Selepas melalui episod hitam mahligai perkahwinan bersama aktres popular dan usahawan tudung Nur Fazura berakhir, kelibat anak kelahiran Setiawangsa, Kuala Lumpur ini semakin menjadi tumpuan peminat dunia seni tanah air, khususnya wanita. Diberi julukan “Duda Hot” oleh netizen, segala pergerakan dan aktiviti Fattah Amin, 34, diikut rapat dengan kemunculan pertama kalinya di TikTok pada pertengahan bulan ini turut mencetuskan fenomena, apabila meraih 100,000 tontonan dan memperoleh 44 juta tanda suka (likes) sepanjang tiga jam bersiaran. Bagaimanapun, penampilan terkini aktor kacak tinggi lampai ini mencetuskan kebimbangan peminatnya apabila dilihat mengalami penurunan berat badan. Menafikan kehilangan berat badan itu ada kaitan dengan episod duka yang dilaluinya, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin ini berkata keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak menentu dek kepadatan jadual kerja. Biarpun begitu, pelakon filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahl...