Skip to main content

Isteri Buat Suami Jadi Hamba Untuk Keluarganya.



Kehidupan sebagai suami isteri sememangnya mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi bagi mendidik ahli keluarga supaya mendapat rahmah.

Melalui perkongsian di bawah ini, seorang wanita telah berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya.

Wanita terbabit yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang hanya kerja di kilang serta mempunyai seorang anak.

Pada mulanya, wanita terbabit memuji suaminya di mana dia menyatakan bahawa suaminya itu tidak bersikap panas baran, jauh sekali hendak mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Mereka sekeluarga tinggal bersama kedua ibu bapa wanita terbabit di mana segala perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya walaupun gajinya tidak sampai RM 2000.

Wanita terbabit juga turut menyatakan bahawa dia berasa kadang kala suaminya itu hanya tunduk dan mengikut semua cakapnya tanpa sebarang banyak bicara.

Selain itu, wanita terbabit juga menyatakan bahawa hubungan suaminya dengan keluarganya sendiri agak renggang dan setiap kali berbelanja suaminya itu akan bermasam muka.

Perbelanjaan rumah, perbelanjaan adik beradik serta ibu bapa wanita terbabit dipercayai semuanya ditanggung oleh suaminya walaupun gajinya kecil.

Kadang kala suaminya itu juga turut diminta supaya menanggung perbelanjaan sekolah anak buahnya iaitu anak abangnya.

Wanita itu juga turut menyatakan bahawa kesemua abanya itu tidak bekerja dan sememangnya mereka semua bergantung harap kepada suaminya.

Berbalik kepada wanita itu, dia menyatakan bahawa dia tidak bekerja namun dia sangat teringin untuk bekerja.

Suaminya menghalang tindakannya itu dan oleh kerana dia sangat memerlukan kerja walaupun dia sudah mendapat duit bulanan daripada suaminya, wanita terbabit dikatakan mencuba permainan judi online.

Walaupun perbuatannya itu dilarang oleh suaminya, namun wanita tersebut menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan perkara itu kerana duit yang dia dapat itu adalah halal walaupun caranya haram.

Wanita itu juga turut menceritakn bahawa suaminya pernah menegur bapa wanita terbabit yang tidak solat namun wanita terbabit memarahinya dengan menyatakan bahawa mereka sekeluarga memang tidak pernah mengerjakan solat.

Wanita terbabit juga pernah menyuruh suaminya tidur di luar hanya kerana suaminya itu pernah menegur dia untuk mengerjakan solat.

Melalui perkongsian ini dapat dilihat wanita terbabit langsung tidak mengendahkan cakap suaminya sehinggakan ibunya sendiri juga pernah meminta wanita terbabit tidak mendengar cakap suaminya sendiri.

Bagaimanapun, melalui kisah ini dapat dilihat suami wanita terbabit dijadikan sebagai hamba buat keluarganya. Sumber: Kisah Rumah Tangga, Editor: Maya


Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...