Skip to main content

Rosmah Tidak Bekerja Tapi Terima Sejumlah Wang Besar Ke Dalam Akaunnya


Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak bekerja, telah menerima sejumlah besar wang ke dalam akaun semasanya di Affin Bank Berhad dan menggunakannya untuk membayar bil telefon dan kad kredit yang ditanggung olehnya dan ahli keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak mempunyai sumber bebas daripada sebarang pendapatan yang sah, membuat pembayaran bil telefon dan kad kredit melalui cek yang ditandatanganinya.

“Pada setiap masa hingga pertuduhan di mahkamah, tertuduh tidak bekerja. Wang itu didepositkan ke dalam akaun bank semasa di Affin Bank Berhad. Jumlah wang yang didepositkan tidak setara dengan kemampuan tertuduh.

“Tertuduh menggunakan khidmat seorang individu, Roslan Sohari untuk membuat deposit ini bagi pihaknya. Roslan menjadi pengurus rumah kediaman Kompleks Seri Perdana di Putrajaya. Wang dalam dideposit ini menjadi subjek pertuduhan pertama hingga ke-12 dalam kes ini,” kata beliau dalam pernyataan pembukaannya pada hari pertama perbicaraan kes pengubahan wang haram yang dihadapi Rosmah di hadapan hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy.

Ahmad Akram berkata wang berkenaan tidak pernah dimaklumkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan cukai pendapatan juga tidak pernah dibayar terhadap wang berkanaan.

Oleh itu, Ahmad Akram berkata pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa ketika disoal siasat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh telah membuat kenyataan palsu berhubung wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

“Pihak pendakwaan akan mengemukakan sebagai sebahagian daripada kesnya, pernyataan yang direkodkan daripada tertuduh di bawah Seksyen 32(3) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“Adalah menjadi kes pendakwaan bahawa apabila keseluruhan keterangan dipertimbangkan secara menyeluruh, kelakuan tertuduh dalam semua keadaan kes itu secara adil menyokong kesimpulan yang tidak dapat ditolak bahawa deposit yang dipersoalkan adalah hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang yang bertentangan dengan Seksyen 4(1)(a) AMLATFPUAA.

“Bukti yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa deposit berkenaan boleh dipercayai secara munasabah sebagai harta yang merupakan hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang. Seperti yang telah kami katakan, tertuduh tidak mengisytiharkan wang depositnya itu kepada LHDN seperti yang dikehendaki oleh undang-undang,” kata Ahmad Akram.

Beliau juga berkata isteri bekas perdana menteri itu telah melanggar Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967, yang merupakan kesalahan berjadual di bawah AMLATFPUAA. Oleh itu, ia adalah satu kesalahan yang serius, yang pelakuannya merupakan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan mengikut definisi, pengubahan wang haram.

“Mengenai fakta yang disebutkan di atas, pihak pendakwaan akan menentukan bahawa tertuduh melakukan kesalahan pengubahan wang haram seperti yang didakwa dalam pertuduhan terhadapnya,” kata timbalan pendakwa raya itu.

Rosmah, 71, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Bangunan Getah Asli cawangan, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017, dan di LHDN Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei, 2018.

- Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut