Skip to main content

Anggota Polis Potong Barisan Di Stesen Minyak


KUALA LUMPUR: Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) polis cedera di kening kiri selepas dipukul sekumpulan lelaki dipercayai akibat salah faham di sebuah stesen minyak di Sri Rampai, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi itu, mangsa berusia 20-an sedang melakukan tugasan Ops Rentap Khas sebelum motosikal ditunggangi kehabisan minyak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan Ahmad Osman berkata, mangsa pergi ke sebuah stesen minyak sebelum berhenti di salah satu pam di situ.

"Anggota polis tidak menyedari terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berada di belakang sedang menunggu giliran mengisi di pam berkenaan.

"Akibat itu, pemandu MPV terbabit berasa tidak puas hati hingga berlaku pertengkaran mulut dengan mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pertengkaran itu menyebabkan beberapa rakan suspek yang berada di dalam MPV dan sebuah kereta Mercedes Benz yang berada di lokasi meluru ke arah mangsa.

"Mangsa dipukul oleh dua lelaki daripada kumpulan terbabit sebelum cuba dilerai oleh rakan suspek lain.

"Mangsa yang dibawa ke klinik berhampiran menerima lima jahitan di kening kiri," katanya.

Susulan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju dibantu Bahagian Risikan Jenayah (D4) IPK Kuala Lumpur telah menahan 10 lelaki berusia antara 22 hingga 44 tahun di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk membantu siasatan.

Kesemua suspek direman dua hari sehingga hari ini untuk disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta menyalurkannya kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 999 atau mana balai polis berhampiran.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...