Skip to main content

Polis siasat Kegiatan Jual Organ Manusia Secara Haram Di Sarawak


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, polis sedang menyiasat laporan media berpangkalan di United Kingdom mengenai kegiatan penjualan organ manusia secara haram didalangi warga tempatan di Kuching.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti kes berkenaan termasuk mengenal pasti individu yang dipaparkan dalam laporan berbentuk penyiasatan itu.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya ringkas kepada Astro AWANI di sini, hari ini.

Dalam laporan portal The Sun Sabtu lalu, wartawan asing yang menyamar mendedahkan pertemuannya dengan seorang lelaki berusia 46 tahun di sebuah hotel di Kuching.

Lelaki itu dikatakan menawarkan penjualan buah pinggang dengan pakej pelancongan pemindahan organ berharga £85,000 atau RM466,440 secara haram khas untuk warga Britain.

Lelaki berkenaan mendakwa bayaran berkenaan merangkumi sejumlah wang untuk tujuan rasuah pihak berkuasa supaya pembedahan boleh dilakukan di sebuah klinik di Manila.

Dia mendakwa sudah menjual 45 buah pinggang dengan mengiklankannya di laman facebook, selain menggunakan media sosial itu bagi membuat tawaran pembelian organ daripada individu yang terdesak untuk mendapatkan wang dari seluruh dunia.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Karim Hamzah menggesa siasatan segera dilakukan oleh pihak berkuasa.

Katanya, laporan tersebut melibatkan jenayah berat dan kesahihan kes itu perlu disahkan.

"Jika benar, pasti ada undang-undang dalam negara (yang boleh dikenakan terhadap suspek) di mana ia melibatkan pengakuan secara terbuka oleh pelaku.

"Dia (juga sebenarnya) mungkin seorang yang kurang siuman yang mengaku menjual organ. (Apa pun) dia (mengaku) adalah orang tengah kepada mereka yang ingin menjual organ untuk duit," katanya di sini, hari ini. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...