Berita mengejutkan itu diterima Azman Muda, 40, pada Ogos lalu selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Johor kerana menetap di sana ketika itu, berikutan kesihatannya semakin teruk sehingga berhenti kerja.
Azman berkata, sebelum ini dia hanya mendapatkan rawatan di klinik panel yang disediakan oleh pengurusan kilang tempatnya bekerja dan doktor mengatakan dia mengalami migrain.
“Sejak bertahun saya sangkakan kesakitan itu berpunca dari migrain dan mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit kepala.
“Sebaik dimaklumkan penyakit sebenar, bagai terhenti jantung saya dan semangat terus hilang kerana langsung tidak menyangka selama ini menghidap kanser otak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Bayu, Tumpat hari ini.
Azman berkata, dia diarahkan untuk menjalani rawatan segera namun memohon pulang ke kampung halaman sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Bapa kepada dua cahaya mata berusia dua tahun dan lima bulan itu berkata, selama lebih sebulan dia berkampung di HUSM dan pelbagai rawatan dijalani termasuk pembedahan di kepala serta lima siri kemoterapi sudah dibuat.
Katanya, penyakit yang dialami turut memberi kesan adalah penglihatannya yang kini semakin kabur sehingga menyukarkan pergerakannya.
Azman berkata, rutin hariannya masih mampu dilakukan sendiri namun agak sukar kerana perlu meraba dinding untuk bergerak sama ada ke dapur atau ke bilik air jika tidak dibantu isteri, Salmi Arshad, 40.
“Kami kini bukan saja hilang punca pendapatan tapi juga terpaksa membebankan ahli keluarga lain kerana bergantung sepenuhnya kepada mereka sama ada untuk kos rawatan saya atau kelangsungan hidup,” katanya.
Terdahulu mereka menerima kunjungan dari badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang diwakili pengerusinya, Pui Tiong Lam.
Tiong Lam berkata, pihaknya akan cuba membantu Azman melancarkan permohonan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang difahamkan sudah pun dibuat namun belum menerima maklum balas.
“Kita juga akan cuba mendapatkan bantuan lain yang diperlukan termasuk dari segi kewangan kerana mereka juga kini hidup menumpang di rumah ahli keluarga,” katanya.
Mereka yang ingin memberi bantuan boleh menyalurkan sumbangan boleh menghubungi isterinya, Salmi di talian 019-4078750.