Video Tular Bapok Pukul Wanita, Tetap Anggap Lelaki Pukul Wanita


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan video tular yang memaparkan aski seorang yang didakwa 'mak nyah' memukul wanita sama seperti lelaki memukul wanita.

Asri yang menulis di FAcebook berkata hanya 2 jantina yang diiktiraf. Tiada yang ke-3. Agama mengharamkan jantina bidaah yang dinamakan ‘maknyah’ atau ‘saudarai’ atau apa sahaja namanya.

Asri berkata jika golongan maknyah ini dibenarkan berleluasa, maka makin ramai lelaki yang mengambil kesempatan menzalimi wanita.

Sebelum ini tular di media sosial, video seorang individu mendakwa telah diserang dan ditampar oleh beberapa orang maknyah sehingga berlaku pergelutan pada Sabtu lalu.

Kejadian malang yang menimpa mangsa yang bekerja sebagai perunding kecantikan itu didakwa berlaku di sebuah farmasi di pusat beli belah di Kuala Lumpur.