Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tetak

Suami Parah Ditetak isteri Guna Pisau Pemotong Daging

KOTA BHARU: Seorang wanita ditahan reman selama enam hari selepas dipercayai menetak lengan kanan suaminya pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa di sini petang kelmarin. Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 4 Jun depan terhadap wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan kes mendatangkan cedera parah dengan senjata. Menurutnya, berdasarkan keterangan bapa mangsa, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging. “Bertindak atas laporan yang diterima, suspek ditangkap di rumahnya di Pengkalan Chepa di sini kira-kira 3 petang semalam. “Ujian saringan air kencing mendapatu, suspek negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd. Rosdi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Kisah Sebenar Abang Sado Ditetak Jiran

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki cedera parah kerana ditetak dengan parang oleh jiran sebelah rumahnya yang juga seorang pesara polis selepas berlaku pertengkaran berikutan mangsa didakwa membuat bising dalam kejadian di Taman Kempas, kira-kira 8.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa yang berusia 26 tahun ditetak lelaki berusia 63 tahun itu yang datang ke rumah mangsa dengan mendakwa mangsa membuat bising seperti menendang dinding rumah. "Suspek datang ke hadapan rumah mangsa sambil berteriak marah dan menuduh mangsa membuat bising. Mangsa ketika itu sedang bermain alatan gim di ruang tamu dengan bunyi agak bising akibat hempasan alat gim itu ke lantai "Dia kemudian keluar rumah lalu berlaku pertengkaran dengan suspek. Mangsa dikatakan cuba menumbuk muka jirannya itu dan suspek menggunakan parang untuk mempertahankan diri. Bagaimanapun, parang tersebut terkena pada tangan mangsa," katanya. Menurutnya, pesa...

Bising Ketika Main Gym, Abang Sado Ditetak Jiran Di Taman Kempas

SUNGAI PETANI: Akibat tidak berpuas hati dengan bunyi bising yang dilakukan jirannya, seorang lelaki bertindak menetak jiranya dengan parang di Taman Kempas, di sini. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu, kejadian itu berlaku sekitar pukul 10.30 malam tadi apabila suspek bertindak ke rumah mangsa lalu menjerit memanggilnya keluar. Katanya, mangsa ketika itu, sedang bermain alatan gym di bahagian ruang tamu rumahnya. Suspek terus menjerit dan memarahi mangsa serta mendakwa peralatan gym yang dihempas ke lantai itu mengeluarkan bunyi bising yang kuat. Pertengkaran yang berlaku antara mereka berdua menyebabkan mangsa telah ditetak oleh suspek. Mangsa mengalami cedera di tepi tapak tangan, lengan dan bahu sebelah kiri serta tulang lengan kiri patah akibat ditetak. Mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil serta akan menjalani pembedahan pada tulang tangan kiri. Jelas Ad...

Saya Hanya Mampu Melihat 3 Anak Ditetak.

BALING: Seorang bapa berdepan detik cemas apabila diacu parang sebelum sekumpulan 20 lelaki bertindak menetak tiga anak lelakinya yang sedang tidur dalam kejadian di Kampung Kuala Temekah dekat Kuala Ketil, Kedah awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1.40 pagi, kumpulan lelaki bersenjata parang itu datang ke rumah mangsa bertindak memecah cermin tingkap rumah serta merosakkan kereta dan motosikal milik mangsa. Menurut mangsa, R. Mogan, 54, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan terkejut apabila mendapati lebih 20 lelaki bersenjata parang sedang mengepung rumahnya. Katanya, kumpulan penyerang yang datang dengan menunggang 10 buah motosikal dan sebuah kereta itu kemudian bertindak merosakkan kereta dan motosikal serta memecah cermin tingkap dan pintu depan rumahnya. Kumpulan itu kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah dan mengacu parang ke arah dia dan isteri. Penyerang itu kemudian menyerbu masuk ke dalam bilik dan menetak tiga anak lelakiny...

Bapa Tetak Anak Berusia 5 Tahan Ketika Tidur.

KUALA LUMPUR - Seorang bapa sanggup bertindak kejam apabila menetak anak kandungnya berusia lima tahun yang sedang tidur dalam kejadian di sebuah Flat di Puchong Permai, dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, suspek berusia 35 tahun dikatakan menetak tiga kali dibahagian kepala dan pergelangan tangan kanan anaknya itu sehingga maut. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas menerima maklumat mengatakan terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat flat tersebut. Ujarnya, bagaimanapun, siasatan di lokasi mendapati kanak-kanak terbabit ditetak bapa kandungnya yang juga peminum tegar ketum.   "Bapa mangsa kemudian ditahan di lokasi kejadian dan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis syabu. "Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa hanya tinggal berdua bersama bapanya di rumah dan pemeriksaan lanjut turut menemukan parang...