Powered by Blogger.

Sunday, December 29, 2019

Pakcik Cabul Anak Saudara Berusia 14 Tahun Dihukum Penjara Dan Sebat

Seorang pemuda dijatuhi hukuman lapan tahun penjara dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Wan Azimah Yaacob selepas tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan mengikut seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh berusia 23 tahun diletakkan di bawah pengawasan polis selama satu tahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kuala Nerus, kira-kira 9.30 malam pada 5 November tahun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud.

Dalam kejadian itu, suspek bertindak mengambil sehelai kain dan menutup mulut anak saudaranya itu sebelum menolak mangsa di sofa.

Selain itu suspek turut mengugut akan membunuh mangsa sekiranya dia membuat bising dan memaksa remaja itu memegang kemaluannya. - Astro AWANI