Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Penipuan

Tinggal suami lepas kemalangan, wanita tergamak nak kebas semua duit insurans

Zaman sekarang semua lebih mementingkan duit berbanding cinta atau pasangan hingga sanggup melakukan perkara tidak terjangka dek akal. Ada suami isteri berpisah kerana salah seorang pasangan sakit, ada juga yang bercerai selepas pasangan sudah bersusah payah menjaga mereka ketika sakit. Bagi kes kali ini seorang pengguna TikTok, @abambeel memuat naik kisah seorang lelaki yang ditinggalkan isteri dek kerana sakit. Lebih menyedihkan individu tersebut mendakwa isteri kepada lelaki tersebut juga mahu menuntut wang insurans tapi menolak untuk menjaganya. “Semoga dipermudahkan urusan Amir Haikal, tak apa, Allah itu Maha Adil. Masa Amir sihat, kami saksi yang kamu dah buat terbaik untuk rumah tangga. “Kamu mewahkan isteri, beri segalanya yang dia mahukan tapi dia (isteri Amir) cuma pandang duit sahaja bukan usaha. “Sampai insurans kemalangan pun dia nak kebas semua, tak tinggal langsung untuk Amir tapi dia tak jaga kamu sampai susu pun tak boleh bagi. “Maafkan abang sebab muat naik hantaran ...

Mangsa Lapor Polis, Tertipu Dalam Skim Pelaburan Projek ‘Camping’

JOHOR - Harapan untuk mendapat pulangan imbuhan lumayan akhirnya lebur setelah terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan yang membabitkan kerugian lebih RM24.000 ribu. Perkara itu didedahkan Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Isnan (PAKIN), En Zack PAKIN bersama 3 mangsa penipuan ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, hari ini. Menurut En Zack PAKIN, 3 individu dilaporkan kerugian hampir RM 24 ribu setelah terpedaya dengan skim pelaburan palsu project camping, yang aktif dalam negara sejak awal tahun lepas. "Mangsa dihubungi oleh salah seorang individu yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan dalang 'scammer' ini." "Mangsa didorong untuk melabur dalam perniagaan 'camping' dan dijanjikan pulangan sebanyak 6.67% setiap bulan dari keuntungan yang diperoleh dari hasil perniagaan yang dijalankan tetapi selepas pelaburan dibuat, pelabur tidak menerima apa apa pulangan seperti yang dijanjikan selama setahun." Me...

Hilang Simpanan RM178,700, Selepas Digertak Scammer Mengaku Pegawai Polis Kontinjen KL

Nilai: Digertak akaun banknya terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram menyebabkan seorang wanita warga emas kerugian RM178,700 sekelip mata. Difahamkan mangsa berusia 60-an itu dihubungi penjenayah menyamar sebagai pegawai polis dari Kontinjen Kuala Lumpur dan Johor pada Julai lalu memaklumkan kononnya akaun bank mangsa terbabit kegiatan itu. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas menceritakan kejadian dialami kepada suaminya. "Pada jam 11.57 malam tadi, Kaunter Aduan Balai Polis Nilai menerima aduan dibuat mangsa berhubung penipuan itu. "Mangsa menyatakan, dia dihubungi suspek yang mengaku daripada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bharu pada 25 Julai lalu. "Pegawai berkenaan memaklumkan bahawa akaun bank mangsa terbabit dengan aktiviti penggubahan wang haram," katanya tadi. Tambah beliau, mangsa kemudiannya diarah membuat pin...

Ditipu RM292,700 Melabur Dengan Syarikat Kendali Pakej Umrah

PETALING JAYA: Hasrat dua individu mahu menunaikan umrah terkubur apabila mereka menjadi mangsa penipuan skim pelaburan pakej Umrah ditawarkan  sebuah syarikat sehingga kerugian RM 292,700. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa-mangsa yang terpedaya tersebut melabur menerusi pakej Umrah ditawarkan syarikat itu. Menurut beliau, syarikat tersebut mendakwa mereka membeli pakej Umrah secara pukal dari syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan pakej umrah. “Disebabkan penerangan, representasi dan ajakan yang menarik diberikan kepada pengadu-pengadu mereka bersetuju untuk melabur bersama di dalam syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej Umrah tersebut. “Namun, masalah mula dirasai apabila syarikat tersebut gagal untuk memberikan sebarang persediaan dan penyiapan bagi kami mengerjakan umrah setelah mereka membuat bayaran penuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Mengulas lanjut, His...

NGO Desak PDRM Bertindak Segera Kes Penipuan Pelaburan Saham

  KUALA LUMPUR:Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas laporan polis yang dibuat mangsa skim pelaburan saham melibatkan anggaran kerugian RM350,000, yang didakwa ditawarkan sebuah syarikat pelaburan pertanian. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pertubuhan itu menerima rungutan daripada pengadu bahawa aduan mereka tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. “Pengadu telah membuat laporan polis namun tiada tindakan susulan dilakukan malah kenyataan mangsa juga tidak ambil,” dakwanya dalam sidang akhbar di Jalan Tun Razak di sini, hari ini. Menurut Hishamuddin, MHO telah mengambil tindakan dengan menghantar surat bagi memohon perkembangan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) terlibat namun sehingga kini tiada maklum balas diterima. “Perkara ini perlu dibawa ke perhatian Jabatan...

MHO, PAKIN Minta Jabatan Peguam Negara Kaji Semula 500 Laporan Mangsa Penipuan

PUTRAJAYA - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) pada rabu meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji semula laporan 500 mangsa penipuan pelaburan agar ia disiasat mengikut salah laku jenayah. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ia susulan kes mereka dipercayai dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan tidak lagi disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Saya rayu Peguam Negara nilai semula kes ini dan untuk menilai semua surat aduan setiap mangsa. Kita juga minta Peguam Negara nilai representasi undang-undang yang kita sediakan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai kira-kira 100 mangsa penipuan pelaburan untuk menyerahkan surat aduan kepada wakil Jabatan Peguam Negara di sini pada Rabu. Sebelum ini, MHO dilapor mendedahkan taktik syarikat pelaburan yang dikesan menggunakan nama tokoh korporat terkenal selain menawarkan div...

Suami Isteri Dalang Penipuan Skim Pelaburan Emas

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) telah menerima 10 aduan daripada mangsa penipuan skim pelaburan saham emas yang ditawarkan sepasang suami isteri. Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin berkata, jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM306,500 sejak Januari sehingga Mac melibatkan skim pelaburan yang ditawarkan pasangan tersebut. “Sindiket itu masih lagi giat dalam menjalankan pemasaran skim pelaburan saham yang mana ia disyaki tidak sah dan berdaftar dengan mana-mana badan penguatkuasa. “Mereka menyasarkan golongan warga emas yang mempunyai simpanan persaraan dan ingin menyertai pelaburan bagi keuntungan berganda,” katanya dalam sidang media di Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak, di sini hari ini. Beliau berkata tawaran-tawaran program saham tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang berikutan syarikat itu gagal dan tidak mematuhi undang-undang diperuntukkan kerajaan. “Lebih menghairankan apabil...

26 Mangsa Penipuan Koperasi Di Kelantan Buat Aduan Di Suruhanjaya Koperasi Malaysia

KUALA LUMPUR – Seramai 26 mangsa yang kerugian lebih RM2 juta daripada pelaburan dalam sebuah koperasi berselindung di sebalik konsep patuh syariah membuat laporan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Bercakap kepada MalaysiaGazette, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berkata,, pelbagai bentuk pelaburan ditawarkan kepada mangsa menggunakan nama dan syarikat sendirian berhad, sedangkan kegiatan dikuasai sepenuhnya ahli lembaga koperasi itu. Datuk Hishamuddin Hashim berkata, syarikat sendirian berhad adalah pelaksana 10 jenis skim pelaburan ditawarkan bagi mengaburi mata dan mengelirukan mangsa lagi-lagi menggunakan alasan patuh syariah. “Mangsa-mangsa ini sudah melakukan pelbagai usaha dan inisiatif bagi berbincang, berunding, bersemuka dengan syarikat koperasi ini namun hanya alasan dan kekecewaan sahaja. Jelas sekali mereka telah ditipu. Kerana itulah kumpulan datang meminta bantuan MHO. “Kita sudah buat laporan polis, juga telah me...

