Skip to main content

Rompak Kenalan Media Sosial, Wanita Ini Dipenjara 6 Tahun


Seorang pelajar kolej swasta dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi sosial Tinder tiga tahun lalu.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mizan Qistina Razali, 24, yang hadir dengan ditemani kedua ibu bapanya selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan mengekalkan jumlah jaminan sebanyak RM7,000.

Mengikut pertuduhan, Mizan Qistina bersama seorang lagi yang masih bebas iaitu bekas teman lelakinya telah melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau terhadap Foong Wei Chieh, 34, dengan merampas sebuah telefon bimbit iPhone 6S dan wang tunai RM1,500.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Cova Suites, Jalan Teknologi, Kota Damansara, di sini pada pukul 9.30 malam, 24 November 2016.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Terdahulu, ketika rayuan, peguam Norhasham Hasan yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya masih muda ketika melakukan kesalahan tersebut dan hukuman penjara yang lama akan memberi kesan kepada masa depan tertuduh yang juga merupakan anak sulung dalam keluarganya.

“Anak guam saya juga bertindak demikian kerana terpengaruh dengan ajakan bekas teman lelakinya yang mengaburi mata tertuduh untuk hidup senang. Dia tidak matang dan tidak berfikir panjang ketika melakukan kesalahan itu,” katanya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy’ari Kamaruzaman memohon hukuman berat dengan mengambil kira faktor penggunaan senjata berbahaya dalam kes ini di samping ia adalah jenayah terancang dan bukannya jenayah yang dilakukan akibat desakan. - Utusan Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...