Skip to main content

PAS Mungkin Hidupkan Semula Muafakat Nasional Sekali Lagi Bekerjasama Dengan Umno


PAS tidak menolak kemungkinan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dan sekali lagi bekerjasama dengan Umno memandangkan sebahagian besar ahli akar umbi masih sayangkan gabungan itu, kata timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today, ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata PAS sedia bersama Umno tetapi dengan syarat kerjasama itu tidak melibatkan pemimpin parti yang berpakat dengan DAP.

“Gagasan penyatuan ummah MN masih terbuka dan PAS bersama Bersatu dalam PN yakin ummah ini perlukan penyatuan dan muafakat.

“Kita penuh yakin dalaman Umno yang masih sayangkan gagasan ini dan demikian juga dalam PN.

“Bagaimanapun, kita mesti buang yang keruh, yang punya agenda peribadi sehingga mengetepikan agenda ini dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas ditentang sebelum ini,” katanya yang dipetik oleh portal itu.

Pemimpin PAS telah memainkan naratif kononnya Umno sedang retak dan menanti perpecahan susulan rasa tidak puas hati terhadap presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Ia dikatakan berikutan keputusan hambar parti itu dalam enam pilihan raya negeri baru-baru ini.

Antara punca sokongan yang merudum itu, khususnya di kalangan pengundi Melayu sekarang, dakwa mereka adalah kerana kerjasama Umno dengan DAP dalam kerajaan perpaduan sekarang.

Tuan Ibrahim mendakwa sebahagian besar ahli Umno masih sayangkan MN yang diwujudkan pada 2019, selepas BN gagal mempertahankan Putrajaya pada PRU14.

Kedua-dua parti itu bergabung ketika itu untuk menentang pentadbiran Pakatan Harapan yang dipilih untuk menerajui Putrajaya pada 2018.

Tuan Ibrahim berkata menyatukan ummah tidak bermakna hak bukan Melayu dan Islam akan diketepikan, sambil menambah bahawa Perlembagaan Persekutuan akan ditegakkan, di sebalik desakan PAS mahu penubuhan negara berdasarkan hukum hudud.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Zahid, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan telah tampil menolak cadangan PAS sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut