjanya, Cik B, anak gadis kepada Dato' Seri Vida ini pasti dikenali ramai.

Baru-baru ini Cik B bercerita kisah hidupnya ketika kecil di Twitter yang mendapat perhatian ramai. Bukan sebarangan cerita, Cik B membuka kisah dia didera ketika kecil oleh pembantu rumah, serta kisah ayah kandungnya.

"Masa cikb kecik cikb selalu kena dera dengan bibik. Cikb kena kurung, kena pukul, kena semualah pastu masa cikb kecik ayah kandung cikb dera mama jugak. Pukul-pukul sampai nak bakar rumah sebab mama tak kasi duit. Ayah cikb kaki mabuk kaki rempit semua kaki dia ada

"Cikb ingat lagi yang cikb kena pukul pakai buluh dengan bibik. Tapi cikb tak bagitahu mama sebab cikb kesian dengan bibik tu nanti kena marah dengan mama. Bibik tu pilih kasih, dia sayang anak yang ke 2 dan kacak Tapi cikb dgn abang sulung kena dera," tulis Cik B di Twitternya yang menggunakan akaun @HavocCikb.

Tambah Cik B lagi, ayah sering mengugut ibunya untuk memotong tangan abang kepada Cik B jika tidak diberikan wang. Malah, Cik B juga pernah dilarikan oleh ayah kandungnya itu.

"Ayah cikb pulak selalu ugut mama nak potong tangan abang cikb Kalau tak kasi duit. Lepas tu ada satu hari tu ayah cikb bawak lari cikb ke rumah dia. Lepas tu mama pun ambil cikb balik rumah sampai gaduh-gaduh dengan ayah kandung cikb.

"Bila mama tengok cctv dia nampak cikb kena dera terus mama balik pecat dia (bibik). Tapi cikb pun kesian lah dengan dia macam mana dia nak kerja nanti sebab bibik tu pun kaki dadah pastu asyik-asyik isap rokok bila mama selalu takda rumah.

Menurut Cik B lagi, walaupun ibu dan ayahnya sudah bercerai namun setiap bulan ayahnya masih meminta wang daripada ibunya.

"Walaupun mama dengan ayah cikb dah cerai setiap bulan dia mintak duit Tapi mama pun kasi jelah.

"Mama sebenarya dulu kena buang dgn mak mama sendiri pastu mok jah,abah ajit jaga mama. Tapi bila mama besar mama cari mak mama balik," tulis Cik B lagi.
Kisah yang ditulis oleh Cik B di Twitternya mendapat hampir 11,000 Retweet dan hampir 18,000 likes. - Astro Gempak

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...