NGO Bersama Mangsa Penipuan Gesa Polis Siasat

Seramai 93 mangsa skim penipuan pelaburan bersama  Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (Pakin)  menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan semakan semula siasatan agar tindakan setimpal diambil terhadap ‘scammer’. Setiausaha Agung, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mangsa telah membuat laporan polis pada tiga bulan lalu dan terdapat kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atau kes sivil. “Malah ada pendakwaan dilakukan di Melaka, namun hanya membabitkan lapan saksi pendakwaan. “Bagaimana kes yang membabitkan hampir ratusan mangsa, namun lapan orang sahaja menjadi saksi pendakwaan? “Apakah ini bukannya dengan jelas menunjukkan satu jenayah penipuan terancang, sekiranya bukan, pengadu dan mangsa memerlukan jawapan daripada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini hari ini. Jelas Hish...

Warga Asing Jadikan Isteri Warga Tempatan Manipulasi RTK 2.0

Kuala Lumpur: Kartel warga asing jadikan isteri warga tempatan sebagai proksi memanipulasi kemudahan Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dan menipu rakan senegara sendiri. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sindiket berkenaan mengenakan caj mencecah RM7,500 bagi setiap RTK didaftarkan. Menurutnya, program RTK 2.0 yang sepatutnya percuma diputarbelit oleh sindiket terbabit dengan mendaftarkan nama buruh asing yang terdesak sebagai pekerja di syarikat proksi dimiliki warga tempatan. "Kartel warga asing ini mengambil kesempatan daripada program RTK 2.0 iaitu inisiatif baik oleh kerajaan untuk membolehkan warga asing (tanpa permit kerja) dalam negara mendapatkan permit kerja (dengan syarat tertentu). "Namun pekerja asing terbabit diperdaya oleh bangsa mereka sendiri apabila terdesak mendapatkan permit kerja yang sudah tamat tempoh atau berada lebih masa di Malaysia," katanya pada sidang media di s...

Mafia Korporat Bergelar Datuk Menipun Syarikat IKS

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), membongkarkan penipuan seorang mafia korporat bergelar ‘Datuk’ sehingga menyebabkan seorang pemilik saham kerugian jutaan ringgit. Penipuan itu berlaku dalam urus niaga pembelian saham sebuah syarikat automotif bernilai RM6 juta antara pemilik syarikat terbabit, James Teo, 48, dengan ‘Datuk’ berkenaan di sekitar Selangor. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, setakat ini James hanya menerima 40 peratus iaitu sebanyak RM2.5 juta, namun baki tersebut gagal dilunaskan oleh Datuk berkenaan sejak 2022. Katanya, James telah membuat laporan polis namun kes tersebut diklasifikasikan tiada tindakan lanjut (NFA) oleh pegawai penyiasat tanpa diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. “MHO mendapati bahawa Datuk ini telah melakukan banyak penipuan melibatkan jutaan ringgit namun kami hanya mendapat satu laporan berkenaan darinya. “MHO melihat wujudnya satu trend penipuan melibatkan suatu perjanjian dan pe...

Lesap RM2.8 Juta Ditipu Koperasi Patuh Syariah

KUALA LUMPUR – Pesara dan kakitangan kerajaan tidak terlepas menjadi mangsa penipuan pelaburan konsep patuh syariah sebuah syarikat koperasi yang beroperasi di Kota Bahru, Kelantan. Ekoran itu, seramai 26 mangsa menanggung kerugian RM2.8 juta kerana modal dan dividen yang dijanjikan tidak diperoleh hasil taktik syarikat tersebut yang mencari pelanggan untuk melabur dalam pinjaman tanpa cagaran. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, modus operandi yang dilakukan koperasi itu adalah dengan mencari pelanggan yang berminat untuk menjadi ahli dan mendapatkan pendapatan sampingan. Kata beliau, pelbagai bentuk pelaburan ditawarkan kepada mangsa menggunakan nama dan syarikat sendirian berhad sedangkan kegiatan tersebut dikuasai sepenuhnya oleh ahli lembaga koperasi itu. Jelas beliau, konsep pelaburan yang ditawarkan oleh koperasi tersebut adalah dengan memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat-syarikat sendirian berhad ...

PAKIN, MHO Bersama 179 Mangsa Penipuan Umrah Desak Polis Beri Perkembangan Siasatan

Kira-kira 179 mangsa menerusi Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (Pakin) mendesak agar pihak Polis membantu mereka menyelesaikan penipuan sebuah syarikat pengendali umrah. Mereka mahukan polis memaklumkan perkembangan baharu siasatan dikaitkan dengan syarikat ternama yang didakwa memperdaya ratusan mangsa melalui pakej yang ditawarkan syarikat itu. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kerugian yang dialami mangsa kini mencecah RM1.2 juta selain terdapat mangsa yang belum diterbangkan menunaikan umrah sejak 2019. Katanya, walaupun ratusan laporan polis telah dibuat mangsa sejak Mac hingga Oktober tahun ini, namun mangsa mendakwa pihak polis klasifikasikan kes sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau ‘Refer to Other Agency’ (ROA) iaitu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). “Selain itu, pelbagai janji termasuk cek dan jadual penerbangan semul...

Warga Emas Jadi Mangsa Penipuan Pelaburan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 84 warga emas ditipu syarikat pelaburan tidak berdaftar atau tidak wujud setelah terlibat dalam satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamudin Hashim berkata, pihaknya menerima 84 aduan kes penipuan skim pelaburan daripada warga emas. “Konsep pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut adalah dijanjikan satu pemulangan dividen lumayan dan manfaat-manfaat lain tetapi sebenarnya tidak wujud,” katanya kepada sidang akhbar di sini hari ini. Yang hadir sama Timbalan Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia, Ahmad Nazri Ibrahim dan aktivis MHO, Andrew Foo. Kata Hishamuddin, kira-kira RM12 juta direkodkan hasil penipuan skim pelaburan syarikat daripada 84 warga emas terlibat. Menurutnya, syarikat tersebut bertindak sebagai ejen pemasaran dan menguruskan proses urusan dengan mengarahkan mangsa melalui wakil syarikat tersebut untuk memasukkan atau menyer...

Pihak Berkuasa Digesa Siasat Pemalsuan Tandatangan Hak Milik Tanah

KUALA LUMPUR – Seorang tukang kimpal di sebuah syarikat besi tampil membuat aduan kepada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) selepas dokumen pindah milik tanah iaitu Borang 14A pada dua tahun lalu, dipalsukan oleh syarikat penjual hartanah. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa yang dikenali Nik Jefri Ismail,37, telah membeli tanah berkenaan dengan harga RM100,000 namun dokumen pindah milik menyatakan harga pembelian tanah itu adalah RM30,000. “Pada dua tahun lalu, mangsa telah membeli tanah di Melaka dan melakukan pembayaran sebanyak tiga kali iaitu satu kali secara dalam talian serta dua kali melalui pembayaran cek. Mangsa menyedari hal berkenaan setelah membuat semakan dibuat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) selepas berhasrat menjual semula tanah berkenaan. “Syarikat hartanah terbabit telah memalsukan dokumen malah meniru tandatangan mangsa yang mana tandatangan pindah milik itu sepatutnya disaksikan oleh pentadbir Pejabat Tanah d...

Bela Nasib Mangsa Penipuan Saham, MHO Dan PAKIN Akan Bawa Ke Muka Pengadilan

KUALA LUMPUR: Lebih 150 mangsa penipuan pelaburan beberapa buah syarikat menyerahkan penyataan tambahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap syarikat disyaki pecah amanah dan menipu duit pelaburan. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim yang mewakili mangsa berkata penyataan tambahan itu diharap dapat membantu siasatan PDRM terhadap syarikat terbabit dan membawa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan. Beliau berkata penyataan tambahan dikemukakan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang diterima oleh Penolong Pengarah (Pelaburan Bersindiket / Kad Elektronik / Lain-lain Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) ACP Ahmad Azizul Mohamed. "Diharap dengan penyataan tambahan yang diberikan ia dapat membantu PDRM dan memudahkan proses siasatan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan penyataan berkenaan di pejabat JSJK Bukit Aman,di sini...

