Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

UMNO Wajar Berundur, Bersatu Tidak Layak Sertai Pakatan Muafakat Nasional - Ku Li

Pemimpin Umno yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional (PN) wajar menarik diri daripada kerajaan, menurut Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak layak menganggotai Pakatan Melayu Islam yang didokong oleh Muafakat Nasional (MN) ekoran pengumuman pucuk pimpinan itu yang sedia menerima penyertaan bukan Melayu sebagai ahlinya. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli UMNO yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional agar berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang. “Ini (berundur) patut dilakukan secepat mungkin supaya kita tidak membuang masa seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar. “Ia juga seperti kedudukan muda-mudi yang susah mencari pekerjaan dalam kita menghadapi pandemik COVID-19 yang mengancam negara pada masa ini,” jelas Tengku Razalegh dalam kenyataan yan...

Terima Mesej Dari Bomoh, Kata Saksi Kes Inkues Nora Anne

SEREMBAN - Saya ada terima maklumat daripada seorang rakan kepada ahli keluarga Nora Anne yang menyatakan menerima mesej menerusi WhatsApp daripada bomoh, kata seorang saksi prosiding inkues bagi mengetahui punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner di sini, hari ini. Pegawai Turus Bahagian Jenayah Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Asisten Superintendan Chong Meei Chyi, saksi keempat pada prosiding yang masuk hari keempat hari ini, memberitahu mesej yang diterima lelaki berkenaan, antara lain berkaitan tentang keberadaan serta perasaan yang dialami remaja itu daripada beberapa bomoh di luar negara. "Saya ada bertanya Dominic (yang merupakan rakan kepada bapa saudara Nora Anne) daripada mana dia mendapat mesej berkenaan dan memaklumkan bahawa dia memperoleh daripada kawan dan saudara-mara. Terdapat tiga mesej menyatakan Nora Anne diikuti oleh some people di lapangan terbang (KLIA) dan Nora masih hidup. ...

Lelaki Ini Terima Padah Hina Yang di-Pertuan Agong

Seorang lelaki didenda RM16,000 terhadap empat pertuduhan, melakukan hantaran jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menggunakan akaun Twitter,   Sufazrin Amin Ismail, 26 merupakan seorang pemandu perkhidmatan  membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Mac lalu. Menurut laporan Sinar Harian, Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sufazrin Amin Ismail, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah. Tertuduh juga boleh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda. Bagi setiap pertuduhan, Hakim M. M Edwin menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara dua bulan jika tertuduh gagal membayar denda itu tetapi OKS membayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Sufazrin Amin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menganiayai orang lain, melalui aplikasi Twitter ...

Campak Dalam Sungai

LAMPUNG: Dua Lelaki ditahan kerana didakwa membunuh seorang remaja hamil sebelum bertindak kejam memgikat kedua-dua tangan untuk 'perubatan mistik' sebelum menolaknya ke dalam sungai. Menurut laporan Astro AWANI, Remaja perempuan berusia 16 tahun itu ditemui mati dengan tangan berikat di sebatang sungai  Kejadian barilaku di Desa Rejo Agung, Kecamatan Tegineneng, Indonesia. Mayat mangsa yang didapati hamil enam bulan itu ditemukan penduduk tempatan yang melaporkannya kepada pihak berkuasa. Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai didalangi teman lelaki mangsa sendiri dan dibantu rakannya. Kedua-dua suspek kemudiannya ditahan polis untuk disoal siasat. Polis dalam satu kenyataan berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) itu, suspek yang merupakan teman lelaki mangsa bersama rakannya itu telah menjemput mangsa ke sungai. Mangsa kemudian dipujuk agar diikat kedua-dua tangan untuk 'perubatan mistik' sebelum suspek menolaknya ke dalam sungai dan ...

Tanda-Tanda Hati Dah Kotor, Ya Allah Jauhkan Aku Dari Sifat-Sifat Ini

Seorang Muslim yang sentiasa mahu menjadi baik akan selalu memperbaiki dirinya dan menambah pengetahuan dengan ilmu agama untuk meningkatkan identiti supaya lebih menyerlah imej sebagai Muslim yang bermanfaat dunia serta akhirat. Hati kotor atau hati yang berpenyakit sukar untuk disedari, apatah lagi untuk dirawati. Rahsia untuk menyedari hati kotor ialah jangan sebok orang lain, tetapi sebok diri sendiri.  1. Gelisah walaupun tiada masalah. 2. Selalu berbangga dengan diri sendiri. 3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain. 4. Tidak amanah dan mungkir janji. 5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya. 6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain. 7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya. 8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang. 9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran. 10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang. 11. Menyampaikan ilmu dengan riak. 12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain. 13. Berpakai...

