Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

PAS Mungkin Hidupkan Semula Muafakat Nasional Sekali Lagi Bekerjasama Dengan Umno

PAS tidak menolak kemungkinan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dan sekali lagi bekerjasama dengan Umno memandangkan sebahagian besar ahli akar umbi masih sayangkan gabungan itu, kata timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man. Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today, ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata PAS sedia bersama Umno tetapi dengan syarat kerjasama itu tidak melibatkan pemimpin parti yang berpakat dengan DAP. “Gagasan penyatuan ummah MN masih terbuka dan PAS bersama Bersatu dalam PN yakin ummah ini perlukan penyatuan dan muafakat. “Kita penuh yakin dalaman Umno yang masih sayangkan gagasan ini dan demikian juga dalam PN. “Bagaimanapun, kita mesti buang yang keruh, yang punya agenda peribadi sehingga mengetepikan agenda ini dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas ditentang sebelum ini,” katanya yang dipetik oleh portal itu. Pemimpin PAS telah memainkan naratif kononnya Umno sedang retak dan menanti perpecahan susulan rasa tidak puas hati terhada...

Selepas Nabila Huda, kini Sharifah Sakinah Minta Nad Zainal Berpijak Di Bumi Nyata

Selepas Nabila Huda, kini pelakon Sharifah Sakinah pula muncul 'menghangatkan suasana' apabila dia menitipkan pesan kepada Nad Zainal agar “berpijak di bumi nyata” berhubung kemelut yang berlaku antara mereka. Melalui Instagram Sharifah Sakinah meluahkan perasaannya yang membayangkan memang ada perasaan kesal di lubuk hati terhadap persahabatan mereka yang tiba-tiba terlerai. “Dah boleh padam kot post ni. Saya jumpa awak di alam lain (kerana) di situ tiada radar. “Jujur dari hati, berpijaklah di bumi yang nyata. “Fikiran narsistik, kepura-puraan dan penafian akan tertulis menjadi takdirmu,” tulisnya. Nad, 33, sewaktu ditemu bual sebuah portal hiburan semalam berkata, dia enggan mengambil pusing berhubung cakap-cakap belakang mengenai dirinya. Sebaliknya, pelakon Soulmate Hingga Jannah itu berkata, dia ingin memfokuskan pada kehidupan peribadi saja. Spekulasi bermasam muka mulai timbul selepas Nad kembali pulih daripada masalah pendarahan paru-paru dialaminya. Dia dimasukkan ke...

Rosmah Tidak Bekerja Tapi Terima Sejumlah Wang Besar Ke Dalam Akaunnya

Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak bekerja, telah menerima sejumlah besar wang ke dalam akaun semasanya di Affin Bank Berhad dan menggunakannya untuk membayar bil telefon dan kad kredit yang ditanggung olehnya dan ahli keluarga. Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak mempunyai sumber bebas daripada sebarang pendapatan yang sah, membuat pembayaran bil telefon dan kad kredit melalui cek yang ditandatanganinya. “Pada setiap masa hingga pertuduhan di mahkamah, tertuduh tidak bekerja. Wang itu didepositkan ke dalam akaun bank semasa di Affin Bank Berhad. Jumlah wang yang didepositkan tidak setara dengan kemampuan tertuduh. “Tertuduh menggunakan khidmat seorang individu, Roslan Sohari untuk membuat deposit ini bagi pihaknya. Roslan menjadi pengurus rumah kediaman Kompleks Seri Perdana di Putrajaya. Wang dalam dideposit ini menjadi subjek pertuduhan pertama hingga ke-12 dalam kes ini,” kata beliau da...

Ketua Balai Polis Berdepan Hampir 100 Tuduhan Rasuah

Seorang anggota polis berdepan 98 pertuduhan menerima suapan dengan nilai keseluruhan RM31,400 di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang, hari ini. Anuar Yaakub yang berpangkat sarjan mejar didakwa melakukan semua kesalahan terbabit antara Jan 2021 hingga Okt tahun lalu. Anuar, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan selesai dibacakan di hadapan hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM100 hingga RM2,000 daripada beberapa individu melalui pemindahan wang atas talian ke akaun bank miliknya. Tertuduh sebelum ini bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebelum dipindahkan ke Balai Polis Cherating sebagai ketua balai. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan oleh pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif. Tertuduh pula diwakili peguam, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim. Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan ikat jamin k...

Datuk K beri keterangan kes Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dijangka memberikan keterangan sebagai saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Khalid yang juga dikenali sebagai Datuk K tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pada jam 8.46 pagi tadi untuk memberikan keterangan sebagai saksi pembelaan. Seramai tujuh saksi bagi pihak Ahmad Zahid sudah memberikan keterangan dalam perbicaraan kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi itu sebelum ini. Ahmad Zahid, 70, dibicarakan dengan 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi. Presiden UMNO itu didakwa dengan 12 tuduhan pecah amanah iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada pers...

Bela Nasib Mangsa Penipuan Saham, MHO Dan PAKIN Akan Bawa Ke Muka Pengadilan

KUALA LUMPUR: Lebih 150 mangsa penipuan pelaburan beberapa buah syarikat menyerahkan penyataan tambahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap syarikat disyaki pecah amanah dan menipu duit pelaburan. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim yang mewakili mangsa berkata penyataan tambahan itu diharap dapat membantu siasatan PDRM terhadap syarikat terbabit dan membawa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan. Beliau berkata penyataan tambahan dikemukakan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang diterima oleh Penolong Pengarah (Pelaburan Bersindiket / Kad Elektronik / Lain-lain Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) ACP Ahmad Azizul Mohamed. "Diharap dengan penyataan tambahan yang diberikan ia dapat membantu PDRM dan memudahkan proses siasatan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan penyataan berkenaan di pejabat JSJK Bukit Aman,di sini...