Ketagihan Pornografi Boleh Mengganggu Hubungan Intim Suami Dan Isteri.



Tahukah anda apabila seseorang itu ketagih menonton pornografi ianya akan menganggu hubugan intim apabila bersama dengan pasangan anda sehingga terjadinya perceraian dan akan terjadinya kerosakan pada saraf-saraf otak.

Menurut Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, sesetengah laman web pornografi ada yang dikategorikan mengikut kehendak penontonnya sahaja. Ianya amat membimbangkan lagi apabila ianya menjadi ketagih pada seseorang itu.

Pada zaman yang kian canggih ini anak-anak muda juga perlu dipantau kerana ianya mudah diakses oleh sesiapa sahaja.

Selain daripada itu, menurut pakar jika seseorang itu terlampau ketagih menonton pornografi ianya akan berlakunya pertengkaran dan akan menggangu hubungan intim suami isteri.

Malah pada setiap minggu lebih daripada 4,000 laman web pornografi telah diakses oleh pengguna.Disebabkan itulah ibu bapa perlu memantau apa yang diakses oleh anak-anak anda di dalam telefon bimbit mereka.

Pertamanya,ianya akan merosakkan saraf otak dan menjejaskan ingatan seseorang

Otak seseorang akan berputar dua hingga lima kali lebih cepat daripada pusingan normal, oleh sebab putaran yang terlalu cepat,otak seseorang itu tidak mampu berkembang dengan baik.

Menurut Siti Fatimah juga, pornografi akan memberikan kesan yang buruk kepada tahap kesihatan manusia, antaranya adalah kerosakan pada saraf otak dan sekirnya seseorang itu terlampau kerap menontonnya ianya akan menjejaskan ingatan.

Apabila seseorang itu terlampau ketagih menonton bahan lucah,bahagian depan otak yang dipanggil "Ventral Tegmental Area (VTA) akan mengecut sedikit demi sedikit.

Selain itu, ianya akan terjadinmya perubahan bahan kimia neurotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan badan. Disebabkan itulah seseorang yang ketagih menonton video lucah tidak dapat mengawal tingkah lakunya. Menurut Siti Fatimah lagi ,ketagih menonton video lucah lebih teruk daripada ketagih dadah.

Untuk pasangan yang sudah berkahwin, kesan menonton pronografi boleh menyebabkan keharmonian sesebuah keluarga akan musnah kerana akan timbulnya perasaan rendah diri ,kekosongan perasaan, dan kesepian diantara pasangan anda.

Keduanya, ianya akan menganggu hugungan intim diantara pasangan.

Sebagai contoh, jika suami anda ketagih menonton video lucah dan kerap melalukan onani ianya akan menganggu kelancaran hubungan anda suami isteri.

Tahukah anda bahawa menonton pornografi tidak dapat memuaskan keingian seseorang itu, jika ianya berlarutan tidak mustahil akan menjurus kepada maksiat.

Antara tanda-tanda seseorang itu ketagihan menonton pornografi seseorang itu akan mudah melenting sekiranya diminta untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu lagi.

Seseorang yang ketagi pornografi juga boleh mengurangkan menontonnya secara pelahan-lahan  atau menjalani terapi sekiranya anda tidak mampu melalukannya tanpa bantuan pakar.

Atau jauhkan dirinya daripada unsur-unsur yang boleh mempengaruhi seseorang itu terus melakukannya dan cuba mengalihkan perhatian anda kepada hobi lain yang lebih bermanafaat.
 Sumber: Berita Harian Online. Editor: Bella