PAKIN, MHO Dan MCCC Serah Surat Kepada KPDN Mohon Maklum Balas Kes Penipuan

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) hari ini menyerahkan surat permohonan maklum balas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung jenayah penipuan aplikasi e-Ganjaran. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, tujuan utama surat berkenaan diserahkan kepada KPDN adalah bagi mendapatkan perkembangan semasa dan status terkini laporan yang dilakukan oleh 114 orang mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM5 juta berhubung jenayah penipuan aplikasi berkenaan. Katanya, pihaknya difahamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa laporan polis yang dibuat oleh kesemua mangsa telah dirujuk kepada pihak KPDN. “Kita datang untuk berbincang dengan KPDN menggunakan peraturan yang ada di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah di bawah seksyen ini memberikan hak kepada pengadu dalam tempoh 14 hari untuk mendapat maklum balas dan keputusan siasatan. “Jadi kita guna...

Ibu Kutu Sapiza Didakwa Di Mahkamah

SHAH ALAM – Seorang wanita yang dikatakan terlibat dalam pelaburan kutu Saving Sapiza Extra (SSE) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah sebanyak RM28,000, tahun lalu. Tertuduh, Nurshafeza Jamaludin,36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir. Ini merupakan kali ketiga wanita itu didakwa dengan sebelum ini di mahkamah masing-masing di Johor dan daerah ini melibatkan keseluruhan penipuan pelaburan berjumlah RM75,000. Mengikut pertuduhan, Nurshafeza yang merupakan ibu kepada tiga orang anak itu didakwa telah menerima deposit daripada wanita berusia 42 tahun berjumlah RM28,000 tanpa lesen yang sah di sebuah unit apartment di Puchong antara 22 Oktober sehingga 1 Disember 2022. Justeru, dia dakwa mengikut Seksyen 137(1) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebih RM50...

Apa Jadi Dengan Kes Kutu Sapiza Saving Extra? Ada Cubaan Desak Mangsa Tarik Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Mangsa pelaburan kutu 'Sapiza Saving Extra' merayu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terperinci ke atas sindiket penipuan berkenaan, seterusnya membawa dalangnya ke muka pengadilan. Sehubungan itu, MHO, MCCC dan PAKIN bersama mewakili 40 mangsa sindiket tampil menyerahkan surat permohonan kepada PDRM bagi memohon status perkembangan siasatan, semalam. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata walaupun laporan sudah dibuat kumpulan mangsa pada Februari lalu, namun sehingga kini mereka tidak dimaklumkan perkembangan siasatan kes itu. "Mangsa mempunyai hak mengikut Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah untuk mengetahui perkembangan terbaru berhubung siasatan polis berkaitan kes itu. "Mereka juga bersedia memberi keterangan dan dokumen tambahan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi membantu polis meneruskan siasatan," katanya pada sidang media di pejabat JSJK ...

Kembar Dikenali Sebagai Rihana Dan Rihani Didakwa Jadi Dalang Sindiket Penipuan Beli iPhone Palsu

kembar yang dikenali sebagai Rihana dan Rihani kini jadi buruan polis JAKARTA: Pasukan Polis Metro Jaya giat memburu adik-beradik kembar yang dikenali sebagai Rihana dan Rihani selepas didakwa menjadi dalang sindiket penipuan pembelian iPhone palsu. Jurucakap Polis Metro Jaya, Hengki Haryadi berkata, bagi mengesan pasangan kembar itu, satu pasukan khas ditubuhkan. “Kami sudah tubuhkan satu pasukan khas untuk menangani kes ini, termasuk mengesan di mana Rihana dan Rihani berada. “Adik-beradik itu tidak akan dipanggil sebagai saksi, sebaliknya sebagai suspek berdasarkan sejumlah bukti yang mencukupi. “Jika polis menemukan mereka, tidak banyak cakap, terus ditangkap,” katanya. Kes penipuan yang dilakukan pasangan kembar itu mula dilaporkan kepada pihak berkuasa sejak Jun dan Oktober tahun lalu. Semua mangsa mereka membuat laporan polis dari pelbagai tempat dengan kebanyakannya di sekitar Jakarta. Berdasarkan laporan yang dibuat, jumlah kerugian yang dialami semua mangsa dianggarkan bernil...