Skip to main content

PAKIN, MHO Dan MCCC Serah Surat Kepada KPDN Mohon Maklum Balas Kes Penipuan


PUTRAJAYA – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) hari ini menyerahkan surat permohonan maklum balas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung jenayah penipuan aplikasi e-Ganjaran.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, tujuan utama surat berkenaan diserahkan kepada KPDN adalah bagi mendapatkan perkembangan semasa dan status terkini laporan yang dilakukan oleh 114 orang mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM5 juta berhubung jenayah penipuan aplikasi berkenaan.

Katanya, pihaknya difahamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa laporan polis yang dibuat oleh kesemua mangsa telah dirujuk kepada pihak KPDN.

“Kita datang untuk berbincang dengan KPDN menggunakan peraturan yang ada di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah di bawah seksyen ini memberikan hak kepada pengadu dalam tempoh 14 hari untuk mendapat maklum balas dan keputusan siasatan.

“Jadi kita guna peruntukan yang ada ini untuk kita hantar dokumen kepada KPDN dan mengharapkan satu jawapan berkanun.

“Kita berharap dapat jawapan berkanun untuk kita tahu apakah perkembangan kes ini dan keputusan siasatan sama ada terdapat siasatan atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat berkenaan di Ibu Pejabat KPDN turut dihadiri kira-kira 20 mangsa di sini hari ini.

Surat berkenaan diserahkan oleh Hishamuddin yang mewakili mangsa kepada Pegawai Perhubungan Awam Unit Komunikasi Korporat KPDN, Mohd Firdaus Karos.

Terdahulu, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dilaporkan berkata syarikat terbabit sudah diserbu oleh pihak KPDN pada tahun lepas.

Noorsiah berkata siasatan pihak KPDN dijalankan mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

Difahamkan aplikasi itu yang diperkenalkan sejak 2020 menawarkan pembelian barangan serta perkhidmatan melalui penggunaan e-dompet dan pengguna akan diberikan penjimatan sehingga 50 peratus dan turut menerima mata ganjaran yang seterusnya boleh ditebus menerusi pembelian barangan atau wang tunai yang akan dikreditkan ke akaun pengguna bagi setiap pembelian.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan secara telus serta memberi keadilan kepada semua mangsa. – KOSMO! ONLINE

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...