Bayi 5 Bulan Maut Tertindih Payudara Ibu Ketika Tidur


Bayi malang berusia lima bulan menemui ajalnya ketika sedang menyusu gara-gara ibunya tertidur dan tidak sedar payudara besarnya telah menindih muka bayinya hingga anak kecil itu tidak dapat bernafas.

Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi tadi kira-kira jam 1 pagi ketika bayi itu bangun di tengah malam kerana kelaparan, wanita itu memberi susu kepada anaknya dalam posis baring dan kerana terlalu mengantuk dia pun terlelap.

Apabila tersedar daripada tidur, beliau mendapati anaknya itu sudah tidak sedarkan diri lalu dengan perasaan yang panik dia membawa anaknya ke hospital.

Bayi itu disahkan meninggal dunia satu jam sebelum ibunya tersedar akibat sesak nafas. Mangsa telah selamat dikebumikan pada pagi tadi.

Berdasarkan maklumat yang diberikan suami wanita itu, isterinya mengamalkan ubat pembesar payudara dan mendapati hasilnya cukup baik, namun dia tidak menjangka kesudahannya menjadi seperti ini. Sumber : Eberita , Editor:Anna