Skip to main content

Ditegur Bawa Kawan Perempuan Balik Rumah, Menantu Siram Air Panas Pada Mertuanya


SIBU: Hanya kerana ditegur selalu membawa rakan perempuan balik ke rumah semasa ketiadaan suaminya, seorang menantu bertindak kejam dengan menyimbah air panas ke arah ibu mertuanya.

Kejadian tersebut berlaku ekoran satu pertengkaran antara mangsa dan menantu perempuan juga warganegara Indonesia di sebuah rumah sewa tingkat atas di Jalan Laichee sekitar jam 3.00 petang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, akibat kejadian itu, mangsa, 62, mengalami luka melecur di bahagian muka sebelah kiri, bahagian dada, bahu dan paha sebelah kiri.

Katanya, kejadian itu juga disaksikan oleh anak saudara perempuan pengadu.

"Mangsa kemudian berlari keluar rumah dan meminta jiran membantu menyapukan ubat gigi di bahagian melecur," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, pengadu hanya membuat laporan polis selepas dibawa oleh anak lelakinya ke Hospital Sibu pada jam 3.00 petang Rabu lalu.

Polis kemudian membawa mangsa ke hospital semula untuk rawatan dan pemeriksaan oleh doktor.

"Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kelecuran dua peratus di bahagian permukaan badan, muka dan bahu sebelah kiri serta bahagian dada.

"Bertindak atas maklumat, polis telah berjaya menangkap suspek dan mendapati pas lawatan sosial menantu pengadu itu telah tamat tempoh pada 3 November 2016," jelasnya.

Katanya lagi, polis telah merampas satu cerek elektrik sebagai barang kes.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan lerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah," katanya. - Utusan Borneo Online 
 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...