Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2023

Wanita Disyaki Dirogol Ditemukan Trauma Tepi Jalan

Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan trauma dan cedera di sekitar Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata mangsa berusia 38 tahun itu ditemukan orang awam yang kemudian membuat laporan polis. "Sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Senam bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa. "Hasil siasatan awal, mangsa seorang wanita warga tempatan telah dirogol di rumahnya oleh seorang lelaki suspek warga tempatan yang tidak dikenali, mangsa berjaya melarikan diri dari tempat kejadian setelah dirogol dan mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terjatuh dari tempat tinggi," katanya dalam satu kenyataan. Yahaya berkata polis memberkas lelaki tempatan berumur 43 tahun itu di rumah mangsa dan merampas beberapa senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing. Hasil semakan polis, beliau berkata suspek memiliki beberapa rekod jenayah nark...

Ibu Dalam Pantang Ditemukan Mati Dengan Kesan Tikaman Di Leher

BACHOK: Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang ditemukan mati dengan pisau tertusuk di leher di dalam bilik rumahnya di Kampung Beris, Panchor, di sini pada Rabu. Wanita berusia 35 tahun itu ditemui berlumuran darah dengan pisau masih terbenam di lehernya sekitar jam 6 petang. Kejadian berkenaan disedari adik mangsa, Wan Muhamad Nasir Wan Mahadi selepas memanjat dan melihat wanita berkenaan dalam biliknya yang dikunci dari dalam.   "Saya ambil tangga nampak keluar darah. Saya masuk pecahkan pintu. "Anaknya ada di luar bersama ibu. Saya terus hubungi ambulans," katanya. Selepas melihat keadaan kakaknya berlumuran darah, dia memecahkan pintu bilik sebelum menghubungi ambulans. Menurut Wan Muhamad Nasir lagi, kakaknya masih berpantang selama 36 hari selepas melahirkan anak yang semasa kejadian, berada bersama ibunya. Sebelum kejadian mangsa dikatakan berbual menerusi telefon dengan suaminya yang bertugas di Kedah. Ibu mangsa, Zuraizah Mat, 58, sempat melihat mangsa...

Lelaki Halang Kereta Wanita, Cakap Lucah Ditahan Polis

PORT DICKSON: Entah kenapa seorang lelaki sengaja cari pasal apabila menghalang kenderaan lain di hadapan sebuah kedai serbaneka di Bandar Springhill di sini pada Isnin. Malah lelaki berkenaan turut menghamburkan kata-kata berunsur lucah kepada mangsa seorang wanita berusia 33 tahun dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu. Akibatnya, mangsa dan empat anak terpaksa menunggu sehingga setengah jam sebelum keretanya dapat dikeluarkan dari petak parkir.   Video kejadian itu turut tular di media sosial sebelum lelaki berkenaan ditahan polis untuk siasatan lanjut pada Selasa. Mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku ketika dia mahu mengeluarkan keretanya dari petak parkir, namun dihalang oleh sebuah kereta Perodua Kelisa dari belakang. "Saya meminta anak saya memberi isyarat kepada pemandu kereta tersebut untuk alihkan kenderaannya tetapi tidak diendahkannya. "Kemudian saya membunyikan hon tetapi dia tetap buat tak tahu saja dan bercakap dengan telefon serta me...

Bapa Didakwa Bunuh Bayi Kandung 6 Bulan

Seorang pembantu perubatan didakwa di Mahkamah Majistret di Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas. Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut kertas pertuduhan, penjawat awam itu didakwa membunuh Muhammad Zakir Asyraf yang berusia enam bulan di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fairpark di Ipoh kira-kira 10 malam, 17 Mac lepas. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Jesseca kemudian menetapkan 12 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia. - Bernama

Pasangan Kekasih Buat Aksi Jelik Dalam Kereta Ditahan

PASIR GUDANG: Pasangan kekasih yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan ditahan polis di dua lokasi berbeza, pada petang Khamis. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, rakaman kejadian tersebut berlaku pada jam 3.03 petang, 29 Mac lalu dan tular di TikTok baru-baru ini. Jelasnya, penahanan membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang perempuan berusia 17 tahun.   "Polis telah menjalankan siasatan dan mendapati lokasi kejadian di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang. "Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang Khamis," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Tambah Mohd Sohaimi, hasil semakan mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. "Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kendera...

NGO Bersama 500 Mangsa Penipuan Pelaburan Hantar Laporan Ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

KUALA LUMPUR: Seramai 500 mangsa yang terlibat dengan penipuan pelaburan dipercayai mencecah RM1 bilion menghantar laporan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini bagi membolehkan agensi itu menyiasat syarikat-syarikat disyaki melakukan pecah amanah dan menipu duit pelaburan orang ramai. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim yang mewakili mangsa berkata aduan berkenaan melibatkan beberapa syarikat pelaburan yang menawarkan skim pelaburan kepada orang ramai dengan kadar dividen dan pulangan lumayan. Beliau berkata syarikat-syarikat terbabit turut menggunakan nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan, sedangkan tokoh-tokoh berkenaan tidak terlibat langsung dengan skim pelaburan itu. "Mangsa percaya dengan tawaran yang dijanjikan namun syarikat-syarikat ini tidak membuat sebarang bayaran atau pulangan kepada mangsa. "Ada yang melabur RM100,000, RM250,000 hingga juta...