Skip to main content

13 Pelatih Diburu Polis Lari Dari Pusat Pemulihan


KUANTAN: 13 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang di sini sedang diburu selepas hilang melarikan diri daripada pusat terbabit, pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata kehilangan pelatih berkenaan disedari dua pengawai di pusat berkenaan ketika membuat pemeriksaan kira-kira jam 5.30 pagi.

"Hasil maklumat daripada pelatih yang tinggal, kesemua mereka dipercayai telah melarikan diri pada jam 2 pagi dan hanya disedari tiada pada jam 5.30 pagi setelah tidak hadir 'rollcall' pagi.

"Berdasarkan siasatan, tindakan pelatih tersebut memang telah dirancang berdasarkan penemuan papan polisterin yang mengandungi imej lakaran kedudukan asrama dan pagar serta laluan untuk melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, pelatih berkenaan adalah, Mohd Faiz Aizat Zulkifli, 23, Muhammad Shafiq Ikmal Abdullah, 22, Muhammad Hazuraidi Hashim, 24, Mohd Arif Asyraf Sudin, 23, Ahmad Asmani Rosdi, 21, Muhamad Shafiq Adha Ali, 23, Mohamad Sharizal Norizan, 25.

"Selain itu, pelatih yang turut melarikan diri adalah, Muhammad Shahrul Nizam Pauzi, 21, Muhammad Zaharul Haffiz Mohd Harun, 24, Mohamad Aliff Norazlie, 23, Muhammad Ridzuan Abdullah, 23, Muhammad Amirul Shazwan Mohd Zain, 19, dan Muhammad Fathi Syahmi Zakaria, 20," katanya.

Katanya, polis bersama PUSPEN dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan Op Kesan bagi memburu kesemua pelatih yang melarikan diri.

"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kesemua pelatih ini dimohon agar menyalurkan segera kepada pihak polis atau ke balai berhampiran masing-masing," katanya. - Astro AWANI
 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...