Skip to main content

Simpan Video Dan Gambar Lucah Sehingga Dikenakan Denda RM7,000


IPOH: Seorang pekerja kilang yang dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini bakal berdepan dengan hukuman berat.

Ini adalah kerana pekerja terbabit dikatakan memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit miliknya dan bakal didenda sebanyak RM 7000.

Hukuman tersebut telah dijatuhkan oleh Majistret Siti Hafiza Jaafar terhadap tertuduh, K. K. Ravi, 34, yang telah membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan tersebut Ravi didakwa memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit jenis Oppo miliknya di sebuah hotel di Taman Jubilee di sini pada bulan September 2016 yang lalu.

Dalam pada masa yang sama, tertuduh juga turut didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang mana ianya boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras ketika berhujah memohon agar pihak mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh memandangkan ianya adalah satu kesalahan yang menjijikkan.

Terdahulu, Chiang Mei Wan, peguam yang mewakili tertuduh daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon agar mahkamah mengenakan denda yang ringan kerana tertuduh kerana dia masih lagi menjaga kedua ibu bapanya.

Bagaimanapun, tertuduh telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM7,000 atau setahun penjara jika gagal membayar denda tersebut. Sumber: Astro Awani, Editor: Maya

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...