Skip to main content

Rakan Kongsi Detik Akhir Pasangan Suami Isteri Meninggal Di Madinah

KOTA BHARU: Pasangan suami isteri yang meninggal dunia di Madinah awal minggu ini tidak sempat meraikan sambutan hari lahir isterinya sebelum meninggal dunia Isnin lalu jam 11 pagi waktu tempatan.

Menurut pemilik Syarikat Khalifah Kota, Mohd Imran Mohd Nor, yang turut bersama pasangan emas yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata sebelum meninggal dunia, Ismail Latiff, 66 tahun, berjanji akan meraikan hari lahir isterinya, Rohani Dollah, 60 tahun.

Namun, majlis tersebut tidak sempat dilakukan kerana Ismail meninggal dunia waktu subuh waktu Madinah ketika isterinya berada di Masjid Nabawi, katanya.

"Sehari sebelum Poksu (Ismail) meninggal, dia tidak menunjukkan sebarang tanda, sebaliknya Allahyarham tetap ceria dan kelakar.

"Malah, segala urusan mereka suami isteri disana sentiasa di permudahkan Allah, terutamanya ketika orang ramai berebut untuk solat di Hijr Ismail, mereka berdua dengan mudah dapat memasuki kawasan terbabit untuk solat," katanya ketika dihubungi Astro Awani, hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di Madinah, dia sempat menolong Poksu menanggalkan jaket yang dipakainya kerana tidak berdaya untuk berbuat demikian (tanggalkan jaket) kerana selesema.

Katanya, pada sebelah malam, dia berada di bilik Poksu bersama isteri dan anak saudara mereka untuk bertanya khabar.

"Ketika kami berada di bilik tersebut Poksu berjanji akan menyambut hari lari isterinya yang saya panggil Moksu. Ketika itu, Moksu kelihatan cukup gembira.

"Namun menjelang Subuh, hanya Moksu yang ke turun ke masjid manakala Poksu tidak larat dan tinggal bersama anak saudaranya.

"Pemergian Poksu cukup mudah kerana sebaik keluar bilik air, dia dipapah oleh anak saudaranya dan membaringkannya atas katil sebelum meninggal dunia.

Mohd Imran berkata, isterinya hanya mengetahui kematian suaminya sebaik tiba di bilik hotel, dan dia cukup tabah.

Katanya, Moksu sempat makan aiskrim yang dibelinya ketika kami menguruskan jenazah Allahyarham untuk ke hospital untuk disempurnakan.

"Sebaik selesai urusan pengkebumian, kami mengadakan tahlil pada sebelah malam dan ketika itu Moksu dalam keadan sihat.

"Namun masuk malam kedua pemergian suaminya, Moksu atau Rohani mula letih dan tidak larat malah kami sempat berjanji untuk beli kek dan raikan hari lahirnya keesokan pagi.

"Keesokan paginya, sebaik saya balik ke hotel selepas solat subuh, saya dimaklumkan anak saudaranya bahawa Moksu juga sudah meninggal dunia.

Katanya, Moksu meninggal sebaik sahaja Imam mengangkat takbir untuk solat subuh.

"Pemergian Moksu juga cukup mudah, beliau sudah bersiap dengan memakai jubah yang baru dibelinya dan hanya menunggu masanya sahaja," katanya.

"Banyak pengajaran dan pengalaman yang saya alami sepanjang bersama arwah berdua, yang paling utama, sepanjang disana mereka tidak pernah berjauhan antara satu sama lain," katanya.

Kedua-dua meninggal dunia pada tarikh yang sama dengan kewafatan Rasullulah bahkan jenazah mereka disolatkan oleh puluhan ribu jemaah di Masjid Nabawi dan mereka dikebumikan di kawasan perkuburan sahabat Rasullullah. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut