Kes penderaan dan pembunuhan seorang amah berusia 16 tahun menimbulkan kemarahan orang ramai di Pakistan. Mangsa, Uzma Bibi menemui ajal di tangan majikannya yang tidak berhati perut. Uzma dipercayai kerap diseksa semenjak tinggal dan bekerja di rumah majikannya sejak lapan bulan lalu. Menurut laporan di media sosial dan stesen televisyen Pakistan, gadis malang itu turut mengalami keretakan tulang akibat kerap dibelasah. Malah, keadaan fizikalnya turut berubah menjadi kurus kering disebabkan kekurangan zat. Awal minggu ini, kepala Uzma dihentam menggunakan objek tajam kerana mengambil sedikit makanan dari pinggan anak majikannya. Akibat hentakan kuat itu Uzma tidak sedarkan diri, bagaimanapun majikannya enggan membawa gadis tersebut ke hospital sebaliknya menggunakan renjatan elektrik dalam usaha 'menghidupkannya' semula. Dunya TV pula melaporkan Uzma dicekik dan mayatnya dicampak ke longkang. Menurut parti pemerintah Pakistan Tehreek-e-Insaf menerusi Twitter mereka mengesa...