Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2026

Tular | Duda, Janda Disyaki Berkhalwat Dalam Bas

MELAKA – Seorang duda dan seorang janda ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di dalam sebuah bas yang diparkir di sebuah stesen minyak di Jalan Hang Tuah di sini awal pagi Sabtu. Dalam pemeriksaan kira-kira jam 1.50 pagi, lelaki berusia 37 tahun yang juga pemandu bas terbabit dan wanita berusia 46 tahun itu ditemui sedang tidur bersebelahan di atas kerusi dalam kenderaan berkenaan. Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam. Menurutnya, pasangan terbabit memberi alasan mereka berada di dalam bas untuk berehat selepas keluar makan bersama sebelum tertidur. “Bagaimanapun, kedua-duanya gagal membuktikan mempunyai hubungan mahram atau sebagai suami isteri yang sah,” katanya pada Ahad. Beliau berkata, pasangan itu kemudiannya dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991...

Video Pemandu Myvi Khayal Dadah Ditahan Orang Awam

Tular video memaparkan seorang pemandu Perodua Myvi dipercayai berada dalam keadaan khayal dadah berjaya ditahan orang awam selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kejadian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan pemandu berkenaan kerana membahayakan pengguna jalan raya lain. Lebih mencuri perhatian, rata-rata netizen turut meninggalkan komen sinis dengan tajuk yang menjadi perhatian ramai: “Kalau tak mushroom, dah tentu piao-piao” dipercayai merujuk kepada keadaan pemandu terbabit ketika kejadian berlaku. Beberapa kes terdahulu melibatkan pemandu Myvi positif dadah selepas kemalangan dan ditahan orang awam pernah dilaporkan pihak media

Brek Mengejut Mengundang Bahaya Kepada Pengguna Jalan Raya Lain

Memang benar, brek mengejut mengundang bahaya yang besar kepada pengguna jalan raya lain. Ia sering kali menjadi punca utama kemalangan berangkai, penunggang motosikal hilang kawalan, atau kenderaan belakang merempuh anda kerana tiada ruang masa untuk mengelak. Langkah terbaik bagi mengelak situasi ini melibatkan beberapa tindakan spesifik yang boleh dilakukan: Kekalkan Jarak Selamat: Sentiasa jarakkan kenderaan anda dengan kereta di hadapan. Gunakan "Peraturan 3 Saat" untuk memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk membrek secara terkawal sekiranya berlaku kecemasan. Fokus dan Jangka (Anticipate): Beri perhatian penuh kepada pemanduan. Sentiasa perhatikan pergerakan kenderaan beberapa buah kereta di hadapan anda supaya anda boleh mula membrek dengan perlahan sekiranya mereka mula perlahan. Periksa Cermin Sisi & Pandang Belakang: Sebelum membrek (jika tiada kecemasan), jeling cermin pandang belakang untuk memastikan kenderaan di belakang tidak mengekori anda te...

Pukul Bini Kerana Tak Bagi Duit

MELAKA – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah memukul isterinya kerana enggan memberinya wang untuk membeli dadah, Ahad lalu. . Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membuat keputusan itu selepas tertuduh, Faizzul Ridwan Ab Rahman, 36, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. . Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya berusia 41 tahun di sebuah rumah di Kampung Paya Rumput, dalam daerah Melaka Tengah di sini kira-kira jam 8 pagi 24 Mei lalu. . Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. . Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 326A, penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan ke atas sabitan mengikut Seksyen 323. -MalaysiaGazette /

Tular Video Wanita Mengamuk Isu Warga Asing ‘Double Parking’

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang wanita bertindak mengamuk selepas dipercayai berang dengan tindakan sebuah kenderaan milik warga asing yang didakwa melakukan parkir berganda atau ‘double parking’. Dalam rakaman tersebut, wanita terbabit dilihat meluahkan rasa tidak puas hati kerana tindakan berkenaan dipercayai menghalang laluan serta menyusahkan pengguna lain. Situasi itu turut menarik perhatian orang ramai yang berada di lokasi kejadian. Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai menyuarakan rasa geram terhadap sikap segelintir pemandu yang tidak mematuhi peraturan parkir sehingga menyusahkan orang lain. Namun, ada juga yang menasihatkan supaya pertikaian diselesaikan secara baik tanpa mencetuskan kekecohan. Setakat ini, lokasi sebenar kejadian dan punca penuh insiden masih belum dapat dipastikan.

Hempas anak perempuan 14 bulan ke lantai kerana enggan tidur lewat malam!

Gara-gara bayi perempuannya (umur 14 bulan) enggan tidur lewat malam, seorang bapa hilang sabar lalu tergamak menghempas bayi perempuannya ke lantai hingga cedera, sebelum dijatuhi hukuman penjara 14 bulan. Muhammad Shaffik Amat Zairudin, 29, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menghempas anak perempuannya sehingga menyebabkan kecederaan (benjol) di dahi dalam kejadian di Parit Raja baru-baru ini. Difahamkan, tertuduh naik marah apabila mangsa tidak mahu tidur sebelum bertindak agresif. Dia turut didakwa mengugut ahli keluarga menggunakan sebilah pisau, yang disaksikan sendiri oleh bapa dan isterinya. Ibu tertuduh kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. Dia yang dijangka dibebaskan dari penjara bulan depan bagi kesalahan terdahulu itu kemudian dijatuhi hukuman penjara 12 bulan bermula 8 April lalu mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh berkelakuan baik selama dua tahun serta menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam. ...

Video Tular Lelaki Maut ‘Ditanduk’ Kerbau

JOHOR BAHRU – Tular satu video memaparkan seekor kerbau bertindak agresif sehingga menanduk seorang lelaki dalam kejadian dipercayai di Ulu Tiram semalam. Menerusi video berdurasi kira-kira 40 saat itu, kerbau berwarna hitam berkenaan dilihat mengamuk sebelum menyerang seorang lelaki yang berada di kawasan tersebut. Mangsa kemudian dilihat sempat bangun selepas ditanduk namun difahamkan mengalami cedera parah akibat kejadian itu. Difahamkan, lelaki berkenaan dilaporkan meninggal dunia akibat kejadian tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.-KOSMO! ONLINE

Video Kemalangan Maut Melibatkan Pesara Tentera

Video tular memaparkan kemalangan maut melibatkan seorang pesara tentera selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai merempuh sebuah kereta BMW yang keluar dari simpang secara melulu di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi Isnin, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai melanggar bahagian sisi kanan kereta BMW terbabit ketika kenderaan itu keluar dari simpang. Kes kini disiasat pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.  

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

Culik Kanak-Kanak Perempuan Berusia 11 Tahun, Lelaki Ini Didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, minggu lepas. Tertuduh Muhamad Rafiqzam Hafeq Mohd Rosly, 23, didakwa menculik kanak-kanak itu daripada bapanya Rosli Ab Ghani, 49, di Jalan Ilmu berhampiran sebuah kolej di sini hingga ke sebuah stesen minyak di Bukit Damansara antara 2.30 petang hingga 4.49 petang pada 19 Mei lepas. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurbatrisyia Mohd Razib, manakala tertuduh diwakili peguam P. Suthes. Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan iaitu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta tidak mengganggu atau mend...

Tular Video Wanita Duduk Tengah Jalan Raya Di Highway Seberang Jaya

Pulau Pinang, 26 Mei – Tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan seorang wanita duduk di atas pembahagi jalan di kawasan Lebuhraya Seberang Jaya, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya yang melalui lokasi berkenaan. Perkongsian asal oleh pengguna Threads dikenali sebagai eydaaanuar itu turut menarik perhatian ramai apabila wanita berkenaan dipercayai sedang berdepan tekanan emosi.   Keadaan tersebut menimbulkan rasa simpati dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mendoakan agar individu terbabit segera dibantu serta berada dalam keadaan selamat. Namun dalam masa yang sama, beberapa pengguna jalan raya turut berkongsi pengalaman hampir berlakunya kejadian tidak diingini ketika melalui lokasi tersebut. Ada yang meluahkan rasa lega kerana sempat mengelak, malah menyifatkan situasi itu boleh mengundang risiko besar bukan sahaja kepada individu terbabit, tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain. Rata-rata netizen turut menasihatkan agar sebara...

