Video Monyet Curi Duit Plaza Tol Tular Di Media Sosial


UTTAR PRADESH - INDIA . Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah plaza tol di India mendedahkan satu insiden menarik.

Insiden berlaku di bandar Kanpur, negeri Uttar Pradesh menyaksikan seekor monyet mencuri wang kutipan tol.

Monyet tersebut dirakam melompat di atas bumbung sebuah kereta sebelum memasuki ruangan tol yang dijaga seorang pekerja dan mencuri sejumlah wang.

Terkejut dengan apa yang berlaku, pekerja tol terbabit hanya mampu melihat monyet itu melarikan wang tersebut.

Menurut polis, monyet tersebut dipercayai monyet peliharaan yang dilatih oleh pemiliknya untuk mencuri. - Sinar Harian