KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat terkejut sebaik dimaklumkan terdapat dana kerajaan telah masuk ke akaun peribadinya. Perkara itu dimaklumkan saksi pendakwa ke-37, Shamsul Anwar Sulaiman yang juga Pengarah Urusan Ihsan Perdana dalam keterangannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa. Shamsul Anwar berkata, beliau telah bertemu Najib setelah dibebaskan daripada soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2015 dan telah memaklumkan kepada bekas Perdana Menteri itu terdapat dana dari SRC International telah masuk ke akaun peribadinya ketika itu. "Dia sangat terkejut selepas mendapati seseorang memasukkan wang ke akaunnya, dia tidak tahu siapa yang lakukan itu dan kenapa ia dilakukan menerusi syarikat saya (Ihsan Perdana)," katanya kepada peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika pemeriksaan balas hari ini. Menurut Shamsul, sekalipun menunjukkan reaksi terkejut, namun Najib tidak pula meminta pihakn...