Lelaki Disyaki Isap Gam Langgar Belakang Bas Di R&R Pagoh Arah Utara

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan kejadian seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh bahan khayal sebelum melanggar bahagian belakang sebuah bas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh Rest and Service Area arah utara. Dalam kejadian tersebut, lelaki terbabit dilihat berada dalam keadaan tidak stabil dan dipercayai menghidu gam sebelum berlaku pelanggaran dengan kenderaan berat berkenaan. Rakaman kejadian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata melahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan bahan inhalan terutama dalam kalangan golongan muda kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain. Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikeluarkan pihak berkuasa berhubung tahap kecederaan atau tindakan lanjut terhadap individu terbabit.

Mangsa pemandu mabuk meninggal dunia selepas 13 hari koma, 'Kami hilang tulang belakang keluarga'

KLANG - "Kami sekeluarga mahukan pelaku bertanggungjawab, kami dah hilang anak, hilang tulang belakang keluarga.” Demikian luahan pilu seorang ibu, Hamidah Othman, 51, selepas anak sulungnya, Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27, yang sebelum ini parah dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk dan melawan arus di Persiaran Kota di sini, meninggal dunia petang tadi selepas 13 hari bertarung nyawa di hospital. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kira jam 4.28 petang selepas berada dalam keadaan koma sejak hari kejadian. Hamidah berkata, dia dan ahli keluarga lain dipanggil doktor untuk berkumpul di wad berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi selepas keadaan Zulfiqar semakin kritikal dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. "Kira-kira jam 4.30 petang, doktor beritahu denyutan nadinya semakin menurun sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam nada sebak ketika ditemui di pekarangan Jabatan Fore...

Video Tular Polis Tahan Mat Rempit Di Dungun, Guna Exora Dan Myvi Sebagai ‘Block’

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia menahan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai mat rempit dalam satu operasi di Dungun. Dalam rakaman tersebut, polis dilihat menggunakan sebuah Proton Exora dan Perodua Myvi bagi membuat sekatan untuk menghalang suspek daripada meloloskan diri. Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang menyokong tindakan tegas pihak polis demi keselamatan pengguna jalan raya, manakala segelintir lain mempersoalkan kaedah sekatan yang digunakan kerana dikhuatiri boleh mengundang risiko kemalangan. Bagaimanapun, ramai berpendapat tindakan tersebut dilakukan bagi membendung kegiatan lumba haram dan aksi berbahaya yang sering mengancam nyawa pengguna jalan raya lain.

PAKIN Malaysia Kecam Kenyataan Biadap, Tidak Menghormati Titah Sultan Selangor.

Pertubuhan Arah Kemanusiaan Insan PAKIN Malaysia tampil menyuarakan pendirian tegas berhubung isu kenyataan yang didakwa mempertikaikan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sehingga mencetuskan kemarahan rakyat kebelakangan ini. Pengerusi PAKIN Malaysia, Zakir Halim Bin Zahiah ketika ditemui wartawan berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan biadap, angkuh dan tidak menghormati Institusi Diraja, khususnya melibatkan titah D.Y.M.M. Sultan Selangor. Menurut beliau, Institusi Raja-Raja Melayu bukan isu yang boleh dipolitikkan atau dijadikan bahan perdebatan terbuka demi kepentingan tertentu. “PAKIN memandang serius perkara ini kerana Institusi Diraja adalah payung negara dan lambang perpaduan rakyat Malaysia. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan titah Sultan secara terbuka adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan jelas mencerminkan kegagalan menghormati adab serta Perlembagaan Negara,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta ...

Wanita Hilang 140,000 Pengikut Selepas Filter Wajah Terpadam Ketika ‘Live’

Seorang wanita di China dilaporkan kehilangan kira-kira 140,000 pengikut media sosial hanya dalam tempoh beberapa jam selepas filter wajah yang digunakan ketika siaran langsung tiba-tiba terputus. Wanita terbabit sebelum ini dipercayai sering tampil dengan wajah kelihatan muda ketika bersiaran secara langsung dan didakwa menggoda penonton lelaki bagi menarik perhatian serta mendapatkan hadiah dan wang daripada pengikutnya. Namun ketika sedang membuat siaran langsung, filter wajah yang digunakan secara tidak sengaja terpadam sehingga memperlihatkan rupa sebenar wanita tersebut yang dipercayai jauh lebih berusia daripada imej dipaparkan sebelum ini. Insiden itu segera tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai pengikut dilaporkan berhenti mengikuti akaunnya kerana berasa tertipu dengan penampilan yang dipamerkan sepanjang ini.

