Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Khairy, Nurul Izzah Dan Rafizi Dipilih Jadi Calon PM ke-9

SHAH ALAM - Majoriti responden dari bandar memilih Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri kesembilan. Profesor Adjung dan Pengarah Inovasi Sosial dan Perubahan (SLAS) Taylor's University, Anas Zubedy berkata, ia berikutan hasil kajian yang dijalankan secara dalam talian bertajuk ‘Siapa PM Selepas TS Muhyiddin?’ oleh beliau baru-baru ini. Menurut beliau, ketiga-ketiga calon berkenaan berjaya meraih undian tertinggi dan ia sekali gus menunjukkan rakyat percaya dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul. “Selain itu, ada juga calon yang meraih undian ramai antaranya Anthony Loke dari DAP. “Walaupun beliau dari DAP, undian yang diperoleh bukan dari satu kaum sahaja, tetapi kaum lain juga turut mengundi beliau sebagai calon Perdana Menteri yang kesembilan. Pemilihan calon PM perlu berdasarkan struktur, hierarki parti Jadi di sini kita lihat Anthony Loke turut mendapat kepercayaan yang tinggi. “Bagaimanapun kita perlu faham, ka...

Remaja Perempuan Dibelasah Kerana Abang Angkat

PETALING JAYA - Gara-gara cemburu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera dipukul rakannya dalam kejadian di kawasan perumahan di Kelana Jaya, di sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 9.26 malam. "Mangsa mendakwa dipukul oleh rakan sekolahnya berumur lingkungan 12 hingga 13 tahun kerana cemburu hubungan mangsa dengan abang angkat rakannya itu. "Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat kejadian tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Isnin. Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tangga di kawasan perumahan di Kelana Jaya. "Semasa kejadian, terdapat rakan suspek yang merakam perbuatan tersebut dan menularkannya dalam grup aplikasi WhatsApp dan laman Instagram milik suspek. "Arahan untuk menjalankan siasatan telah diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya dan kesemua suspek yang...

PM Umum Bantuan Khas Pada Isi Rumah, Termasuk M40

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion sebagai pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bawah pakej rangsangan baru yang dikenali sebagai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih). Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata bahawa ini adalah tambahan daripada peruntukan tambahan sebanyak RM4.9 bilion yang diumumkan pada 31 Mei di mana bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok 29 Jun. "Semasa pengumuman Pemerkasa Plus yang lepas, kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga 500 ringgit pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun. "Bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021, sukacita saya umumkan, pemberian Bantuan Khas Covid-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut: Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan RM300 ...

'Ayah Jatuh Sakit Lepas Tahu Saya Bukan Anak Kandungnya'

Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lepas sehingga menyebabkan Noratirah Husin ‘tertukar’ ibu bapa meninggalkan kesan mendalam kepada wanita itu. Tambahan lagi, 'ayah' yang membelanya selama ini, Husin Omar, meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat sakit jantung pada Nov tahun lepas selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui pada Sept 2019 yang mengesahkan dia bukan anak kandung lelaki terbabit. Bagi Noratirah, ujian yang terpaksa ditanggung oleh 'ayahnya’ itu amat berat dan kesedihan yang dialami bertimpa-timpa kerana ia terjadi tidak sampai dua tahun selepas pemergian ‘ibunya’ Rahmah Isa, yang meninggal dunia pada 2018 akibat kencing manis serta dua lagi saudaranya dalam tempoh itu. “Saya sudah boleh menduga keputusan DNA itu kerana Adryani Iwani mempunyai banyak persamaan dengan saya. "Sebaik ayah mengetahui tentang perkara itu, arwah mula berubah dan lebih banyak berdiam diri serta sering kali termenung. “Pada sekita...

Menteri Memohon Maaf Langgar (SOP) Makan Di Kafe

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamed memohon maaf kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi perintah kawalan pergerakan (PKP).   Ini selepas dia didapati makan di sebuah kafe di kawasannya di Jeli, Kelantan baru-baru ini. "Datuk Seri Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath CafĂ©, Kampung Kalai, Jeli pada Sabtu lalu.   "Berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadiran beliau di kafe tersebut, Ketua Polis Daerah Jeli menghubungi beliau tengah hari tadi memaklumkan bahawa kertas siasatan telah pun dibuka mengenai perkara ini.   "Beliau memohon maaf atas pelanggaran SOP ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya," kata pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini.   Menurut kenyataan tersebut, Mustapa telah mengunjungi kafe itu pada pukul 5.30 petang 26 Jun untuk melihat bagaimana pemilik kafe berkenaan berjaya meneruskan perniagaannya...

Tertukar Sejak Lahir, 2 Beradik Kembar Bersatu Semula Selepas 19 Tahun

Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.   Lebih memeritkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, telah dewasa dan disahkan September tahun lepas selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.   Adryani Iwani berkata kejadian itu mula terbongkar semasa dia berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.  “Saya kemudian meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum dia berkongsi akaun Instagram Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan saya.  “Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia m...