Skip to main content

MBSA 'Balas Dendam' Bukan Kedai Judi Pun Jadi Mangsa MBSA


P
remis dipercayai dijadikan pusat judi dalam talian yang berselindung di sebalik perniagaan pusat snuker, adalah di antara premis disita dalam operasi bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini, hari ini.

Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan gerakan operasi besar-besaran, mengundang keluhan dan rungutan para peniaga yang menyifatkannya sebagai 'membalas dendam'.

Seorang pemilik kilang percetakan, Zaidi Abdul Jalil, 56, berkata, MBSA seharusnya memberi tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

"Sejak dua tiga hari hari ini (operasi) terlalu drastik. Cara dia (MBSA) bergerak ini seperti 'membalas dendam', bila orang mengadu, dia bertindak balas.

"Salah sikit pun nak saman, (premis) ada awning (sengkuap) untuk menahan hujan pun disaman, ada tangga untuk naik turun pun disaman. Kedai yang buat tambahan berpuluh-puluh tahun, tiba-tiba minta ubah dalam masa 24 jam," katanya yang telah menjalankan perniagaan berlesen di kawasan itu sejak 35 tahun lalu.

Dakwanya, semalam (Selasa), MBSA mengeluarkan pelbagai jenis saman kepada hampir 90 peratus daripada peniaga di kawasan terbabit.

Sementara itu, seorang penjual nasi lemak, Ramlah Yakib, 55, memberitahu, sebanyak 16 gerai di kawasan itu terpaksa dirobohkan malam tadi (Selasa) selepas mendapat notis arahan daripada MBSA.

"Dulu tiga bulan sebab COVID-19 tak berniaga, bermakna masalah kepada kita. Baru sebulan berniaga, tiba-tiba jadi macam ini. Macam kami pun, kita berniaga terpaksa meminjam dengan Hijrah (Yayasan Hijrah Selangor). Bila dah tutup macam mana nak bayar semua," katanya sambil menitiskan air mata.

Dia juga mendakwa, peniaga-peniaga di situ, selain penjual burger yang viral sebelum ini, mematuhi arahan kerajaan untuk menutup operasi perniagaan selewat-lewatnya pukul 12 tengah malam.

Dalam pada itu, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan memberitahu, operasi yang bermula pukul 10 pagi itu turut melibatkan perobohan ke atas premis yang melakukan kerja-kerja tambahan tanpa kelulusan MBSA.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan terdapat premis kilang, restoran serta rumah kedai yang melakukan kerja-kerja tambahan tanpa kelulusan seperti membina awning, dinding, binaan lantai dan lain-lain struktur tanpa kebenaran.

"Kita mengambil tindakan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)," katanya ketika melakukan operasi itu di sini, pada Rabu.

Ditanya mengenai keluhan peniaga yang mendakwa MBSA hanya memberi tempoh 24 jam bagi proses mengosongkan tapak serta merobohkan kerja-kerja tambahan, Mohd Rashidi berkata, notis amaran telah dikeluarkan dan ekoran itu mana-mana peniaga yang tidak mematuhi peraturan di bawah MBSA perlu berbuat demikian dalam tempoh itu.

"Di sini, ingin saya memberi mesej yang jelas, MBSA tidak akan berkompromi mana-mana aktiviti yang melanggari peraturan dan undang-undang yang diperuntukan di bawah MBSA," katanya.

Baru-baru ini tular beberapa video mengenai pendedahan seorang penjual Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, di Facebooknya mengenai aktiviti perjudian dan penyeludupan rokok di kawasan berkenaan. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...