Skip to main content

Kluster Baru Dinamakan Kluster Muda Telah Jangkiti Dua Orang


Satu lagi kluster baharu dinamakan Kluster Muda dikesan di Kedah yang telah menjangkiti dua individu, setakat ini.

Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara melonjak hari ini dengan merekodkan 20 kes menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 9,149 kes kluster itu adalah warga tempatan yang juga seorang anggota polis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 20 kes baharu itu, 13 kes membabitkan penularan tempatan di dalam negara, baki tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat sudah dijalankan, semalam.

"Hingga hari ini, dua kes dikesan positif, manakala lima lagi individu negatif dan 117 lagi masih menunggu keputusan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

"Punca jangkitan masih dalam siasatan," katanya. "Daripada 11 kes baharu daripada Kluster Tawar hari ini, lima kes adalah petugas hospital dan seorang lagi pesakit yang pernah ditempatkan sebilik bersama kes pertama kluster ini. Selebihnya ahli keluarga dan majikan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan ada tujuh kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 8,828 kes, 96.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 9,149 kes kumulatif Covid-19 di Malaysia, kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 196 kes.

"Sehingga kini, empat kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu lagi memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian dalam negara kekal sebanyak 125 kes, 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...