Skip to main content

Disangkakan Ada Orang Tengah Bergaduh Di Kawasan Rumah, Rupa-Rupanya.....


BUTTERWORTH: Satu kejadian yang mengejutkan penduduk sebuah flat apabila mereka dikejutkan dengan satu kebakaran di parkir kenderaan yang terletak di bawah bangunan terbabit awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 2.52 pagi di Wisma Telaga Air- Jalan Telaga Air di mana sebanyak 43 buah motosikal dan 5 buah kereta hangus terbakar.

Semua pemilik kenderaan yang terlibat dikatakan langsung tidak sempat menyelamatkan kenderaan masing-masing kerana sedang tidur.

Menurut salah seorang pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Mohd Shafikal Romeno, dia pada mulanya menyangka bahawa ada pergaduhan sedang berlaku di flat terbabit kerana bunyinya yang sangat bising.

“Masa tu tengah tidur, ada bunyi bising ingat gaduh rupa-rupanya ada kebakaran.”

“Tengok api dah marak kami tak boleh buat apa, Motosikal saya dua buah dan sebuah kereta hangus,” katanya lagi.

Api tersebut bagaimanapun telah berjaya dipadamkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dan tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11, Abdul Majid Osman, pihaknya telah mengesahkan kebakaran tersebut di mana ianya telah memusnahkan seratus peratus motosikal dan 20 peratus bahagian hadapan kereta. 

Siasatan lanjut mengenai kejadian ini akan dijalankan merangkumi pelbagai aspek termasuk jika wujud unsur khianat.

Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian bagi kesemua kenderaan masih dalam siasatan. Sumber: Astro Awani, Editor: Maya

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...