6 Gambar Ayam Hidup Tanpa Kepala.



BANGKOK: Pelik tetapi benar namun itu adalah kejadian yang benar-benar berlaku apabila seekor ayam tanpa kepala masih lagi mampu untuk hidup.

Ayam tersebut yang dikatakan berada di wilayah Ratchaburi, itu dikatakan mampu untuk hidup selama seminggu walaupun ia tidak berkepala.

Gambar dikongsi veterinar, Supakadee Arun Thong itu ternyata menimbulkan tanda tanya dan turut menjadi viral di mana ia menunjukkan keadaan haiwan itu dengan kesan darah pada lehernya.

Dalam pada masa yang sama, Arun juga turut menjelaskan bahawa ayam tersebut masih lagi makan seperti biasa.

"Saya berharap ada individu yang sudi menjaga haiwan tersebut kerana ia memerlukan penjagaan seumur hidup. Saya perlu mengakui ayam ini adalah 'pahlawan' sebenar kerana ia masih berjuang untuk terus hidup," katanya.

Bagaimanapun, Arun menyatakana bahawa dia langsung tidak mengetahui mengenai punca bagaimana haiwan itu kehilangan kepalanya.

Namun, beberapa penduduk tempatan mendakwa bahawa ayam tersebut berkemungkinan diserang oleh haiwan pemangsa yang lain.

Terdahulu, pada tahun 1940, seekor ayam di Amerika Syarikat yang digelar Mike dipercayai pernah hidup paling lama tanpa kepala iaitu selama 18 bulan. Sumber: Sinar Harian, Editor: Maya