10 Penemuan Sejarah Misteri Yang Belum Terungkai

Sejaran Dunia mengandungi pelbagai misteri mengejutkan yang masih tidak dapat dirungkai. Tiada siapa pun di antara kita yang mampu untuk hidup lama bagi melihat sendiri bagaimana penemuan kepada misteri-misteri ini diselesaikan. Pelbagai kajian dan berbagai persoalan yang masih belum ada jawapan. Berikut merupakan beberapa perkara menarik yang masih menjadi misteri di dalam sejarah dunia. 1 Burung Moa Burung Moa merupakan spesies burung yang tidak boleh terbang dan pernah mendiami New Zealand pada suatu masa dahulu. Burung ini telah pupus sekitar tahun 1500. Menurut teori, kepupusan burung ini adalah berpunca daripada pembunuhan yang dilakukan oleh kaum Maori. satu ekspedisi yang dijalankan pada abad ke-20, para saintis telah menemui kuku haiwan gergasi ini dan telah mengawetnya 2 Kompleks Kuil Saksaywaman, Peru   Batu binaan kompleks kuil zaman purba ini telah dibina dengan sangat sempurna. Dikatakan, sehelai kertas pun sukar untuk menembusi celahan batuan tersebut. Setiap b...

Guna Air Paip Ganti Sanitizer Lelaki Ini Terima Padah

Tindakan pengawal sebuah pasar awam di Kulim Kedah yang bertindak guna air paip bukannya cecair pembasmi kuman menerima padah  Dia akhirnya dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard, SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Lelaki berusia 38 tahun itu dikenakan tindakan di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim, peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 di Kedah ketika ini amat membimbangkan. Justeru, beliau berharap semua pihak mematuhi SOP ditetapkan bagi mengekang penularan wabak ini. Katanya, pemantauannya di beberapa pasar dan premis mendapati tahap kesedaran orang awam amat tinggi kerana menyedari cara jangkitan COVID-19 yang begitu pantas selain memberi tumpuan kepada kawasan jangkitan dilaporkan berlaku. "Kita kesan ada peniaga yang tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dengan sebaiknya, jadi langkah- langkah ini perlu dilakukan seperti saranan keraj...

Muhyiddin Perlu Bubarkan Bersatu Sebelum Sertai Muafakat Nasional - Exco Pemuda UMNO

Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn beri cadangan agar perlu bubarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana Bersatu kini sudah pecah kepada dua kumpulan akibat parti baharu yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Cadangan ini dibuat susulan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menyertai Muafakat Nasional (MN) bersama-sama UMNO dan PAS Bastien Onn juga bercadang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki UMNO sebelum menyertai Muafakat Nasional (MN). Menurut laporan Astro AWANI, Bastien Onn berkata UMNO sedia menerima Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli-ahli parti itu dengan hati terbuka. "Tengok perlembagaan parti mereka, hampir sama dengan UMNO. Apa ertinya mereka masuk Muafakat Nasional (MN), baik mereka ini yang tinggal masuk dalam UMNO dan berjuang kepada kedudukan orang Melayu dalam kerajaan yang lebih baik. "Melayu yang berpecah-belah mengurangkan penawaran kita kepada Malaysia, itu yang saya...

Lakukan 5 Pekara Ini Andainya Ajal Kita Ketika Tidur

Sejak kebelakangan ini, ramai yang kita dengar meninggal dalam keadaan mengejut ketika tidur, in lima pekara yang perlu anda lakukan sebelum tidur walau letih dan sebok manapun anda. Semoga sama-sama kita sebarkan perkongsian ini dan menjadi sebahagian dari amal jariah kita, insyaAllah. Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra. “ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu: 1. Sebelum khatam al-Quran. 2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat. 3. Sebelum para muslimin meredhai engkau. 4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah". Bertanya Siti Aisyah: “Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “ Rasulullah tersenyum dan bersabda: 1. “Jika engkau akan tidur, bacalah surah al –Ikhlas tiga kali, Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran. ” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’, lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “ 2. "Bacalah shalaw...

