Skip to main content

Isteri Maut Ditikam Rakan Lama


IPOH: Seorang wanita maut selepas ditikam dengan pisau di perut dan leher oleh rakan lelaki di hadapan suaminya sendiri dipercayai akibat masalah peribadi

Kejadian dikatakan berlaku di hadapan premis Taman Lang Indah, Ipoh, Ahad lalu, mangsa, K Rajama, 39, yang kemudiannya menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dilaporkan meninggal dunia jam 4.18 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Supritendan A Asmadi Abdul Aziz, berkata kes diklasifikasikan semula daripada Sekyen 307 Kanun Keseksaan ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh apabila mangsa yang sedang dirawat meninggal dunia.

A Asmadi berkata, berdasarkan keterangan suami mangsa, S Sivakumar, 46, dia bersama mangsa dan abangnya ke Gunung Lang Ahad lalu untuk bertemu kawan isterinya dikenali sebagai Arumugam untuk berbincang mengenai masalah mereka. Turut bersama mereka, tujuh rakan lain iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.

"Ketika berada di tempat kejadian, Arumugam memberitahu mahu berjumpa dan bercakap dengan isterinya.

"Semasa mereka sedang berbual, suami mangsa melihat Arumugam menikam isterinya itu di bahagian perut beberapa kali menggunakan pisau.

"Pengadu berlari ke arah isteri dan terus membawanya ke hospital," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

A Asmadi berkata, mangsa mengalami kecederaan luka dalaman di bahagian perut juga leher selain calar di tangan kiri.

"Suspek menikam mangsa menggunakan sebilah pisau yang disyaki pisau jenis Rambo warna perak sepanjang lebih kurang enam hingga tujuh inci sebanyak sekali di perut dan sekali di leher," katanya.

"Punca kejadian sebenar tidak pasti, menurut pengadu dia mengesyaki punca kejadian ialah suspek menuduh mangsa mengada-adakan cerita yang mana tiga lelaki yang turut serta bersama mereka itu berlaku curang.

"Oleh itu, suspek membawa tiga lelaki terbabit bersama isteri masing-masing untuk berjumpa mangsa bagi menyelesaikan isu itu," katanya.

A Asmadi berkata, pengadu mendakwa dia baru mengenali suspek dua hari sebelum itu menerusi isterinya sementara mangsa sudah mengenali lelaki itu sejak zaman persekolahan dan saling berhubung sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata, susulan itu pihak polis kini sedang mengesan suspek K Arumugam, 39, yang mempunyai rekod jenayah lampau Sekyen 148 Kanun Keseksaan.

"Kita sudah meminta detektif bertugas untuk tindakan mengesan dan menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di situ juga di sekitar kawasan kejadian selain tiada sebarang senjata ditemui di lokasi itu.

"Usaha mengesan suspek sedang dipertingkatkan selepas beberapa siri serbuan dibuat malah isteri suspek juga memberitahu tiada makluman terbaharu," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Komisioner Abdul Razak Sulaiman di talian 05-2542222 /05-2451562 atau telefon bimbit 012-6510394. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...