Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Hilang Simpanan RM178,700, Selepas Digertak Scammer Mengaku Pegawai Polis Kontinjen KL



Nilai: Digertak akaun banknya terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram menyebabkan seorang wanita warga emas kerugian RM178,700 sekelip mata.

Difahamkan mangsa berusia 60-an itu dihubungi penjenayah menyamar sebagai pegawai polis dari Kontinjen Kuala Lumpur dan Johor pada Julai lalu memaklumkan kononnya akaun bank mangsa terbabit kegiatan itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas menceritakan kejadian dialami kepada suaminya.

"Pada jam 11.57 malam tadi, Kaunter Aduan Balai Polis Nilai menerima aduan dibuat mangsa berhubung penipuan itu.

"Mangsa menyatakan, dia dihubungi suspek yang mengaku daripada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bharu pada 25 Julai lalu.

"Pegawai berkenaan memaklumkan bahawa akaun bank mangsa terbabit dengan aktiviti penggubahan wang haram," katanya tadi.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya diarah membuat pindahan wang ke dalam lima akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM178,700.

"Mangsa akur dengan arahan itu bagi mengelakkan dikenakan siasatan dan tindakan. Mangsa hanya menyedari ditipu selepas memaklumkan perkara itu kepada suaminya," katanya.

Jelasnya lagi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Nilai membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terbabit untuk siasatan lanjut.

"Pihak polis menasihatkan orang awam supaya membuat semakan melalui portal SEMAK MULE (https://semakmule.rmp.gov.my) sebelum membuat sebarang pemindahan wang bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan," katanya. - Harian Metro