Powered by Blogger.

Thursday, January 31, 2019

3 Gambar Tular: Kalau Dah Jodoh!!! Lelaki 75 Tahun Nikah Gadis 18 Tahun


PERBEZAAN umur 57 tahun bukan halangan buat seorang warga emas menikahi anak dara berusia 18 tahun di Sinjai, Sulawesi Selatan.

Perkahwinan lelaki bernama Daeng Saing, 75, dan pasangannya, Tika pada Rabu menjadi bahan perbincangan hangat di laman sosial.

Daeng yang berasal dari wilayah Gantarang, Sinjai Tengah dan Tika merupakan anak kelahiran Desa Bontokatute dikahwinkan dalam adat masyarakat Bugis.

Foto pernikahan pasangan tersebut kini tular di media sosial.

Berdasarkan laporan portal detiknews, warga emas itu melamar isterinya dengan menghadiahkan mas kahwin sebanyak Rupiah 25 juta (RM7,300) beserta sebidang kebun cengkeh.

Portal berkenaan turut melaporkan, pasangan pengantin itu sebetulnya tinggal berjiran.

Tika bersama ibu saudaranya di kampung yang sama dengan Daeng sejak kecil lagi sementara ibu kandungnya pula menetap di Sulawesi Tenggara.

Sepanjang majlis pernikahan berlangsung, Tika yang tidak tamat persekolahan dilaporkan lebih banyak berdiam diri.