Skip to main content

Lelaki Ini Terima Padah Hina Yang di-Pertuan Agong


Seorang lelaki didenda RM16,000 terhadap empat pertuduhan, melakukan hantaran jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menggunakan akaun Twitter, 

 Sufazrin Amin Ismail, 26 merupakan seorang pemandu perkhidmatan  membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Mac lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sufazrin Amin Ismail, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah.

Tertuduh juga boleh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Bagi setiap pertuduhan, Hakim M. M Edwin menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara dua bulan jika tertuduh gagal membayar denda itu tetapi OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Sufazrin Amin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menganiayai orang lain, melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil 'Fazrin Ismail' atau '@Fazr_Ismail'.

Dia dituduh membuat empat hantaran dengan penyataan yang berbeza terhadap Yang di-Pertuan Agong antara pukul 1.56 tengah hari dan 10.29 malam, pada 23 Mac dan 25 Mac lalu.

Kesemua pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 7 malam, 28 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Tertuduh juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Pada 6 Ogos lalu, OKS mengaku bersalah atas semua pertuduhan itu dan hari ini ditetapkan untuk mahkamah menjatuhkan hukuman.

Pada tarikh terbabit, Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin memohon hukuman bagi memberi pengajaran mengambil kira hantaran OKS itu berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Sufazrin Amin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan keluarganya miskin.

Mengikut tertuduh lagi, ibunya juga hanya bekerja sebagai penoreh getah dan dia juga telah dia insaf serta memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana hantarannya itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. - Sinar Harian




Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...