Anggota Polis Potong Barisan Di Stesen Minyak

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) polis cedera di kening kiri selepas dipukul sekumpulan lelaki dipercayai akibat salah faham di sebuah stesen minyak di Sri Rampai, Kuala Lumpur, semalam. Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi itu, mangsa berusia 20-an sedang melakukan tugasan Ops Rentap Khas sebelum motosikal ditunggangi kehabisan minyak. Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan Ahmad Osman berkata, mangsa pergi ke sebuah stesen minyak sebelum berhenti di salah satu pam di situ. "Anggota polis tidak menyedari terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berada di belakang sedang menunggu giliran mengisi di pam berkenaan. "Akibat itu, pemandu MPV terbabit berasa tidak puas hati hingga berlaku pertengkaran mulut dengan mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata, pertengkaran itu menyebabkan beberapa rakan suspek yang berada di dalam MPV dan sebuah kereta Mercedes Benz yang berada di lokasi meluru ke arah mangsa. ...

Gara-Gara Sajat, Mujahid Saman Harakah

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Mujahid Yusof telah memfailkan saman fitnah terhadap portal rasmi PAS, Harakah susulan laporan berita berkaitan usahawan kosmetik Nur Sajat. Peguamnya dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir memfailkan writ di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Luimpur, dua hari lalu. Mereka menamakan wartawan Harakah, Aziz Muda, ketua pengarangnya, Wan Nordin Wan Yaacob, pengendali portal dalam talian itu, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd, dan pencetak akhbar itu Perctakan Turbo (M) Sdn Bhd, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua, ketiga dan keempat. Mengikut pernyataan tuntutan yang dilihat, Mujahid menyaman berhubung laporan yang dimuat naik dalam portal Harakahdaily.net pada 7 Februari serta laporan yang diterbitkan dalam edisi cetak pada 10 hingga 13 Feb lalu. Pada Februari lalu, Mujahid pada ketika itu masih memegang portfolio menteri di jabatan perdana menteri bagi hal ehwal agama. Pada 4 Februari lalu, adalah dilaporkan kontroversi tercetus ...

Sokong Tun Mahathir Punca 288 Individu Dipecat Dari Bersatu

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan seramai 288 individu terhenti keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuat kuasa serta-merta selepas melakukan tindakan yang bertentangan dengan parti. Menurut laporan Berita Harian Online, mereka sebelum ini terbabit kumpulan 'Blackout', iaitu gerakan untuk menjatuhkan parti dengan menjadi penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika mengumumkan perkara itu berkata notis pemakluman akan disiarkan melalui akhbar, selain dihantar kepada setiap Bahagian BERSATU yang terbabit. Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menjalankan siasatan terhadap segala aduan dikemukakan kepada parti. "Hari ini, saya akan memberi notis kepada semua bahawa ada 288 individu diambil tindakan dan digugurkan daripada menjadi ahli BERSATU. "Saya sudah memaklumkan kepada beberapa media dan akan mengeluarkan...

Kluster Baru Dinamakan Kluster Muda Telah Jangkiti Dua Orang

Satu lagi kluster baharu dinamakan Kluster Muda dikesan di Kedah yang telah menjangkiti dua individu, setakat ini. Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara melonjak hari ini dengan merekodkan 20 kes menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 9,149 kes kluster itu adalah warga tempatan yang juga seorang anggota polis. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 20 kes baharu itu, 13 kes membabitkan penularan tempatan di dalam negara, baki tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. "Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat sudah dijalankan, semalam. "Hingga hari ini, dua kes dikesan positif, manakala lima lagi individu negatif dan 117 lagi masih menunggu keputusan," katanya dalam kenyataan, hari ini. "Punca jangkitan masih dalam siasatan," katanya. "Daripada 11 kes baharu daripada Kluster Tawar hari ini, lima kes adalah petugas hospital dan s...

Kluster Sivagangga: Penduduk Nak Saman Tauke Nasi Kandar Salleh

SERAMAI 100 penduduk dan pemilik kedai yang terjejas akan memfailkan saman berjumlah RM1 juta terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh bagi menuntut kerugian yang dialami selepas mencetuskan kluster Sivagangga. Tindakan itu diambil sebagai langkah dalam menuntut semula kerugian yang dialami termasuk kesan terhadap psikologi penduduk selepas pemilik restoran terbabit menjadi punca ataupun kes indeks bagi Kluster PUI Sivagangga. Menurut Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, pihaknya telah berjaya mengumpulkan lebih 100 orang individu yang mahu berbuat demikian selepas menerima nasihat peguam dalam menfailkan saman ke atas pemilik restoran terbabit. Antaranya ialah penduduk yang tinggal di kawasan sekitar restoran, peniaga-peniaga kedai runcit, enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO),serta pemandu dan syarikat lori yang menggunakan laluan Lebuh Raya Utara Selatan melalui jalan Napoh-Changlun. Bagaimanapun, jelas beliau, dalam memberikan bantuan khidmat guam...

