Skip to main content

Kisah Sebenar Abang Sado Ditetak Jiran

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki cedera parah kerana ditetak dengan parang oleh jiran sebelah rumahnya yang juga seorang pesara polis selepas berlaku pertengkaran berikutan mangsa didakwa membuat bising dalam kejadian di Taman Kempas, kira-kira 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa yang berusia 26 tahun ditetak lelaki berusia 63 tahun itu yang datang ke rumah mangsa dengan mendakwa mangsa membuat bising seperti menendang dinding rumah.

"Suspek datang ke hadapan rumah mangsa sambil berteriak marah dan menuduh mangsa membuat bising. Mangsa ketika itu sedang bermain alatan gim di ruang tamu dengan bunyi agak bising akibat hempasan alat gim itu ke lantai

"Dia kemudian keluar rumah lalu berlaku pertengkaran dengan suspek. Mangsa dikatakan cuba menumbuk muka jirannya itu dan suspek menggunakan parang untuk mempertahankan diri. Bagaimanapun, parang tersebut terkena pada tangan mangsa," katanya.

Menurutnya, pesara polis itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani dengan membawa bersama parang yang digunakan semasa kejadian berkenaan.

Punca kejadian dilaporkan apabila suspek tidak berpuas hati dengan bunyi bising yang kerap kedengaran dari rumah mangsa.

Akibat kejadian, mangsa cedera di tepi tapak tangan, lengan dan bahu sebelah kiri serta tulang lengan kiri patah akibat tetakan itu.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan pada tulang tangan kiri.

Beliau berkata, suspek telah ditangkap bersama sebilah parang panjang berukuran lebih kurang tiga kaki dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan telah tular di media sosial beberapa jam selepas kejadian. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...