Skip to main content

Ditipu RM292,700 Melabur Dengan Syarikat Kendali Pakej Umrah


PETALING JAYA: Hasrat dua individu mahu menunaikan umrah terkubur apabila mereka menjadi mangsa penipuan skim pelaburan pakej Umrah ditawarkan  sebuah syarikat sehingga kerugian RM 292,700.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa-mangsa yang terpedaya tersebut melabur menerusi pakej Umrah ditawarkan syarikat itu.

Menurut beliau, syarikat tersebut mendakwa mereka membeli pakej Umrah secara pukal dari syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan pakej umrah.

“Disebabkan penerangan, representasi dan ajakan yang menarik diberikan kepada pengadu-pengadu mereka bersetuju untuk melabur bersama di dalam syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej Umrah tersebut.

“Namun, masalah mula dirasai apabila syarikat tersebut gagal untuk memberikan sebarang persediaan dan penyiapan bagi kami mengerjakan umrah setelah mereka membuat bayaran penuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, pengadu- pengadu telah membuat laporan polis dan penyataan tambahan berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, pegadu-pengadu berkenaan kecewa apabila mendakwa pihak berkuasa mengklasifikasikan laporan mereka sebagai tiada tindakan lanjut.

Kata beliau, pihak berkuasa kemudiannya menasihatkan pengadu-pengadu untuk mengambil tindakan sivil ke atas syarikat yang didakwa menyebabkan mereka rugi.- UTUSAN

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut