Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Video: Kisah Penipu Di Bangsar, Hati-Hati Semua.

BANGSAR- Rakam video berjaya dirakam kamera dashboard yang telah dipasangkan pada keretanya kini telah menjadi bahan bukti di dalam kes ini. Pada waktu kejadian, semasa mangsa sedang memandu kereta jenis Proton Iriz di Jalan Maarof, secara tiba-tiba kereta yang berada dihadapannya telah mengundur secara mengejut dan mengakibatkan bumper hadapan kereta milik mangsa bercalar disebabkan hentakkan daripada kereta suspek. Sejurus daripada kejadian itu, pemilik kereta tersebut keluar daripada keretanya dan menyatakan bahawa bukan dia yang bersalah sedangankan jelas dialam rakaman video tersebut memperlihatkan suspek yang mengundurkan keretanya secara sengaja dan mengakibatkan kerosakan kecil pada kereta mangsa. Disebabkan itu,mangsa telah bertindak menyerahkan bahan bukti dan membuat laporan kepada pihak polis mengenai penipuan ini.Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 12.58 tengah hari. Di nasihatan supaya setiap kereta memilik kamera dashboard supaya kejadian sebegini tidak ber...

Ketagihan Pornografi Boleh Mengganggu Hubungan Intim Suami Dan Isteri.

Tahukah anda apabila seseorang itu ketagih menonton pornografi ianya akan menganggu hubugan intim apabila bersama dengan pasangan anda sehingga terjadinya perceraian dan akan terjadinya kerosakan pada saraf-saraf otak. Menurut Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, sesetengah laman web pornografi ada yang dikategorikan mengikut kehendak penontonnya sahaja. Ianya amat membimbangkan lagi apabila ianya menjadi ketagih pada seseorang itu. Pada zaman yang kian canggih ini anak-anak muda juga perlu dipantau kerana ianya mudah diakses oleh sesiapa sahaja. Selain daripada itu, menurut pakar jika seseorang itu terlampau ketagih menonton pornografi ianya akan berlakunya pertengkaran dan akan menggangu hubungan intim suami isteri. Malah pada setiap minggu lebih daripada 4,000 laman web pornografi telah diakses oleh pengguna.Disebabkan itulah ibu bapa perlu memantau apa yang diakses oleh anak-anak anda di dalam telefon ...

Kantoi ! Peniaga Jual Sayur Bercampur Bebola Daging Khinzir

TAMPIN- Seorang peniaga yang berkerja di Pasar Gemencheh dipercayai tidak menitik beratkan isu halal di kedai tempat dia meniaga bakal menerima hukuman daripada pihak berkuasa. Ianya terbongkar apabila seorang pembeli mendapati sebuah bungkusan makanan yang bertulis bebola daging khinzir yang dijual dan bercampur bersama makanan yang halal di tempat letak sayur-sayuran semasa dia mahu membeli barangan dapurnya yang kehabisan. Peniaga tersebut bertanyakan kepada penjual itu samada dia ada menjual bebola daging khinzir atau tidak,lantas peniaga tersebut yang sedang ralit mengira jumlah barangan yang dibelinya menjawab dia ada menjual bebola daging tersebut.Berang dengan tindakan peninga tersebut dia meninggalkan pasar berkenaan tanpa membeli apa-apa daripada peningan itu. Kes ini telah mendapat perhatian daripada Pengarah KPDNKK Negeri Sembila, Ain ArjunaAziz Zaman, dan pihaknya telah membuat siasatan lanjut mengenai isu ini. Selain itu, pihak KPDNKK juga bergegas ke lokasi yang dinyat...

Anak Perempuan Adalah 'Hadiah' Memey Buat Norman

Pelakon Memey Suhaiza, 30, yang sedang hamil telah mengesahkan bahawa dia bakal menimang bayi perempuan tidak lama lagi selepas melakukan imbasan 6D (teknik enam dimensi) di sebuah pusat perubatan. Mendengar berita perkhabaran ini, dia dan Norman Hakim kini sudah boleh membeli barang keperluan si kecil yang bakal dilahirkan pada akhir Julai nanti memandangkan sebelum ini, mereka masih tidak mengetahui jantinanya. "Sebelum ini, suami beriya-iya mengatakan, anak ketiga kami perempuan. Namun, selagi tiada pengesahan doktor, saya enggan membuat persediaan terlalu awal.” "Semalam, buat pertama kali saya melakukan imbasan 6D dan kami disahkan bakal mendapat anak perempuan. Saya tidak kisah mengenai jantina bayi, malah bersyukur dikurniakan rezeki ini.” "Sudah tentu suami paling gembira kerana jumlah anaknya sudah cukup korum, tiga lelaki dan tiga perempuan," katanya lagi. Dalam pada masa yang sama, Memey juga menyatakan bahawa kehamilannya yang terbaru ini sa...

