Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

Polis Siasat Tajuddin Adakan Sidang Media Tampa Pelitup Muka

Pihak polis telah menjalankan siasatan berkenaan rakaman video menunjukkan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tajuddin Abdul Rahman tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan satu sidang media baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021. "Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam terdekat. "Kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan," katanya dalam kenyataan. Justeru katanya pihak PDRM menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di ba...

Ahli Parlimen Desak Kerajaan Indonesia Boikot Barangan Israel

JAKARTA: Ahli Parlimen Indonesia mendesak kerajaan mewujudkan satu dasar untuk memboikot produk Israel, sebagai tindak balas terhadap serangan rejim itu ke atas Palestin. Pengerusi Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan (Parlimen Indonesia), Yandri Susanto berkata, selain memboikot, beliau turut menekankan supaya kerajaan tidak menjalinkan hubungan diplomatik dan mengadakan rundingan dengan Israel. "Kami mendesak kerajaan memboikot produk Israel. Produk mereka tidak akan dibenarkan masuk ke Indonesia lagi," katanya dalam satu kenyataan. Meskipun tidak menjalin hubungan diplomatik, Indonesia dan Israel mempunyai hubungan perdagangan, tambahnya. Menurut Agensi Statistik Pusat jumlah dagangan antara Indonesia dan Amerika Syarikat pada 2020 bernilai AS$27.2 bilion, dengan Indonesia mencatat lebihan AS$10.04 bilion. Data agensi menunjukkan pada suku pertama 2021, Indonesia telah mengimport 144 tan metrik barangan bernilai AS$1,785,870 dari Israel. Barangan yang diimport dari Israel te...

Polis Siasat Video Tular Sambutan Aidilfitri Secara Beramai-Ramai

KLANG: Polis Klang Selatan menjalankan siasatan terhadap satu rakaman video sambutan Aidilfitri secara beramai-ramai yang tular baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, insiden itu dipercayai berlaku di dalam sebuah rumah di Telok Gong, Pelabuhan Klang. "Polis Klang Selatan menjalankan siasatan kerana didapati berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Siasatan diteruskan dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Kes tersebut merupakan antara siasatan terbaru dijalankan polis di seluruh Malaysia berhubung tindakan melanggar SOP PKP ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Semalam, Astro AWANI melaporkan, polis membuka kertas siasatan ke atas keluarga seorang selebriti di Hulu Kelang, Ampang Jaya selepas sekeping gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri tular di media sosial. Ia susulan penganjuran majlis berkenaa...

Video: Inilah Akibat Suami Isteri Bercerai, Anak Dah Tak Kenal Wajah Ibu.. 😭😭😭

Setiap orang berhak hidup bahagia, baik sendiri mahupun bersama pasangan. Jika secara fizikal dan mental tidak lagi kuat untuk mempertahankan keutuhan rumah tangga, bercerai bisa menjadi salah satu jalan yang ditempuh. Sekiranya terjadi pencera1an, anak juga menjadi individu yang turut sama terkesan apatah lagi jika mereka masih lagi kecil dan cuba untuk memahami situasi yang berlaku. Malah, hubungan kedua-dua pihak boleh menjadi renggang apabila tiada sikap saling kerjasama atau tolak ansur terutama soal hak penjagaan anak yang menjadi tanggungjawab utama. Terbaru, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan seorang wanita menangis sambil memeluk anak lelakinya apabila bekas suami dipercayai seolah-olah mahu ‘menghalang’ pertemuan anak beranak tersebut. “Ni mama sayang…” Menerusi posting berkenaan, wanita terbabit @Chetah_Shita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa bekas suami sukar untuk memberikan kerjasama sehingga anak-anak sudah tidak mengenali dirinya. “Nak jumpa anak-ana...

Donald Trump Tidak Dibenarkan Main Facebook Lagi

  Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disekat secara kekal daripada menggunakan Facebook. Pengumuman itu dibuat oleh Facebook selepas memutuskan hantaran yang dibuat oleh Trump mengenai rusuhan di bangunan Capitol dilihat ‘menyokong masyarakat untuk terlibat dalam keganasan’. “Facebook mendapati dua hantaran yang dibuat oleh Trump pada 6 Januari lalu mencabuli Tahap Piawaian Komuniti Facebook dan Garis Panduan Komuniti Instagram,” jelas rangkaian sosial media tersebut. Hantaran pertama yang dibuat Trump bertulis ‘kami sayangkan anda. Anda sangat istimewa’, manakala hantaran kedua pula berbunyi ‘patriot yang hebat’ dan ‘ingat hari ini buat selamanya’ sambil merujuk kepada rusuhan di Capitol. Dua hantaran itu menyaksikan akaun Facebook Trump disekat selama 24 jam sebelum sekatan itu disambung sehingga 21 Januari, iaitu selepas majlis pelantikan Joe Biden sebagai Presiden AS baharu. Kemudian, Lembaga Pemerhati Facebook membuat penilaian sehinggalah memutuskan akaun bek...

Bapa Ditahan Beri Anak Hisap Vape

Polis menahan seorang lelaki yang tular di media sosial pada Ahad lepas kerana disyaki memberi anaknya yang berusia dua tahun setengah menghisap vape. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Setapak semalam. Beliau berkata pada 4.50 petang semalam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis pergi ke sebuah rumah Kampung Baru Air Panas, di Kuala Lumpur untuk menyelamatkan kanak-kanak itu bersama ibunya. “Kedua-dua mereka (ibu dan anak) dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan perubatan dan mereka dimasukkan ke wad di hospital itu. "Siasatan awal mendapat kejadian berlaku pada Ahad di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Arifai berkata lelaki terbabit direman tujuh hari mulai esok hingga Selasa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Baru-baru ini tular di media sosial, video seorang kanak-kanak lelaki menghisap vape yang disuapkan kepadanya dan perka...