Pasangan Remaja Ditahan Disyaki Samun Pemandu E-Hailing Di Pontian

Polis Diraja Malaysia menahan sepasang kekasih remaja selepas dipercayai terlibat dalam kes samun melibatkan seorang pemandu e-hailing di Pontian. Ketua Polis Daerah Pontian, Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun bersama teman wanitanya yang berusia 17 tahun dipercayai bertindak menjerut leher mangsa menggunakan tali sebelum melarikan sebuah Proton Saga milik mangsa. Susulan kejadian itu, kedua-dua suspek berjaya ditahan di Melaka hasil operasi yang dijalankan pihak polis. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital. Kes kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

DALAM RUMAH PUN DAH TAK SELAMAT..

Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya cedera parah selepas dipercayai menjadi mangsa samun di kediaman mereka di Jalan Melayu, Ayer Tawar awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.30 pagi melalui kaunter aduan Balai Polis Ayer Tawar. Menurutnya, hasil siasatan mendapati pasangan suami isteri warga emas itu diserang seorang lelaki tidak dikenali di rumah mereka sehingga kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius akibat dipukul menggunakan objek keras. “Suspek dipercayai melarikan dua unit telefon bimbit serta beg duit milik mangsa sebelum melarikan diri. “Jiran yang terdengar bunyi bising kemudian datang membantu dan membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, mangsa lelaki yang berusia 84 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, manakala ...

Nyaris Jadi Kemalangan Berantai

Detik cemas berlaku berhampiran kawasan tol di Jalan Duta Toll Plaza apabila satu insiden di jalan raya nyaris mengakibatkan kemalangan berantai melibatkan beberapa kenderaan. Rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan beberapa kenderaan terpaksa membrek secara mengejut bagi mengelakkan pelanggaran selepas sebuah kenderaan dipercayai hilang kawalan atau melakukan tindakan berbahaya di laluan berkenaan. Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dengan lebih berhati-hati terutama di kawasan lebuh raya dan plaza tol yang sibuk.

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Peniaga Pasang CCTV ,Wanita Didakwa Kerap Buang Air Besar Depan Kedai,

Seorang peniaga di Taman Dusun Setia, Seremban meluahkan rasa kecewa apabila sebuah premis perniagaan mereka dipercayai menjadi lokasi seorang wanita warga emas membuang air besar secara berulang kali. Menurut peniaga terbabit, kejadian itu dikatakan sudah berlaku sejak beberapa minggu lalu sehingga mereka terpaksa membersihkan najis hampir setiap minggu demi memastikan kawasan premis kekal bersih dan selesa untuk pelanggan. Disebabkan terlalu kerap berlaku, pihak premis akhirnya memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kali ini individu berkenaan berjaya dirakam sekitar jam 6 pagi. Peniaga tersebut menjelaskan tujuan perkongsian dibuat bukan untuk membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya berharap waris atau individu terbabit dapat tampil menegur serta memantau keadaan berkenaan agar perkara sama tidak berulang. “Kami hanya mencari rezeki berniaga di sini. Kalau perkara macam ini berulang kali berlaku memang sukar untuk terus bersabar,” katanya. Malah, peniaga itu turut berseloroh men...

Tular Video Aksi Wanita Dalam Premis Curi Susu Sembunyi Celah Kangkang

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan tindakan dipercayai sebuah keluarga melakukan kegiatan mencuri di sebuah premis jualan. Dalam kejadian tersebut, seorang wanita bersama dua anak lelakinya didakwa cuba mencuri susu kanak-kanak dengan menyembunyikan barangan berkenaan di celah kangkang sebelum keluar dari premis tanpa membuat bayaran. Gelagat mencurigakan mereka bagaimanapun berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis sebelum video itu tersebar luas di media sosial. Tindakan tersebut mengundang kecaman orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja memalukan malah memberi contoh tidak baik kepada anak-anak. Setakat ini, lokasi kejadian dan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan, manakala pihak berkuasa dipercayai sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...