Kerana Mabuk, Lelaki Langgar Lari Isteri Dan Anak Sendiri

BEIJING: Seorang lelaki didapati bersalah apabila dia dikatakan telah melanggar seorang wanita serta seorang kanak-kanak. Bagaimanapun, lelaki terbabit hanya mampu meraung dan meratap menyalahkan dirinya sendiri apabila mendapat tahu mangsa yang dilanggarnya itu adalah isteri dan anaknya sendiri. Suspek yang dikenali sebagai Zhang dikatakan melarikan diri dari tempat kejadian selepas melanggar sebuah skuter elektrik yang dinaiki seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki di Zibo, Shandong. Beberapa orang saksi yang menjumpai wanita itu dan anaknya yang kecederaan segera bertindak menghubungi ambulans dan polis. Mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital, namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian manakala wanita itu dirawat di unit rawatan rapi. Zhang yang mendapat tahu mengenai kejadian tersebut akhirnya telah berjaya ditahan pada malam yang sama lalu dibawa ke hospital bagi mengecam mangsa. Dalam sebuah rakaman, Zhang dilihat meraung dan mena...

Punyai Tahi Lalat Yang Sama Sehingga Dikecam Netizen.

KUALA LUMPUR: Pelakon Zahiril Adzim nampaknya mulai mendapat kecaman gara-gara terpalit dengan kisah rumah tangga Ude kerana memiliki wajah serta tahi lalat yang seakan iras dengan Ude. "Kalau diikutkan, saya malas mengulas benda remeh macam ini... Tapi nampaknya menjadi-jadi pula." Zahiril mengakui bahawa dia memang berkawan dengan Ude dan Izreen Azminda namun dia menganggap bahawa adalah tidak wajar jika wajahnya dijadikan sebagai bahan jenaka buat para netizen. "Sebenarnya, saya malas hendak mengulas perkara ini... Bukan apa, ia benda remeh. Namun, saya terpanggil untuk bersuara apabila sudah menjadi-jadi.” "Kebetulan, saya dan Ude disamakan hanya kerana kami ada tahi lalat pada dagu. Saya kecewa dengan mentaliti segelintir netizen yang mempermainkan fizikal orang lain.” "Malah, ada yang memarahi saya di sosial media tanpa sebab... Tak tahulah sama ada sekadar gurauan atau mereka benar-benar keliru," katanya lagi. Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya, ...

Bakal Pengantin Didakwa Atas Kesalahan Meragut.

MELAKA: Seorang lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi didakwa atas kesalahan meragut seorang wanita di Taman Melaka Baru pada dua minggu yang lalu. Suspek yang dikenali sebagai Muhammada Azali Mehat, 27, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit yang dibacakan di hadapan hakim Meor Sulaiman AhmAD Tarmizi. Azali bagaimanapun telah didakwa melakukan kejadian ragut itu sekitar jam 12.40 tengahari pada 15 Mac yang lalu. Dia dikatakan telah meragut beg tangan seorang wanita di mana beg tersebut mengandungi dompet jenama Coach, kad pengenalan mangsa, lesen memandu dan beberapa barangan berharga yang lain. Jika disabitkan kesalahan, berkemungkinan Azali bakal menerima hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda serta sebatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, pihak mahkamah telah membenarkan agar tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan sebagai sebutan semula kes. Sumber: E Berita, ...

