Skip to main content

Sokong Tun Mahathir Punca 288 Individu Dipecat Dari Bersatu


PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan seramai 288 individu terhenti keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuat kuasa serta-merta selepas melakukan tindakan yang bertentangan dengan parti.

Menurut laporan Berita Harian Online, mereka sebelum ini terbabit kumpulan 'Blackout', iaitu gerakan untuk menjatuhkan parti dengan menjadi penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika mengumumkan perkara itu berkata notis pemakluman akan disiarkan melalui akhbar, selain dihantar kepada setiap Bahagian BERSATU yang terbabit.

Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menjalankan siasatan terhadap segala aduan dikemukakan kepada parti.

"Hari ini, saya akan memberi notis kepada semua bahawa ada 288 individu diambil tindakan dan digugurkan daripada menjadi ahli BERSATU.

"Saya sudah memaklumkan kepada beberapa media dan akan mengeluarkan senarai nama mereka dalam akhbar, esok.

"Kepada Bahagian, kita akan memberi nama supaya jika ada (individu terbabit) yang menjadi wakil, tidak boleh menghadiri mesyuarat perwakilan Bahagian.

"Begitu juga kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang akan menentukan sama ada mereka boleh hadir dan jika bertanding, nama mereka boleh dipotong sebagai calon," katanya kepada pemberita, hari ini. 

Sebelum Ini Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipecat berkuatkuasa serta merta.

Selain Mahathir, empat lagi yang dipecat adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Difahamkan, mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat berkenaan ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.

Bersatu mula berpecah kepada dua kem selepas Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa parti berkenaan keluar Pakatan Harapan (PH) sebelum membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno dan PAS serta sebahagian Ahli Parlimen PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...