Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Annuar Musa Sedia Sertai Parti Lain, Selepas Dipecat Daripada UMNO

Tan Sri Annuar Musa mengumumkan keputusannya untuk kembali meneruskan perjuangan politik selepas hampir tiga bulan dipecat daripada UMNO. Menurut bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau sedang memilih dan bersedia menyertai mana-mana parti politik yang sesuai dengan perjuangannya. "Sejak tahun 1979 (43 tahun lalu), saya menjadi ahli parti politik tertentu dan berkhidmat kepadanya sehinggalah saya dibuang daripada parti tersebut Disember lalu. "Kini sudah tiga bulan saya tidak berparti. Masa tersebut saya gunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara. "Tiba masanya kini untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, dengan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan saya," kata Annuar dalam hantaran di akaun Facebok beliau hari ini. Annuar yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, parti yang ingin disertainya adalah sebuah parti yang benar-benar berjuang mene...

Bekas Penyampai Radio Diperintah Bela Diri Kes dadah

Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lepas. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ismahalil, 49, di akhir kes pendakwaan. Muhammad Jamil, dalam penghakiman ringkasnya berkata mahkamah mendapati 22 paket dadah yang ditemukan dalam bilik tertuduh (Ismahalil) berada dalam kawalan dan jagaannya.   "Semasa serbuan di bilik itu, tertuduh sendiri mengambil beg, yang mengandungi dadah dari lantai dan memberinya kepada pegawai polis selepas ditanya sama ada terdapat barang salah. "Kelakuan tertuduh yang mengambil sendiri beg itu dan dilihat berada dalam keadaan mencurigakan menunjukkan tertuduh mengetahui kewujudan dadah tersebut. Oleh itu, pihak pendakwaan berjaya membuktikan dadah berkenaan berada dalam kawalan tertuduh. Justeru, hujahan peguam bela bahawa anak guamnya...

Warga Emas Rugi RM140,000, Angkara Tanah Lot Lidi

Sepasang suami isteri terpaksa berputih mata apabila hajat mereka mahu memiliki tanah dan rumah, tidak kesampaian selepas ditipu oleh sindiket jual beli tanah pertanian lot lidi di Dengkil, Selangor. Pasangan itu diperdaya hingga membeli dua lot tanah berkeluasan 7,000 kaki persegi di Batu 29, Jalan Jenderam Salak pada tahun 2017. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Azlan, 60, mendakwa membayar RM140,000 secara tunai kepada penjual berkenaan pada 19 September 2017 serta perjanjian jual beli itu berlaku di sebuah pejabat peguam di Shah Alam. "Selepas itu, saya pun menunggu tindakan untuk menukar hak milik tanah tersebut kepada saya sebagai pembeli. "Daripada tahun 2017 itu, beberapa siri rundingan seperti pertanyaan dan sebagainya di pihak saya (telah dibuat) untuk mengetahui status tanah tersebut sama ada telah ditukar kepada saya. "Sampai sekarang, saya tidak mendapat apa-apa maklum balas daripada penjual. Penjual juga tidak dapat dihubungi dan pejabat juga telah ditutup,...

MHO, PAKIN, MCCC, Gesa Hukuman Penjara Kepada 'Ibu Kutu Sapiza' Yang Perdaya Ramai Mangsa

SUNGAI BESI: Jenayah penipuan skim pelaburan sepatutnya disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh memenjarakan penjenayah. Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim. Hishamuddin berkata, kebimbangan MHO terhadap isu skim pelaburan kutu secara haram ini apabila mahkamah lebih cenderung mengenakan hukuman denda berdasarkan Seksyen 3 (1) Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28). “Di bawah akta berkenaan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya. “Kebimbangan MHO jika kes seperti ini disiasat, hanya dituduh mengikut akta larangan kutu tidak akan memberi keinsafan kepada penjenayah kerana dibawah akta ini penjara adalah pilihan dan berdasarkan trend, mahkamah cenderung untuk mengenakan denda sahaja. “Mereka yang dijatuhkan hukuman diarahkan membayar sejumlah denda (maksimum RM500,000) sedangkan kerugian mangsa...

100 Laporan Polis Telah Dibuat Kes Penipuan Aplikasi Dalam Talian Akibatkan Kerugian Hampir RM5 Juta

Kuala Lumpur: Akibat tertarik dengan ganjaran satu aplikasi dalam talian yang menawarkan baucer atau e-ganjaran, mangsa terpedaya membabitkan kerugian hampir RM5 juta. Difahamkan, sebanyak 100 laporan polis dibuat mangsa bagi menuntut keadilan selain membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sindiket penipuan berkenaan. Kakitangan kerajaan yang mahu dikenali Rafik, 40, berkata, dia kerugian lebih RM70,000 selepas menyertai aplikasi perkhidmatan itu pada 2021, apabila diperkenalkan oleh rakan. Menurutnya, sebelum itu dia merujuk kepada seorang agamawan yang menjadi antara duta syarikat aplikasi berkenaan bagi mendapatkan kesahihan. “Saya lihat aplikasi itu menawarkan penjimatan dan ganjaran sehingga 50 peratus bagi setiap pembelian di kedai tersenarai. “Jadi saya bimbang sekiranya ia melanggar syariat Islam. Tapi apabila agamawan itu mengesahkan ia harus dalam muamalat lalu saya menyertainya tanpa fikir panjang lagi. “Saya sempat menggunakan aplikasi itu selama setahun sebe...