Simpan Video Dan Gambar Lucah Sehingga Dikenakan Denda RM7,000

IPOH: Seorang pekerja kilang yang dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini bakal berdepan dengan hukuman berat. Ini adalah kerana pekerja terbabit dikatakan memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit miliknya dan bakal didenda sebanyak RM 7000. Hukuman tersebut telah dijatuhkan oleh Majistret Siti Hafiza Jaafar terhadap tertuduh, K. K. Ravi, 34, yang telah membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan. Mengikut pertuduhan tersebut Ravi didakwa memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit jenis Oppo miliknya di sebuah hotel di Taman Jubilee di sini pada bulan September 2016 yang lalu. Dalam pada masa yang sama, tertuduh juga turut didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang mana ianya boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras ketika berhujah memohon agar pihak mahkamah menjatuhkan hukuman bera...

Disangkakan Ada Orang Tengah Bergaduh Di Kawasan Rumah, Rupa-Rupanya.....

BUTTERWORTH: Satu kejadian yang mengejutkan penduduk sebuah flat apabila mereka dikejutkan dengan satu kebakaran di parkir kenderaan yang terletak di bawah bangunan terbabit awal pagi tadi. Kejadian itu berlaku sekitar jam 2.52 pagi di Wisma Telaga Air- Jalan Telaga Air di mana sebanyak 43 buah motosikal dan 5 buah kereta hangus terbakar. Semua pemilik kenderaan yang terlibat dikatakan langsung tidak sempat menyelamatkan kenderaan masing-masing kerana sedang tidur. Menurut salah seorang pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Mohd Shafikal Romeno, dia pada mulanya menyangka bahawa ada pergaduhan sedang berlaku di flat terbabit kerana bunyinya yang sangat bising. “Masa tu tengah tidur, ada bunyi bising ingat gaduh rupa-rupanya ada kebakaran.” “Tengok api dah marak kami tak boleh buat apa, Motosikal saya dua buah dan sebuah kereta hangus,” katanya lagi. Api tersebut bagaimanapun telah berjaya dipadamkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dan tiada kemala...

Isteri Buat Suami Jadi Hamba Untuk Keluarganya.

Kehidupan sebagai suami isteri sememangnya mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi bagi mendidik ahli keluarga supaya mendapat rahmah. Melalui perkongsian di bawah ini, seorang wanita telah berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya. Wanita terbabit yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang hanya kerja di kilang serta mempunyai seorang anak. Pada mulanya, wanita terbabit memuji suaminya di mana dia menyatakan bahawa suaminya itu tidak bersikap panas baran, jauh sekali hendak mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya. Mereka sekeluarga tinggal bersama kedua ibu bapa wanita terbabit di mana segala perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya walaupun gajinya tidak sampai RM 2000. Wanita terbabit juga turut menyatakan bahawa dia berasa kadang kala suaminya itu hanya tunduk dan mengikut semua cakapnya tanpa sebarang banyak bicara. Selain itu, wanita terbabit juga menyatakan bahawa hubungan suaminya dengan keluarganya sendiri agak renggang dan setiap kali berbelanja suaminya i...

Video Pergaduhan 2 Kumpulan Di Pink 2 Club

Satu video berdurasi 27 saat menunjukkan satu kejadian pergaduhan yang dipercayai telah berlaku di Pulau Pinang. Video tersebut yang dirakam melalui telefon bimbit itu bagaimanapun telah menjadi tular di media sosial.  Kejadian tersebut dikatakan telah melibatkan dua buah kumpulan di mana terdapat adegan pergaduhan di antara mereka sehingga menggunakan kekerasan. Melalui video tersebut dapat dilihat ramai lelaki yang berada di tempat kejadian di mana mereka kelihatan turut bertumbuk serta turut menggunakan senjata tajam di dalam pergaduhan terbabit. Turut kelihatan juga beberapa orang lelaki yang melarikan diri di samping beberapa orang yang lain turut Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kejadian ini daripada pihak polis.

Barisan Nasiona Tidak Akan Bentang Rang Undang-Undang (RUU) 355 - Najib

Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355. Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung di Menara Dato' Onn di sini, yang bermula kira-kira jam 9.30 malam tadi. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen. Sehubungan itu, katanya, pembentangan RUU 355 akan kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "RUU ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan kami menyerahkan sepenuhnya kepada speaker untuk menentukan (bila dibentangkan), bergantung pada aturan mesyuarat Dewan Rakyat. "Jika speaker putuskan untuk membenarkan RUU 355 dibentang, maka ia akan dibentangkan dan speaker juga akan memutuskan peraturan mengenai (p...

Warga Emas Hancur Di Gilis Kereta

TAPAH: Seorang lelaki yang merupakan warga emas maut dalam satu kemalangan ngeri apabila badannya dikatakan hampir hancur akibat digilis dengan sebuah kenderaan dalam satu kemalangan di Kilometer 325 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, pagi tadi. Kemalangan ngeri itu dipercayai berlaku pada jam 7.45 pagi apabila motosikal yang ditunggangnya dikatakan hilang kawalan. Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw menyatakan bahawa mangsa yang dikenali sebagai Bah Dadu Bah Poas, 74, beralamat Rancangan Perumahan Awam III, Batu 2, Jalan Pahang, itu telah maut di tempat kejadian. Hasil daripada siasatan awal mendapati, mangsa dalam dipercayai berada dalam perjalanan dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang sebuah motosikal. “Setiba di lokasi kejadian, mangsa disyaki telah hilang kawalan dan terbabas sebelum dilanggar oleh kenderaan lain.” “Akibat perlanggaran itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian dan badan mangsa hampir hancur digilis,”...

Tahan Sakit Walaupun 'Dipatuk Ular Berbisa' Beratus Kali.

AMERIKA: Seorang lelaki yang bergelar saintis mendakwa bahawa dia kini imun dan tidak akan berasa sakit dengan bisa ular selepas lelaki terbabit bertindak membiarkan dirinya dipatuk dengan beratus-ratus kali oleh reptilia berbisa berkenaan. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Tim Friede, 39, menyatakan bahawa dia dipatuk lebih 200 kali oleh seekor ular berbisa yang dikatakan boleh membunuh dalam tempoh beberapa minit dalam usahanya untuk membantu kajian bagi menghasilkan vaksin bisa ular. Dalam pada masa yang sama, Friede juga mendakwa bahawa dia adalah satu-satunya manusia di dunia yang boleh terselamat apabila dipatuk ular berulang kali. Friede juga dipercayai turut membiarkan dirinya dipatuk oleh seekor ular jenis Black Mamba yang mana ular tersebut dianggap paling berbisa di dunia dan boleh membunuh manusia dalam tempoh 15 minit. Melalui satu temubual dengan The Wizard of Odd TV, Friede dipercayai menunjuk satu aksi di mana seekor ular Black Mamba telah mematuk jarinya sebanya...

Zara Zya Akui Ikut Trend Apabila Mengeluarkan Single Pertamanya

Pelakon, Zara Zya yang dikatakan mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian telah selamat keluarkan single pertama miliknya dengan lagu berjudul Tiada Dendam. Lagu tersebut adalah hasil ciptaan Lieynur Liey dan Fauzi Aisunam manakal liriknya pula adalah milik Iman Imran. Lagu ini sudah boleh didengar di Apple Music bermula hari ini manakala video liriknya pula akan dilancarkan di Channel Youtube Life Records Malaysia pada 30 Mac 2018. Selain itu, lagu ini juga boleh didengar di Spotify, JOOX,KKBOX, DEEZER dan lain-lain digital platform bermula esok. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menyifatkan single pertamanya ini adalah sebagai hadiah buat peminatnya. Ujarnya lagi, dia melihat tahun 2018 adalah tahun yang sesuai buatnya untuk mencuba sesuatu yang baharu, apatah lagi, sudah beberapa kali peminat setianya meminta agar dia mengeluarkan single tersendiri. "Zara memang dah lama minat menyanyi cuma tak adalah aktif. Kalau pergi event adalah seseka...

Wanita Lacurkan Diri Kerana Mahu Balas Dendam Terhadap Suami Yang Kerap Langgan Pelacur

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ira, 32 menceritakan kisahnya yang berkahwin dengan seorang lelaki yang gemar melanggan pelacur. Selama lebih 10 tahun perkahwinan mereka, batinnya sangat terseksa, remuk dan tersemat dendam dalam hatinya gara-gara suaminya kerap melanggan pelacur secara atas talian. Perkara itu terus berlanjutan sehingga Ira melangkahkan kakinya kelembah hitam melacurkan diri sendiri kerana mahu membalas dendam terhadap suaminya. Ketika ditahan oleh Jabatan Agama Aceh pada minggu lalu kerana berdua-duaan dengan seorang lelaki bukan muhrim, Ira meluahkan segala-galanya yang terbuku di hatinya. Menurut Ira, gaji suami dihabiskan semata-mata untuk tidur dengan wanita lain sehingga nafkah isteri dan anak-anak di abaikan. Dalam serbuan itu, hampir 10 orang wanita ditahan termasuk pelajar universiti turut melakukan khidmat layanan seks pada waktu malam kerana mahu mendapatkan wang. Ira mendedahkan perkahwinannya bersama suami pada tahun 2005 ata...

Video: Dipukul Serta Ditampar Hanya Kerana Tidak Sahut Teguran Senior Di 'Live Instagram'.

JAKARTA: Hanya kerana tidak menyahut teguran seorang polis senior di sesi ‘live’ sebuah laman sosial Instagram, empat orang kadet polis telah dibelasah dengan teruk sebagai balasan. Kejadian ini dikatakan berlaku di Gorontalo, Indonesia telah menarik perhatian netizen di mana mereka telah mengecam tindakan senior terbabit yang telah menampar dan menerajang juniornya berkali-kali sehingga ada yang termuntah. Menurut Ketua Polis Biro Penerangan Masyarakat, Mohammad Iqbal, kejadian itu dipercayai bermula apabila salah seorang mangsa dikatakan sedang mengadakan sesi ‘live’ menerusi akaun Instagram miliknya pada 28 Februari lepas. “Pada waktu itu, mangsa masih berstatus pelajar di Sekolah Polis Negara (SPN). Suspek yang menegur di ruangan komen pada waktu itu tidak disambut dan itu menimbulkan dendam terhadap suspek.” “Pada malam 10 Mac, suspek meminta mangsa untuk datang ke rumahnya bersama tiga rakan lain. Saat mereka tiba di rumah suspek, merek dipukul dengan kejam,” katanya l...

Perkara Sunat Yang Boleh Dilakukan Pada Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah hari penghulu segala hari dan hari yang paling dimuliakan oleh Allah swt. Untuk pengetahuan anda semua hari Jumaat merupakan hari yang lebih mulia daripada hari Raya Aidilfitri dan hari-hari yang lain. Selai itu pada hari Jumaat juga akan terjadinya hari kiamat. Selain itu, terdapat juga beberapa perkara sunat yang boleh kita lakukan pada hari Jumaat ini disamping dapat mengumpul pahala.Mari kita baca. Amalan Pertama adalah mengetip kuku Ibnu Masud berkata "Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat,maka Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan."Selain memotong kuku,memakai pakaian yang bersih,cantik serta memakai bau bauan.Kita juga sunatkan mencukur kepala dan memendekkan misai. Amalan kedua membaca surah Al-Kahfi Kita juga di sunat kan membaca surah Al- Kahfi pada malam Jumaat dan pada waktu siangnya. Surah panjang sisebabkan itu lah kita di sunatkan membacanya selepas asar hari Kahmis dan di sam...

Penganjur Perlumbaan Lepas Tuduhan Cuai Berhubung Kes Kematian Dua Beranak

Kematian dua beranak ketika menonton Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 telah diputuskan oleh mahkamah sebagai kejadian yang tidak dapat dielakkan (kemalangan). Walaupun terdapat perubahan lokasi dan arah laluan di litar baharu di Jalan Sukpa, Koroner Dazuki Ali berkata, penganjur perlumbaan iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merancang perlumbaan dengan baik. “Pihak yang terlibat telah mematuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dalam penganjuran perlumbaan serta mengambil langkah sewajarnya dalam aspek keselamatan termasuk keselamatan pelumba. “Ini boleh dilihat daripada pemeriksaan yang diadakan dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kekurangan, langkah untuk meningkatkan keselamatan diambil,” katanya semasa membaca penghakiman ringkasnya. Dazuki berkata kematian yang melibatkan Izwan Isa, 39, pada 12.20 pada 25 September 2016 lalu dan anak bongsunya Nur Zulaikha, 5, pada 2.20 petang pada hari yang sama di Hospital Tenku Ampuan Afzan (HT...

