Impian pelakon, Izara Aishah, 27, untuk menimang cahaya mata pertama pada 2020 bakal menjadi kenyataan apabila dirinya kini hamil enam bulan. Katanya, cuma sekarang dia bersedia untuk berkongsi berita gembira itu kerana pada fasa awal kehamilan, segala-gala boleh berlaku. “Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami. “Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul. “Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi,” katanya. Ditanya mengenai pengal...