Skip to main content

5 Gambar: Kini Giliran Kakak Emma Maembong Dikecam Kerana Penampilan Berani ?


Umum mengetahui adik beradik Emma Maembong memang cantik-cantik belaka. Selain Emma, seorang lagi adik Emma iaitu Cacha turut mempunyai bakat yang besar dalam dunia lakonan.

Tapi kali ini, satu isu telah melanda bukannya mereka berdua tetapi kakak kepada pelakon Emma Mamebong dan Cacha Maembong iaitu Beby Maembong.

Beby Maembong selalu mendapat kecaman yang teruk dari para netizen kerana penampilannya yang dikatakan agak ‘berani’.

Malah, warna rambutnya yang diwarnai dengan merah turut memberikan tanggapan yang pelbagai dari netizen.

Sudah berstatus isteri kepada Nazri dan ibu kepada empat orang anak, Beby Maembong tetap dengan gayanya yang ranggi dan kalau tengok dirinya, tak ubah macam anak dara.

Walaupun dikecam teruk, Beby Maembong dilihat amat tenang menerima komen negatif orang ramai.

Di laman IG miliknya, Beby Maembong atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail ada memberi pendapat tentang kecaman yang sering dilontarkan kepadannya.

Ini luahan dari Beby Maembong:

“Kenapa saya selalu positif walaupun orang comment pelik-pelik?

“Bila orang f!tnah kita.. orang pandang rendah dekat kita.. Nampak kita ni hina.. takpe… KITA SENYUM JE.. Tak perlu pon nak kata apa apa… Tal perlu nak maki dan hina dia balik pon.. Level kita lain.. And memang lumrah manusia nampak yang keburukan sahaja. Standard la tu kan…

“So why nak battle? Why nak berbalas? Why nak betulkan? Sebab mereka tak dengar pon.. Mereka sentiasa betul.. So be happy..

“Biarkan sahaj apa orang nak cakap.. Yang penting orang yang kita sayang tahu siapa kita.. Tu je,”

“Ramai yang DM Beby macam mana Beby boleh kekalkan semangat positif dan respon secara baik bila berdepan dengan komen negatif.. actually, kita ada pilihan sama ada nak marah, happy or sedih..

“Kalau marah kita tak dapat apa-apa.. Kalau sedih pun benda dah jadi..

“Saya pilih happy untuk jaga hati saya sendiri daripada nak jaga hati orang… better kita move on.. biarlah orang nak komen apa pun,”

Terdahulu, Beby pernah dihentam teruk apabila warna rambutnya itu tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.
 



Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...