Video: Lelaki Kaku Ketakutan, Cheetah Lompat Masuk Kereta

AFRIKA: Seorang lelaki yang merupakan pencinta safari tidak dapat menggambarkan rasa 'ketakutan' yang dialaminya apabila dua ekor cheetah bertindak melompat masuk ke dalam kereta yang dipandunya. Kejadian menggemparkan itu dipercayai telah berlaku di Taman Negara Serengeti, Afrika apabila lelaki terbabit yang dikenali sebagai Britton Hayes kelihatan kaku ketakutan ketika haiwan buas itu muncul secara tiba-tiba di bahagian tempat duduk belakang keretanya. "Malah, salah satu cheetah melompat ke hadapan kereta manakala seekor lagi melompat masuk ke dalam kereta di bahagian belakang.” "Seekor cheetah yang melompat ke dalam kereta itu turut 'menghidu' seperti mahu memastikan kami bukan ancaman," katanya lagi. Oleh kerana ketakutan jika sesuatu yang buruk terjadi padanya, Hayes menjelaskan bahawa situasi itu merupakan saat paling menakutkan dalam hidupnya. "Saya berasa saya perlu mengosongkan fikiran kerana apa yang pernah diberitahu, haiwan p...

Akibat Gagal Masuk Gear 'P', Kereta Terjunam Ke Dalam Kolam

Sudah pasti sebelum ini kita pernah mendengar kisah mengenai seorang pemandu yang memandu keretanya sehingga masuk ke dalam sungai kerana terlalu taksub dengan penggunaan GPS. Namun kali ini kejadian yang hampir sama sekali lagi berulang kembali kerana kecuaian serta gagal untuk memberhentikan kereta dengan baik. Telah viral di laman sosial apabila seorang pemandu wanita telah menyangka bahawa dia sudah memberhentikan kereta, namun akibat kegagalannya untuk memasukkan gear 'P' (park), ianya telah membuatkan kereta itu mengundur dan jatuh ke dalam kolam. Kejadian ini dipercayai telah berlaku di Florida, Amerika Syarikat iaitu di sebuah hotel bajet. Kejadian ini dikatakan telah berlaku pada hari Rabu yang lalu di mana ia telah menyebabkan bukan sekadar kereta Honda Civic yang dipandu tenggelam sepenuhnya, tetapi turut mengakibatkan suami dan anaknya yang berada dalam kereta, turut 'tenggelam' bersama. Bukti mengenai kejadian ini telah dimuat naik di laman sosial Facebo...

Gadis 15 Tahun Dicekup Bersama Dua Lelaki Kerana Berkhalwat

Dalam operasi mencegah maksiat yang dijalankan pada rabu lalu telah menahan seorang gadis sedang menginap di sebuah bilik hotel bajet bersama dua orang lelaki. Gadis berusia 15 tahun itu ditangkap kira-kira jam 2.10 petang dan terpaksa bermalam di lokap Balai Polis Kuala Terengganu sementara menunggu perintah reman untuk sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu pada Khamis. Salah seorang teman lelakinya berusia 18 tahun menerima nasib yang sama, manakala seorang lagi lelaki berusia 21 tahun dilepaskan dengan bon jaminan. Kedua-dua remaja yang ditahan akan dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak atas permintaan keluarga masing-masing demi menjamin masa depan mereka berdua. Sementara itu, dalam operasi yang sama turut ditahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana didapati berdua-duaan bersama seorang wanita yang juga pekerja tukang urut dalam serbuan sempena Ops Rumah Urut di bandaraya ini. Pasangan itu ditahan kira-kira jam 1.50 petang, bagaimanapun dilepaskan dengan bon ja...

Bayi 5 Bulan Maut Tertindih Payudara Ibu Ketika Tidur

Bayi malang berusia lima bulan menemui ajalnya ketika sedang menyusu gara-gara ibunya tertidur dan tidak sedar payudara besarnya telah menindih muka bayinya hingga anak kecil itu tidak dapat bernafas. Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi tadi kira-kira jam 1 pagi ketika bayi itu bangun di tengah malam kerana kelaparan, wanita itu memberi susu kepada anaknya dalam posis baring dan kerana terlalu mengantuk dia pun terlelap. Apabila tersedar daripada tidur, beliau mendapati anaknya itu sudah tidak sedarkan diri lalu dengan perasaan yang panik dia membawa anaknya ke hospital. Bayi itu disahkan meninggal dunia satu jam sebelum ibunya tersedar akibat sesak nafas. Mangsa telah selamat dikebumikan pada pagi tadi. Berdasarkan maklumat yang diberikan suami wanita itu, isterinya mengamalkan ubat pembesar payudara dan mendapati hasilnya cukup baik, namun dia tidak menjangka kesudahannya menjadi seperti ini. Sumber : Eberita , Editor:Anna

Beban Yang Ditangung Lelaki Yang Bergelar Suami.

Isteri mahupun suami merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi setiap orang dan itu adalah kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan. Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang tersendiri yang perlu dilaksanakan kerana itu adalah amanah yang diberi Tuhan buat semua manusia. Ketika seorang wanita telah sah bergelar isteri kepada seseorang lelaki itu, sesekali lihatlah wajah suamimu itu dikala dia sedang tidur. Sebagai isteri ingatlah bahawa suamimu itu merupakan insan yang tiada mempunyai pertalian darah dengan dirimu namun dia masih terus tetap bertahan mencintaimu seikhlasnya. Apabila suamimu itu baru sahaja pulang memasuki rumah selepas penat bekerja, sebagai isteri anda amatilah wajahnya serta sambutlah dia dengan ciuman di tangan. Ini kerana dengan tangan itulah dia berusaha gigih serta sekerasnya untuk memberikan nafkah buat dirimu serta anak-anak yang berada di bawah tanggungannya. Sedangkan sebelum berkahwin lagi dia tidak memiliki sebarang hutang tetapi sebagai seorang ana...

Video Gajah Merokok Bingungkan Pakar

Menerusi sebuah video, seekor gajah kelihatan sedang menghembuskan asap yang dipercayai sisa kebakaran hutan hingga menimbulkan kebingungan kepada pakar hidupan liar. Video ini dirakam oleh seorang saintis di Wildlife Conservation Society (India) yang dikenali sebagai Vinay Kumar ketika dalam perjalanan bertugas di hutan Nagarhole di Karnataka pada April 2016 lalu. Berdasarkan laporan BBC Kumar baru menyiarkan video tersebut kerana sebelum ini dia tidak menyedari kepentingannya.  "Ini dokumentasi video pertama yang diketahui mengenai gajah liar yang menunjukkan perilaku seperti itu, dan ini membuat para saintis dan para pakar terkejut," kata kenyataan dikeluarkan Wildlife Conservation Society (India). Kumar mendedakan tujuan dia dan rakannya masuk ke hutan berkenaan bagi melihat kamera litar tertutup yang di pasang untuk merakam harimau. Bagaimanapun, pandangan mereka beralih kepada seekor gajah betina yang berhampiran dengan kawasan mereka memasang kamera berkenaan. Gajah...

6 Gambar Ayam Hidup Tanpa Kepala.

BANGKOK: Pelik tetapi benar namun itu adalah kejadian yang benar-benar berlaku apabila seekor ayam tanpa kepala masih lagi mampu untuk hidup. Ayam tersebut yang dikatakan berada di wilayah Ratchaburi, itu dikatakan mampu untuk hidup selama seminggu walaupun ia tidak berkepala. Gambar dikongsi veterinar, Supakadee Arun Thong itu ternyata menimbulkan tanda tanya dan turut menjadi viral di mana ia menunjukkan keadaan haiwan itu dengan kesan darah pada lehernya. Dalam pada masa yang sama, Arun juga turut menjelaskan bahawa ayam tersebut masih lagi makan seperti biasa. "Saya berharap ada individu yang sudi menjaga haiwan tersebut kerana ia memerlukan penjagaan seumur hidup. Saya perlu mengakui ayam ini adalah 'pahlawan' sebenar kerana ia masih berjuang untuk terus hidup," katanya. Bagaimanapun, Arun menyatakana bahawa dia langsung tidak mengetahui mengenai punca bagaimana haiwan itu kehilangan kepalanya. Namun, beberapa penduduk tempatan mendakwa bahawa ayam tersebu...