Skip to main content

Ibu Kutu Sapiza Didakwa Di Mahkamah

SHAH ALAM – Seorang wanita yang dikatakan terlibat dalam pelaburan kutu Saving Sapiza Extra (SSE) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah sebanyak RM28,000, tahun lalu.

Tertuduh, Nurshafeza Jamaludin,36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Ini merupakan kali ketiga wanita itu didakwa dengan sebelum ini di mahkamah masing-masing di Johor dan daerah ini melibatkan keseluruhan penipuan pelaburan berjumlah RM75,000.

Mengikut pertuduhan, Nurshafeza yang merupakan ibu kepada tiga orang anak itu didakwa telah menerima deposit daripada wanita berusia 42 tahun berjumlah RM28,000 tanpa lesen yang sah di sebuah unit apartment di Puchong antara 22 Oktober sehingga 1 Disember 2022.

Justeru, dia dakwa mengikut Seksyen 137(1) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebih RM50juta atau kedua-duanya sekali

Timbalan Pendakwa Raya Yong Ching Hong mencadangkan jaminan RM15,000 bersama seorang penjamin selain perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.

Bagaimanapun, Peguam Shahrin Satheer memohon ikat jamin sebanyak RM1,500 memandangkan telah didakwa satu pertuduhan di mahkamah di Johor dan dua pertuduhan di sini semalam.

“Dia juga telah diberikan jaminan keseluruhan sebanyak RM6,000 bagi dua mahkamah itu.

“Anak guam saya juga mempunyai tiga orang anak berusia enam bulan hingga tujuh tahun selain telah direman selama 25 hari (atas siasatan kes),” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM3,000 dan seorang penjamin dengan sebutan semula kes pada 24 Julai depan.

Media sebelum ini melaporkan sindiket skim pelaburan kutu Sapiza yang memperdaya ribuan mangsa di seluruh negara tumpas susulan penahanan lapan individu termasuk dalangnya pada 27 Januari lalu.

Kesemua suspek termasuk enam wanita berusia antara 31 hingga 37 tahun ditahan dalam beberapa serbuan sekitar Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan. -KOSMO!ONLINE

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...