Makcik Gelang pink Didenda Dan Dipenjara

IPOH: Makcik gelang pink’ yang tular kerana ingkar arahan kuarantin dengan makan di sebuah kafe di Bandar Meru dipenjara sehari dan didenda RM8,000 hari ini kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dalam tempoh kuarantin wajib.Keputusan dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. Wanita yang dikenali sebagai 'makcik gelang pink' itu didakwa melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian yang dikeluarkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Pada 21 Julai lalu, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen. Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya menunjukkan gelang tangan berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan dia di bawah arahan kuarantin COVID-19. Pada 29 Julai lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menghentikan s...

Suami Orang, Isteri Orang Dicekup Berkhalwat

ALOR SETAR: Seorang pekerja di syarikat pengiklanan dan seorang wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat di sebuah unit kondominium di Jalan Langgar, di sini malam tadi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata wanita berusia 32 tahun dan pasangannya berusia 39 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan jam 11.40 malam. Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, pasangan itu dipercayai sudah empat hari tinggal bersama di sebuah kediaman itu. "Wanita yang bekerja di syarikat swasta itu memberi alasan sudah tidak sefahaman dengan suaminya dan menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan yang bekerja di syarikat pengiklanan. "Ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri malah mengaku masing-masing sudah berkahwin," katanya ketika dihubungi hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kera...

Isteri Maut Ditikam Rakan Lama

IPOH: Seorang wanita maut selepas ditikam dengan pisau di perut dan leher oleh rakan lelaki di hadapan suaminya sendiri dipercayai akibat masalah peribadi Kejadian dikatakan berlaku di hadapan premis Taman Lang Indah, Ipoh, Ahad lalu, mangsa, K Rajama, 39, yang kemudiannya menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dilaporkan meninggal dunia jam 4.18 petang semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Supritendan A Asmadi Abdul Aziz, berkata kes diklasifikasikan semula daripada Sekyen 307 Kanun Keseksaan ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh apabila mangsa yang sedang dirawat meninggal dunia. A Asmadi berkata, berdasarkan keterangan suami mangsa, S Sivakumar, 46, dia bersama mangsa dan abangnya ke Gunung Lang Ahad lalu untuk bertemu kawan isterinya dikenali sebagai Arumugam untuk berbincang mengenai masalah mereka. Turut bersama mereka, tujuh rakan lain iaitu tiga lelaki dan empat perempuan. "Ketika berada di tempat kejadian, Arumugam memberitahu ma...

Akhirnya! Tun Mahathir Umum Nama Parti Baru

BEKAS Pedana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan nama parti politik baharu berasaskan kepada perjuangan Melayu yang diberi nama "Pejuang" Dr Mahathir berkata, parti yang masih belum didaftarkan, tidak akan terikat dengan pembangkang Pakatan Harapan dan juga Perikatan Nasional. “Parti yang berasaskan kepada perjuangan Melayu ini akan menjadi parti bebas dan akan menegakkan perjuangan awal memerangi rasuah. Tun Dr Mahathir mendedahkan perkara itu dalam catatan di blog, dalam gaya seakan-akan sajak, sebentar tadi. Setakat ini belum jelas sama ada ia hanya menggunakan Pejuang sebagai nama penuh atau hanya singkatan bagi perkataan tertentu. Mahathir pada 7 Ogos lalu mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru akan berasaskan perjuangan Melayu dan pribumi, seperti Bersatu yang diasaskannya sebelum ini. Langkah itu diambil setelah usaha mencabar pemecatannya sebagai pengerusi Bersatu, bersama beberapa lagi anggota parlimen yang menyokongnya, di mahkamah dilihat melalui ja...

MBSA 'Balas Dendam' Bukan Kedai Judi Pun Jadi Mangsa MBSA

P remis dipercayai dijadikan pusat judi dalam talian yang berselindung di sebalik perniagaan pusat snuker, adalah di antara premis disita dalam operasi bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini, hari ini. Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan gerakan operasi besar-besaran, mengundang keluhan dan rungutan para peniaga yang menyifatkannya sebagai 'membalas dendam'. Seorang pemilik kilang percetakan, Zaidi Abdul Jalil, 56, berkata, MBSA seharusnya memberi tempoh sekurang-kurangnya seminggu. "Sejak dua tiga hari hari ini (operasi) terlalu drastik. Cara dia (MBSA) bergerak ini seperti 'membalas dendam', bila orang mengadu, dia bertindak balas. "Salah sikit pun nak saman, (premis) ada awning (sengkuap) untuk menahan hujan pun disaman, ada tangga untuk naik turun pun disaman. Kedai yang buat tambahan berpuluh-puluh tahun, tiba-tiba minta ubah dalam masa 24 jam," katanya yang telah menjalankan perniagaa...

Padah Percaya Lelaki MiChat

KOTA TINGGI: Seorang remaja lelaki yang berperwatakan wanita berusia 17 tahun berdepan detik cemas apabila dipercayai disamun dua lelaki warga Bangladesh di tepi jalan Kampung Gambut, Punggai, Pengerang, dekat sini, petang semalam. Terdahulu, gambar mangsa kejadian berkenaan menjadi viral di laman sosial apabila dia dikatakan diculik dan cuba dirogol oleh dua lelaki warga Bangladesh. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata polis menerima aduan daripada remaja terbabit berkaitan kejadian kira-kira jam 5 petang itu. Katanya, dalam kejadian itu, mangsa cedera di tangan kiri dan kaki kanan akibat dipukul oleh suspek. "Suspek berusia lingkungan 30-an juga mengambil telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM200 serta dokumen diri milik mangsa. "Kes ini tular di media sosial yang memaparkan gambar mangsa yang dikatakan diculik dan cubaan rogol terhadapnya. "Pihak polis menafikan kejadian tular itu dan siasatan mendapati mangsa adalah seorang lelaki be...

Polis siasat Kegiatan Jual Organ Manusia Secara Haram Di Sarawak

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, polis sedang menyiasat laporan media berpangkalan di United Kingdom mengenai kegiatan penjualan organ manusia secara haram didalangi warga tempatan di Kuching. Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti kes berkenaan termasuk mengenal pasti individu yang dipaparkan dalam laporan berbentuk penyiasatan itu. "Kita sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya ringkas kepada Astro AWANI di sini, hari ini. Dalam laporan portal The Sun Sabtu lalu, wartawan asing yang menyamar mendedahkan pertemuannya dengan seorang lelaki berusia 46 tahun di sebuah hotel di Kuching. Lelaki itu dikatakan menawarkan penjualan buah pinggang dengan pakej pelancongan pemindahan organ berharga £85,000 atau RM466,440 secara haram khas untuk warga Britain. Lelaki berkenaan mendakwa bayaran berkenaan merangkumi sejumlah wang untuk tujuan rasuah pihak berkuasa supaya pembedahan boleh dilakukan di sebuah klinik di Manila. Dia mendakwa sudah menjual 45 buah pi...

SPRM Siasat Dakwaan Pihak Berkuasa Lindungi Premis Judi Di Sungai Buloh

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba lindungi premis perjudian haram di sekitar Sungai Buloh, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, akan memberikan tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh. Terdahulu, tular dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh. Menurutnya, isu tular itu mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada pihak tertentu. Perkara itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Ham...

4 Beranak Selamat, Terperangkap Dalam Bilik Air Di Setia Alam

KUALA LUMPUR: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan detik cemas ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam, awal pagi Isnin. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.18 pagi dan seramai 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kejadian. Menurut pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.18 pagi dan seramai 25 anggota digerakkan ke lokasi kejadian. "Kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat yang terbakar di bahagian tingkat bawah dan terdapat mangsa di tingkat atas. "Kesemua mangsa yang berada di dalam bilik air berjaya diselamatkan dan api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Mengulas lanjut, Hafisham berkata kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk pem...

2 Minah Rempit Dicekup Lakukan Aksi 'Zig-Zag', 'Superman'

Polis menahan enam individu termasuk dua wanita kerana melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Kilometer (KM) 257 hingga KM 269 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, arah utara awal pagi tadi. Dua wanita tersebut berlumba motosikal bersama empat lelaki lain dan melakukan aksi 'zig zag', 'superman' serta menunggang secara berbahaya  Menerusi Op Samseng Jalanan pada jam 1.40 pagi itu, sepasukan anggota dari Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menahan semua suspek berusia antara 20 hingga 27 tahun. Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata mereka didapati membuat kesalahan dengan berlumba sesama sendiri sambil melakukan aksi 'zig-zag' dan 'Superman' "Kita kesan suspek buat aksi amat berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain, jam 1.15 pagi. "Malah dua wanita terbabit menunggang motosikal le...