Pengganas warga Australia yang membunuh 50 jemaah masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu dilaporkan telah mengemukakan aduan rasmi kepada Jabatan Penjara selepas mendakwa haknya dilucutkan. Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Penjara Auckland di Paramoremo di bawah pengawasan ketat selama 24 jam sama ada secara langsung oleh kakitangan atau melalui kamera CCTV. Dia juga diasingkan daripada tahanan lain dan tidak mempunyai akses kepada televisyen, radio atau surat khabar. Sumber dari kemudahan itu berkata, pengganas terbabit mengadu tidak dibenarkan membuat panggilan telefon selain berang kerana pelawat tidak dibenarkan menjenguknya. Menurut Akta Pencegahan 2004, setiap banduan mempunyai hak minimum ke atas beberapa perkara tertentu termasuk senaman 'kehangata, kesihatan dan keselesaan yang munasabah' dan akses kepada makan dan minum tiga kali sehari. Setiap banduan juga berhak menerima sekurang-kurangnya seorang pelawat setiap minggu selama 30 minit. Mereka turut diberi h...